Tuesday, March 8, 2011

Perkara Tentang Diri Saya

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

  1. Lahir pada 20 Muharram 1404 Hijrah pada hari Khamis pada waktu Subuh.
  2. Lahir sebulan lebih awal daripada sepatutnya. Tidak cukup 9 bulan.
  3. Dua batang gigi susu telah bertunas di bawah ketika lahir
  4. Suka minum air kopi dan masa mak mengandungkan saya mak memang suka minum air tebu dan kopi
  5. Suka tengok beg tangan yang lawa-lawa, ada keinginan nak beli tetapi bila fikir balik keluar berjalan bukan suka pakai beg tangan pun.
  6. Kalau nak sesuatu akan cuba berusaha dapatkan sampai dapat!
  7. Suka kanak-kanak dan bayi...SUKA SUKA!
  8. Seorang yang mudah melenting dan panas baran
  9. Seorang yang menghargai ilmu dan sukakan buku. TERIMA KASIH MAK sebab terapkan minat ini dalam diri Along sejak kecil.
  10. Suka buku tetapi hanya pandai lancar membaca semasa darjah 4. Masih tertanya adakah saya disleksia?
  11. Suka sup, durian, manggis!
  12. Pentingkan kesempurnaan. Apabila buat sesuatu kerja mesti nak sempurna dan bersungguh-sungguh.. Sikap ini kekadang buat saya tertekan sendiri. hehehe
  13. Seorang yang sangat sempoi apabila berpakaian. Sampaikan mak selalu tegur supaya jangan nampak selekeh.
  14. Seorang yang jarang membeli pakaian dan kasut. Kalau satu tu, satu itula yang akan saya ulang pakai sampai lusuh.


Nanti sambungla...nak temankan En Suami makan!


Alhamdulillah.
Hidayah