Friday, December 23, 2011

Azam Baru...Perubahan

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

Assalammualaikum

Sudah lama tidak membuka facebook dan blog. Online pun hanya untuk menyiapkan nota mengajar, memeriksa hasil tugasan laman web yang dibina pelajar dan memeriksa email. Selebihnya masa banyak tertumpu pada Lutfir dan rumahtangga.

Tahun baru beberapa hari saja lagi dan seperti biasa azam tahun ini pun ada yang belum lunas.

Tak mengapa, saya tidak boleh putus asa. Terus berusaha melangsaikan azam...

Alhamdulillah tanpa sedar dikala sibuk dengan keluarga dan rumahtangga, berat badan saya menurun hampir 10kg sejak selepas melahirkan Lutfir.

Saya yakin ini adalah hasil menyusukan Lutfir secara ekklusif dan hasil senaman membuat kerja-kerja rumah sejak memangku jawatan suri rumah selepas pantang sejak bulan 6 yang lalu.

Tapi saya masih dikategorikan sebagai gemuk, oleh itu azam tahun 2012 ialah untuk menurunkan berat badan secara sihat dan berperingkat.

Apakah lagi azam saya? Masih ada beberapa hari untuk berfikir dengan detail apa yang ingin dicapai.

Selain itu..saya ingin membuat perubahan pada diri sendiri iaitu berusaha membuang semua perkara-perkara negatif di dalam diri.

Semoga niat baik ini dimakbulkan oleh Allah, amin!




Alhamdulillah.
Hidayah

No comments:

Post a Comment