Friday, November 12, 2010

Biarla Apa Orang Nak Kata

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

Wahai Anakku,

Hari ini Ummi bersedih hati...
Ummi sedih orang mengata tentang Ummi.
Ummi menolong membangunkan laman web Persatuan Keturunan Megat Terawis dengan sepenuh hati.
Ummi cuba buat yang terbaik, Ummi rasa puas...kepuasan tak terhingga.
Ummi menolong dengan sukarela tanpa paksaan sesiapa..Ummi berasa bertanggungjawab..
Ummi bukan mahu glamer atau mahu dikenali, tetapi Ummi tampil dengan kesedaran.
Ummi sedar Ummi ada kemahiran membangunkan laman web, Ummi dengan rela hati pikul tanggungjawab itu..
Ummi tiada wang untuk bantu persatuan, jadi Ummi fikir lebih baik Ummi gunakan ilmu yang Allah berikan untuk menyumbang kepada Persatuan..
Ummi kesian dan rasa sedih jika Ummi yang ada kemahiran tidak mahu membantu Persatuan..membiarkan Persatuan tiada laman web sendiri..

 Anakku.
Ummi rasa bertanggungjawab..Munkin Allah telah membukakan hati Ummi untuk menolong Persatuan..
Jadi ini adalah amanah yang perlu Ummi laksanakan..

Anakku..
Orang sering salah erti kebaikan kita.
Tetapi bila kita buat kerja, buatla niat kerana Allah.
Setiap pekerjaan yang kita lakukan ialah ibadah.


Anakku..
Ikhlaskan hatimu bila membuat sesuatu pekerjaan
Niatkan  kerana Allah SWT
Berani kerana benar..

Anakku..
Ummi berharap kau menjadi seorang yang tabah dalam menjalani kehidupan di bumi Allah ini

Ummi sentiasa mendoakan mu


Anakku..
Ketika Ummi menulis luahan hati ini untuk bacaan mu suatu hari nanti.. Ummi sedang mengandungkanmu lima bulan sayangku..




Ya Allah, jika masih ada kekurangan dengan diri ku, ampunkanlah dosa aku. Munkin aku tidak sedar, munkin aku alpa..






Wassalam
Hidayah