Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Selamat Tahun Baru dari Lutfir, saya dan suami!
Sekejapnya masa berlalu..masuk Januari 2012 Lutfir dah 9 bulan dan minggu depan 12 haribulan Lutfir kena cucuk mengikut jadual.
Saya dan suami berharap kami menjadi yang lebih baik dan semoga Allah memakbulkan doa-doa kami.
SAYA?
Saya berharap dapat menjadi insan yang lebih positif dengan segala aspek.
Terus pandang ke hadapan menjadi ibu, isteri dan anak yang baik.
Harapan, cita-cita, doa dan pelan:-
1. Berharap mendapat kerja pada tahun 2012 ini
2. Belajar lebih bersabar dan tidak mahu mudah melenting dan tidak mahu mudah marah lagi
3. Solat di awal waktu dan tak mahu "nanti...nanti...sekejap..sekejap.."
4. Mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi bermula dengan suami dan anak di rumah
5. Mencari idea dan bertindak apabila dah ada idea. Semoga Allah memudahkan segalanya
6. Mendidik hati supaya lebih bersabar dengan mak dan mempelajari bagaimana nak handle situasi 'tak seronok' dengan mak
7. Menyimpan duit...dan terus menyimpan..
8. Membanyakkan aktiviti supaya banyak pergerakan dan tubuh keluar peluh..SAYA NAK SIHAT!
9. Makan dengan betul...banyak makan buah....
10. Lupakan semua perkara yang tak best..tak mahu bagi ruang sewa percuma dalam otak ini.
11. Adakah saya akan menyambung master yang tertangguh?
12. Menambah kawan-kawan yang baru, positif dan membina
apa lagi ya? Sedikit demi sedikit akan bertambah perkara-perkara yang nak dilakukan dan di capai di atas...
Ya Allah..bantulah aku!
Alhamdulillah.
Hidayah
No comments:
Post a Comment