Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
VERSI A
http://foodnotesbyanis.blogspot.com/2011/08/rasa-rasa-episode-5-tea-party-kuih-seri.html
BAHAN-BAHAN:
Pulut
200gm beras pulut
1 ½ cawan santan
2 cawan air
2 cubit garam
Seri kaya
7 biji telur
2 cawan santan
1 cawan gula
Daun pandan (dikisar bersama air)
CARA PENYEDIAAN:
Masakkan pulut didalam periuk bersama air, apabila telah kembang, masukkan santan sedikit demi sedikit dan gaulkan sehingga sebati.
Masukkan pulut yang telah dimasak kedalam loyang dan tekankan sehingga padat.
Dalam mangkuk yang berlainan, pukulkan telur bersama santan dan gula.
Tapiskan daun pandan yang telah dikisar dan masukkan jusnya kedalam adunan telur tadi.
Tuangkan adunan keaatas pulut dan kukuskan selama 40 minit.
VERSI B
http://hairul.com/blog/resepi-kuih-seri-muka-paling-mudah-dan-sedap/
Bahan-bahan Lapisan Bawah (pulut)
500gm Beras Pulut
300gm Air
150gm santan pekat
1 sudu besar garam (garam memang guna satu sudu besar ya)
4 sudu besar minyak
Langkah 1:
Basuh beras pulut terlebih dahulu.
Kemudian campur semua bahan-bahan lapisan bawah ke dalam loyang dan kacau hingga sama rata dengan sudu.
Seterusnya masuk ke dalam periuk pengukus dan kukus selama 30 minit. Gunakan api yang sederhana.
Biasanya untuk penutup pengukus, kita balut dengan kain untuk mengelakkan air menitis ke dalam loyang.
Bahan-Bahan Lapisan Atas
150gm Tepung Gandum
4 Sudu Besar Tepung Ubi
4 Biji Telur
180gm Gula Pasir
450gm Santan Pekat
350gm Air Paip
2 cubit garam
Pewarna Hijau
Langkah 2:
Sementara menunggu lapisan bawah (pulut) masak.
Campur kesemua bahan-bahan lapisan atas ke dalam bekas dan pukul sehingga gula hancur sahaja.
Boleh guna mixer atau whisk atau senduk sahaja. Yang penting kacau hingga sebati dan gula hancur.
Untuk pewarna, anda boleh letak seberapa banyak yang anda mahukan.
Letak sikit-sikit pewarnanya sehingga warnanya menarik.
Nak lagi bagus guna pes pandan.
Langkah 3:
Apabila lapisan bawah (pulut) masak dalam lebih kurang 30 minit.
Keluarkan loyang dan tekan pulut dengan belakang sudu atau senduk sehingga ia mampat dan padat.
Kena betul-betul padat ya.
Kalau lapisan bawah pulutnya kurang masak pun tidak mengapa kerana akan dikukus lagi.
Langkah 4:
Tuang adunan lapisan atas ke dalam loyang yang berisi pulut yang telah dipadatkan.
Kemudian kukus sekali lagi dalam masa 1 jam.
Langkah 5:
Selepas 1 jam masak, bolehlah dikeluarkan.
Alhamdulillah.
Hidayah
No comments:
Post a Comment