Nuffnang

Search This Blog

Forgiveness is one of the most distinguishing features of Ramadan. If we truly want Allah's love, mercy and forgiveness, we must remember that the pleasures in this world are transient, and we are working toward that which is permanent. Is it worth being bitter and stunting our growth? Will it really benefit us? Will our anger and bitterness change the person who has hurt us?

Let us use this Ramadan to open our hearts to those who have wronged us and forgive them as we beg Allah to forgive us..


Love a little more than what is necessary..
Work a little harder than what is required..
Be a little kinder than what is usual..
Give a little more than what u feel u can afford..
Stand in a prayer a little longer than what u intended..
Be a little more patient than what u feel u can handle..
It is that little extra effort sparked by sincerity in the heart
that makes your ordinary self extraordinary...


Remember the five simple rules to be happy:

1. Free your heart from hatred.
2. Free your mind from worries.
3. Live simply.
4. Give more.
5. Expect less.

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Friday, May 3, 2013

Resipi Ayam Masak Kicap Lutfir Suka

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t Bismillah ir-Rahman ir-Rahim


Resipi Ayam Masak Kicap Lutfir Suka

Bahan-bahan:


  • 1/2 kilo ayam
  • 2 biji kentang dipotong wedges
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • 2 labu bawang besar | hiris bulat
  • 1 labu bawang putih | hiris bulat
  • 1 tangkai cili merah | hiris
  • 5 cm halia | ketuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1/2 cawan kicap manis cap kipas udang
  • 1/2 cawan air
  • Lada putih kisar secukupnya (jika tiada, tak mengapa)
  • Garam
  • secubit gula


Cara:


  1. Gaul ayam dan kentang dengan kunyit dan garam. Biarkan 5 minit sebentar.
  2. Panaskan minyak, goreng terendam ayam dan diikuti dengan kentang. Selepas itu ketepikan,
  3. Panaskan minyak dan tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang dan halia hingga naik bau wangi.
  4. Masukkan ayam dan kentang,  kacau rata.
  5. Masukkan kicap manis, lada putih, gula dan garam, gaul rata.
  6. Letak air dan biarkan hingga mendidih.
  7. Dah masak tabur hirisan cili merah. Kacau rata.
  8. Matikan api. Sedia untuk dimakan dengan nasi!



Tip:


  1. Kalau nak pedas, masukkan hirisan cili padi 5-10 biji semasa masukkan kicap.
  2. Masa menumis paling penting, bila dah naik bau insyaallah sedapla masak kicap tu.
  3. Kalau suka banyak kuah, gunakan 1 cawan air.
  4. Kalau suka kuah pekat, letak 1 sudu tepung jagung sikit.
  5. Jika nak, lada hitam letak masa masak kicap mendidih.
  6. Selain kentang,boleh letak tomato, kacang buncis dan karot.
  7. Jika tak mahu goreng ayam tu, perap ayam seketika bersama kicap pekat, kicap manis & sos tiram.
  8. Saya kalau masak lauk ni untuk Lutfir, saya akan potong dadu ayam, karot dan kentang.


Semoga resipi ini bermanfaat.


Alhamdulillah.
Hidayah

Saturday, April 20, 2013

RESIPI WAFFLE RANGGUP TERBAIK MENJADI!

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

Hari ini suami belikan pembuat waffle jenama takada di USJ Mydin dengan harga RM59.00.



Malam je terus google resipi terbaik dan esok nak buat!

Resipi dapat dari http://samida74.blogspot.com/2012/12/waffle-rangupni-baru-menjadi-memang.html

Ini resipinya


RESIPI WAFFLE RANGGUP


BAHAN-BAHAN (untuk 8 KEPING) :
1.
2. 2 cawan  tepung gandum
3. 2 sudu kecil yis kering (Aida guna instant yeast je. Yis nilah sebenarnya bahan rahsia yang Aida bagitau tadi)
4. 1 sudu besar gula
5. 1/2 sudu kecil garam
6. 3 sudu besar mentega yang dicairkan
7. 1 cawan susu segar dalam suhu bilik (Aida guna  brand Dutch Lady Full Cream Milk)
8. 1 biji telur dalam suhu bilik.
9. 1 sudu besar esen vanila
10. 1/2 cawan Air panas hangat / suam   ...(untuk dimasukkan sedikit demi sedikit)

