Bekerjalah kerana ALLAH dan bukan kerana gaji. Jika kita bekerja kerana gaji, dapat banyak mana pun tak cukup. Jika kita bekerja kerana ALLAH, gaji dapat pahala pun dapat, produktiviti juga akan meningkat. Fahamilah maksud terjemahan ayat 1000 dinar: Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu - ASAT
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment