Friday, March 11, 2011

Menyambut Kelahiran Bayi

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

Siapakah yang menyambut bayi bila keluar ke? Saya rasa doktor yang sambutkan. Saya ada terbaca, bila keluar je bayi elok cepat-cepat azankan supaya bunyi perkara dan didengar dan dikenal ialah azan.

Tetapi yang saya baca, ada hospital yang terus bersihkan, setelah siap dimandikan dan dibedung baru diberi pada ibu bapa. Menurut jururawat klinik kerajaan sekarang, selepas bayi keluar je terus diberikan pada ibu untuk disusukan dan supaya bayi merasa kehangatan tubuh ibu. (maknanya tanpa dibersihkan dahulu....saya nak macam ini)

Kalau terus diberikan pada ibu, bolehlah ayahnya mengazankan. :) Ini adalah tanggungjawab ayah kepada anaknya.

Di bawah adalah langkah-langkah yang saya perolehi dari internet dan buku sebagai pengetahuan dan panduan kepada suami supaya beliau tahu apa yang perlu dilakukan sejurus menyambut bayi. =)


1.       AZAN DI TELINGA KANAN DAN IQAMAH DI TELINGA KIRI

(JANGAN KUAT, NANTI BABY PEKAK)

·         Mengazankan di telinga kanan anak yang baru  lahir
·         Diiqamahkan di telinga kiri
·         TUJUAN: supaya dijauhi anak dari gangguan syaitan dan supaya kalimah pertama yang dapat  didengar oleh bayi ialah kalimah Allah, menandakan kehebatan alam semesta ciptaan Allah, mengajar syariat Islam (melalui kalimah syahadah) dan menanamkan kalimah mulia dalam hati. Selian itu, tujuannya untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan Allah di alam Rohani.


2.       MEMBACA SURAH AL-QADAR DAN SURAH AL-IKHLAS

(JANGAN KUAT, NANTI BABY PEKAK)

·         Membaca Surah Al-Qadar di telinga  kanan  
·         Membaca Surah Al-Ikhlas di telinga kiri
·         TUJUAN: Memohon kepada  Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan  dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari  menyeleweng fahaman  akidahnya.

·         Membaca Surah Al-Fathihah, Surah Al-Insyirah dan Surah 3 Qul,  hembuskan pada ubun-ubun anak tu.
·         TUJUAN: InsyaAllah mudah-mudahan anak membesar dengan kemudahan dalam hidup dan disayangi orang ramai.


3.       MEMBACA SURAH AL-INSYIRAH DI JARI MANIS DAN DITAHNIKKAN (BELAH MULUT)

·         Membaca Surah Al-Insyirah di jari manis kemudian
·         Celupkan jari manis ke dalam manisan (madu)
·         (atau menggunakan buah tamar yang dimamah lumat  sedikit dan disuapkan sedikit kepada bayi dan gerakan ke kanan dan ke kiri.)
·         Baca Bismilillah dan masukkan jari manis  ke dalam mulut bayi
·         Ditekankan jari manis (ditahnikkan) di langit-langit bayi tersebut DENGAN
·         Membaca Ayat 36,  Surah Ali-Imran
·         TUJUAN: Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya anak  yang dilahirkan agar mudah menyusu, mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari  menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa  kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana  hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan “salah satu doa yang paling  mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya".




Alhamdulillah.
Hidayah

No comments:

Post a Comment