CARA-CARANYA:
1. Campurkan tepung gandum, yis kering, gula, garam, mentega, telur, esen vanila dan susu segar. Gaulkan kesemuanya dan pukulkan secara perlahan-lahan dengan menggunakan whisk . Kemudian, masukkan air  suam secara sedikit demi sedikit. Ini untuk pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan elakkan daripada menjadi terlalu cair. Jadi part ni korang kena buat anggaran sendiri ok. klu  Aida  letak 1/2 cawan air panas/suam je dan Aida tambah sikit-sikit bila tengok adunan still masih pekat...pandai lah adjust ok..heheh ..
2. Bila adunan dah sebati, rehatkan sebentar bahan-bahan yang disediakan tadi untuk 10-15 minit. Sambil-sambil tunggu tu korang boleh le cucui bekas2 yg telah digunakan..@ layan FB jap...sambil tu jangan lupa  panaskanlah waffle maker tu ...
3. Nampak adunan dah berbuih.....Bila waffle maker benar-benar panas, tuangkan adunan bermula dari tengah hingga ianya merebak dengan sendirinya ke bahagian tepi corak waffle maker. Yang penting waktu proses ni, tangan kena penuh lemah-gemalai, jangan gelojoh-gelojoh kang tumpah pulak semua adunan tu. Hehe.
4. Jangan tutup terus penutup waffle maker selepas adunan dituangkan tapi korang tunggu 5-10 saat. Tekankan sedikit penutup waffle maker sewaktu menutupnya. Ini untuk memastikan corak waffle korang lebih sekata dan terhasil dengan cantik. Lagi satu waffle tu takkan melekat sewaktu dikeluarkan daripadawaffle maker. (Tips ni!)
5. Kebiasaannya masa untuk i buat satu waffle ialah lebih kurang 10 minit. Tapi aida nak ingatkan, korang selalu-selalulah jenguk waffle bila 5 minit dah berlalu. Tak jadi masalah kalau nak buka dan tutup penutup waffle maker sewaktu dalam proses memasak. Bukan apa, takut bukan jadi rangup je waffle tu tak pasal-pasal terus jadi hangus. Hehe.
6. Keluarkan waffle bila warnanya berubah menjadi golden brown (coklat keemasan), maknanya wafflekorang dah masaklah tu.
7. Hidangkanlah waffle dengan sapuan chocolate syrup, jem, strawberry, pisang, peanut butter atau aiskrim. atau apa saja yg diingai...Woww!! Sedapkan?? Akhir kata, selamat menjamu dgn selera masing2 dan sambutlah salam sayang dari Aida diSRKM..muahhh hinga jumpa lagi... :)



Alhamdulillah.
Hidayah

Monday, April 15, 2013

KEK COKLAT KUKUS MOIST NUTELLA

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t Bismillah ir-Rahman ir-Rahim


Bahan-bahan kek coklat :
250gm butter
1 cawan gula
4 biji telur
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
1 cawan air atau susu cair

Bahan-bahan coklat cair atau topping :
1 sudu marjerin
2-3 sudu susu pekat manis
2-3 sudu serbuk koko
3 sudu nutella
sedikit air

Cara buat kek coklat:
1. Bancuh serbuk koko dan air atau susu cair.
2. Pukul butter dan tambah gula sehingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum selang-seli dengan bancuhan kok tadi sambil terus memukul.
5. Kukus 45 minit.

Cara buat coklat cair untuk topping:
1. Cairkan 1 sudu marjerin.
2. Masukkan susu pekat manis, nutella dan serbuk koko
3. Tambahkan sedikit air supaya tidak terlalu pekat


Alhamdulillah.
Hidayah

Wednesday, July 11, 2012

Asam Pedas Nani Rostam




Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

sumber 100% daripada http://nanirostam.blogspot.com/2012/07/resepi-asam-pedas-pikat-hati-orang.html

Ikan jenahak/ikan parang/ikan merah 1/2 kilo


Cili kering 20 batang (rebus dan cuci)
buah keras 5 bij
belacan 1/2 inci

(Blend ke semua bahan di atas dan ketepikan)


Bawang merah kecil 5 ulas
bawang putih 3 ulas
serai satu batang yang kecil
kunyit hidup 1 inci.

(Blend ke semua ini dan ketepikan)

bahan-bahan lain untuk ditumis :

biji halba - 10 biji
daun kari - satu batang lurutkan
daun kesum 2 tangkai ikat


Cara-caranya,


1.Panaskan minyak, tumiskan biji halba, daun kari, daun kesum.
2. Setelah naik bau, masukkan kisaran campuran bawang bawang tadi sehingga naik bau dan agak garing.
3. Masukkan pula kisaran campuran cili kering tadi sehingga garing dan naik minyak.
4. Masukkan air bancuhan asam jawa, garam dan ajinomoto dan sedikit air
5. Setelah mendidih masukkan ikan, tomato dan kacang bendi.
6. Biar mendidih dan kemudian kecilkan api untuk merenihnya.
7 Angkat dan hidang bersama nasi panas.


Alhamdulillah.
Hidayah

Friday, June 1, 2012

Sup Kacang Dhal dan Sayur Campur bersama Ayam

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim


Esok dah 1 Jun 2012...CEPATNYA masa berlalu! Lutfir dah 1 tahun 2 bulan.

