Saturday, June 25, 2011

DiY Tuam @ Tunku Bayi

Bayi anda perlu di tuam setiap kali selepas mandi. Jika bayi lelaki, tuam di bahagian sekeliling alat sulitnya mengelakkan angin pasang.

Tuam/tunku boleh mengunakan apa saja yang bersuhu suam. Contohnya

- isi air suami dalam botol susu dan gunakan untuk tuam
- ambil sirih dan letak di bontot seterika untuk layu dan suamkan daun dan tuamkan (pastikan daun sireh dibasuh sebelum digunakan)
- ambil lampin/kain bersih dan letak di bontot seterika untuk suamkan dan tuamkan
atau buat tungku sendiri

Bahan-bahan
Lada hitam
Biji sawi
Jintan
Halba
Tali
Kain dipotong empat segi

Cara-cara
Lada hitam, biji sawi, jintan dan halba digoreng dalam kuali tanpa minyak sehingga berbau.

Masukkan bahan yang digoreng dalam kain dan ikat seperti menjadi sup bunjut atau tunku

Panaskan bunjut di bontot seterika hingga suam-suam. Boleh gunakan bersama sireh juga bagus. Letak sireh di bontot bunjut. Tuamkan di perut, ari-ari, punggung, dada, belakang bayi anda.

Ini boleh membantu membuang angin, mengelakkan kembung dan khasiat herba masuk dalam badan bayi.



Terima kasih.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment