Saya telah tinggal selama 7 hari di hospital selayang dari sebelum bersalin hinggalah sudah bersalin.
Dari senarai persediaan barang yang saya ikuti sebelum bersalin, banyak barang yang berlebihan saya bawa. He He He
Jadi ini senarai ringkas apa perlu dibawa jika anda dah merancang awal-awal nak bersalin di hospital selayang.
BEG HOSPITAL IBU
Tak perlu bawa kain batik dan t-shirt sebab hospital selayang sediakan kain sarung dan baju. Hanya sediakan baju untuk balik pada hari terakhir. Charger telefon tak boleh pakai dalam wad tetapi kalau terdesak, curi-curila pakai plug dekat dengan katil atau minta husband chargekan di luar wad sebab ada kedai sediakan perkhidmatan charge telefon dalam hospital.
Breastpump boleh bawa sekiranya bayi ditahan di NICU dan untuk elak breast bengkak, eloklah pump. Untuk pump susu, nurse benarkan pakai plug di katil kita atau boleh guna pump di NICU. Di hospital selayang mereka guna jenama MEDELA breastpump tetapi standard hospital. Di wad ada steriliser dan peti ais. Selepas pump boleh simpan dalam peti sejuk di wad atau peti ais di NICU. Label siap2 pada botol/plastik susu kita tu. Pad boleh minta pada nurse sekiranya tiba-tiba bekalan kita habis. Hospital pakai pad yang panjang dan perlu diikat tu.
1. Buku Rawatan Merah
2. Kad Pengenalan
3. Guarantee Letter - jika ada
4. Telefon Bimbit -
5. Charger Handphone
6. Baju lawa bila nak keluar hospital dan balik
7. Kain Batik – 1 helai
8. Tudung instant..main sarung je tu
9. Stoking 4 helai
10. Seluar Dalam Maternity – 6 helai
11. Tuala Muka – 1 helai
12. Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi, Listerine)
13. Tuala Mandi - 1 helai
14. Bedak
15. Sikat rambut
16. Maternity Pad - 1 pek
17. Pad Biasa
18. Breast Pad – 4
19. Baju Sejuk (Sweater) – 1 helai
20. Selipar - 1 pasang
21. Beg Plastik Baju Kotor
22. Minyak Angin / Urut (Minyak kayu putih atau minyak merah
23. Beg Pakaian
24. Getah rambut
25. Disposable panties (1set)
28. Nursing Bra – 4 helai
29. Breastpump dan aksesori
BAKUL HOSPITAL IBU
Nurse di hospital selayang akan kurang senang jika nampak kita bawa air selusuh. No komen selanjutnya tentang ini. Nak bawa laptop? plug pun tak boleh pakai macam mana nak charge laptopkan? kecuali nak pakai bateri. tapi janganla bawa, laci hospital selayang tak berkunci elok jangan bawa barang berharga seperti kamera, laptop, dan gadjet yang mahal2 tu. Air panas disediakan atau boleh ambil sendiri.
1. Air Selusuh jangan bawa ke hospital selayang
2. Air Zam-Zam
3. Makanan / Minuman (Madu,Air Masak/Susu Anmun /Milo Segera/Horlicks Segera,Buah Kurma, Biskut Oat Munchi, Roti Butterscoth Gardenia)
4. Termos Panas
5. Majalah / Buku / Al-Quran
6. Tisu – 1 kotak
7. Bakul
BEG HOSPITAL ANAK
Bawa pampers banyak-banyak untuk new born. Tak payahla pakai lampin atau CD sementara di hospital. Sebab leceh nak basuh-basuh kecuali husband amik CD/lampin kotor setiap hari untuk dicuci. Tuala mandi biarla ada dua. Di hospital tak pakai seluar tetapi pakai baju sahaja dan sarung tangan dan kaki pun tak pakai.
Barut tak dibenarkan pakai. Jadi tak payah bawa barut, sarung tangan dan kaki semasa di hospital. Hanya bawa sehelai untuk dipakaikan semasa nak keluar hospital. Bawa baju berbutang depan untuk dipakai semasa di hospital. Bawa baby baju lebih. Bayi dimandikan nurse pada waktu pagi sekali sehari.
Kita sebagai ibu, pada waktu petang, laplah badan bayi dengan wet tisu dan sapu minyak pada badannya dan tukarkan bajunya. Jangan pakai baju sama dari pagi dan bayi tak dilap. Berhati-hati pada tali pusat dia, jangan terkena minyak angin. Pakaikan topi pada kepala bayi.
1. Pampers New Born
2. Baju lengan panjang - 3 helai
3. Baju lengan pendek - 3 helai
4. Sarung kaki dan tangan - 1 set
5. Bedung - 2 helai
6. Seluar panjang - 1 helai pakai masa balik
7. Topi - 1 sahaja
8. Selimut kain bedung dah jadi selimut
9. Tuala Mandi Baby - 2 helai
10. Tuala Muka - 2 helai
11. Baby Wipes - 200 helai
12. Baby Bath TAK PERLU
14. Baby Powder TAK PERLU
15. Baby Lotion
16. Baby Oil
17. Minyak Yuyi
18. Minyak Telon
19. Diaper Beg
Alhamdulillah.
Hidayah
No comments:
Post a Comment