Lutfir dan abahnya dah tidur. Ummi masih mengadap komputer mencari resipi nak masak apa untuk Lutfir esok.

Nampak Lutfir macam dah bosan. Ummi kena cari resipi baru untuk masak makanan Lutfir.

Tadaaaa...

Ummi jumpa resipi ni..ini untuk makan tengah hari dan malam Lutfir


Sup Kacang Dhal dan Sayur Campur bersama Ayam


50 g (½ cup) kacang dhal, direndam semalaman
30 g (2 sudu makan) kacang pis, dibuang kulit
25 g (1 biji) tomato, dibelah empat
45 g (½ biji) ubi kentang, dipotong dadu
60 g (½ cawan) lobak merah, dipotong dadu
76 g (½ keping) tauhu, dipotong dadu
30 g (¹⁄³ cawan) kobis, dicincang
1750 ml (7 cawan) stok ayam rebusan sendiri
Garam secukup rasa

Cara Memasak
1 Rebuskan stok ayam dan kacang dhal di dalam periuk selama 30 minit.
2 Masukkan ubi kentang, lobak merah dan kacang pis. Rebus sehingga
lembut.
3 Masukkan kobis ke dalam periuk dan teruskan merebus selama 3 minit.
4 Masukkan tomato dan tauhu.
5 Masukkan garam dan renehkan sup selama 1 minit.
6 Hidangkan panas bersama dengan nasi.



Harap sangat Lutfir suka...Ummi sebelum tido ni pergi rendam kacang dal!

Resipi ini Ummi ambil dari http://www.nutriweb.org.my/downloads/Nutritionist's%20Choice%20Cbook_lr.pdf

Sarapan nak masak apa ya untuk Lutfir? Lutfir dah bosan makan nasi...

Ingat esok nak masak....Makaroni la...

Tapi makaroni apa? Sup? Goreng?





Alhamdulillah.
Hidayah

Wednesday, May 9, 2012

Puding Gula Hangus @ Karamel Untuk Suami

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim



Puding karamel adalah hidangan pencuci mulut yang sungguh sedap, manis, bertekstur lembut dan membuatkan anda ketagih. Sesiapa sahaja akan menyukai puding karamel, terutamanya kanak-kanak. Untuk menjamu keluarga anda, anda boleh memasak puding karamel di rumah, kerana resipi adalah sangat mudah dan cepat. Berikut adalah resipi dan cara memasak puding karamel. Nikmatilah.


Untuk sukatan, saya pakai cawan plastik ikea ini





BAHAN-BAHAN KARAMEL @ GULA HANGUS
5 sudu besar gula
2 sudu besar air

BAHAN-BAHAN PUDING
1 tin susu pekat
1 sudu besar esen vanila
7 biji telur grade A
1 cawan air


CARA MEMASAK
  1. KARAMEL @ GULA HANGUS: Masukkan gula di atas loyang. Panaskan gula di atas api yang perlahan sehingga gula perang keemasan dan biarkan semua gula cair, tambah air dan kacau rata. Angkat dan ketepikan.
  2. Masukkan esen vanila, telur, air, susu pekat manis ke dalam blender dan kisar sampai sebati. Lebih kurang 10 saat sahaja.
  3. Tuang adunan yang telah diblender ke dalam loyang yang telah dilapisi gula cair yang telah membeku/keras.
  4. Masukkan loyang ke dalam pengukus ketika air kukusan telah mendidih. Kukuslah dengan api sederhana kecil sahaja. Kukus sehingga 45 minit-1 jam.
  5. Apabila telah masak, telangkup loyang ke pinggan leper.
  6. Lebih enak jika dihidangkan sejuk. Suami suka makan yang sudah disejukkan dalam peti ais.


TIP-TIP

  1. Esen vanila digunakan untuk menghilangkan bau hanyir telur dan membuatkan puding berbau wangi
  2. Jika ingin buat untuk buah tangan pada jiran atau saudara mara, boleh buat di dalam bekas makanan yang tahan suhu tinggi seperti gambar di bawah atau bekas makanan jenama Tupperware. Caranya, gula di cairkan dahulu di dalam loyang atau kuali, kemudian tuang ke dalam bekas makanan dan sejukkan. Kemudian adunan yang telah diblend, di tuang ke dalam bekas makanan yang telah dilapisi gula. Tutup bekas makanan dan ikat dengan getah. Kukus selama 45minit-1jam. Apabila telah masak, masukkan ke dalam peti sejuk atau dah boleh bagi sebagai buah tangan.





Alhamdulillah.
Hidayah

Tuesday, May 8, 2012

Donut Untuk Lutfir

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim





BAHAN-BAHAN
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam 
2 sudu besar mentega
6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis) ATAU
1 cawan gula
3 sudu besar susu pekat manis/ 1/2 cawan susu segar
1 paket yis (jenama mauripan)
1 biji telur

Untuk sukatan, saya pakai cawan plastik ikea



CARA MEMASAK
  1. Baca bismillah dan selawat dulu...
  2. Cairkan mentega dan ketepikan.
  3. Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
  4. Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega yang dicairkan tadi.
  5. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi dan kacau.
  6. Masukkan campuran yis ke dalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. Sambil gaul2 tu, baca Ya Latif 3 kali untuk melembutkan hati anak dan agar anak mendengar kata.
  7. Tutup adunan dengan plastic wrap atau kain. Biarkan adunan selama 45 minit - 1jam. Selepas 45minit-1jam, adunan akan mengembang 2 kali ganda.
  8. Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat semasa membentuk adunan. (adunan memang agak lembik). Letak doh atas dulang, Leperkan dan potong kepada beberapa bahagian guna pisau kek secret recipe atau pisau biasa.  
  9. Ambil 1 bahagian dan bBuat bentuk donut atau bentuk anda suka.
  10. Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. 
  11. Celup donut dengan coklat atau gula pasir... saya suka peanut butter!



RUJUKAN ILHAM




Alhamdulillah.
Hidayah

Thursday, May 3, 2012

Bebola Ikan Untuk Lutfir

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

Selepas kena kuliah 1 jam dengan Dato Dr Azizi iaitu paed Lutfir mengenai keburukan processed food, jadi saya berusaha belajar buat fishball, meatball, nugget dan lain-lain yang boleh belajar buat sendiri.

Resipi ini sesuai untuk anak yang sudah pandai makan guna tangan.




BAHAN-BAHAN
180 g (¾ cawan) isi ikan tenggiri, dibuang tulang dan kulit
5 g (2 sudu teh) tepung jagung
Secubit garam
Secubit lada sulah


CARA MEMASAK
1. Campurkan isi ikan tenggiri, garam lada sulah, dan tepung jagung ke dalam mesin pengisar.
2. Kisar kesemua bahan-bahan sehingga halus.
3 .Masukkan adunan tadi ke dalam mangkuk besar. Baling adunan ke bahagian tepi mangkuk. Ulang sehingga menjadi adunan pejal dan berkilat.
4. Bentukkan adunan menjadi bebola kecil menggunakan tangan.
5. Celurkan ke dalam air yang mendidih sehingga masak.
6. Hidangkan bersama sup atau bubur nasi


CADANGAN
1. Untuk memudahkan membentuk bebola adunan, basahkan tangan semasa mahu membentuk adunan menjadi bebola kecil supaya isi ikan tidak melekat di jari.





Alhamdulillah.
Hidayah

Monday, January 23, 2012

Resipi Kuih Seri Muka - Kuih Tradisional Melayu

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim





VERSI A
http://foodnotesbyanis.blogspot.com/2011/08/rasa-rasa-episode-5-tea-party-kuih-seri.html


BAHAN-BAHAN:

Pulut
200gm beras pulut
1 ½ cawan santan
2 cawan air
2 cubit garam

Seri kaya
7 biji telur
2 cawan santan
1 cawan gula
Daun pandan (dikisar bersama air)


CARA PENYEDIAAN:
Masakkan pulut didalam periuk bersama air, apabila telah kembang, masukkan santan sedikit demi sedikit dan gaulkan sehingga sebati.
Masukkan pulut yang telah dimasak kedalam loyang dan tekankan sehingga padat.
Dalam mangkuk yang berlainan, pukulkan telur bersama santan dan gula.
Tapiskan daun pandan yang telah dikisar dan masukkan jusnya kedalam adunan telur tadi.
Tuangkan adunan keaatas pulut dan kukuskan selama 40 minit.



VERSI B
http://hairul.com/blog/resepi-kuih-seri-muka-paling-mudah-dan-sedap/


Bahan-bahan Lapisan Bawah (pulut)
500gm Beras Pulut
300gm Air
150gm santan pekat
1 sudu besar garam (garam memang guna satu sudu besar ya)
4 sudu besar minyak


Langkah 1:
Basuh beras pulut terlebih dahulu.
Kemudian campur semua bahan-bahan lapisan bawah ke dalam loyang dan kacau hingga sama rata dengan sudu.
Seterusnya masuk ke dalam periuk pengukus dan kukus selama 30 minit. Gunakan api yang sederhana.
Biasanya untuk penutup pengukus, kita balut dengan kain untuk mengelakkan air menitis ke dalam loyang.


Bahan-Bahan Lapisan Atas
150gm Tepung Gandum
4 Sudu Besar Tepung Ubi
4 Biji Telur
180gm Gula Pasir
450gm Santan Pekat
350gm Air Paip
2 cubit garam
Pewarna Hijau



Langkah 2:
Sementara menunggu lapisan bawah (pulut) masak.
Campur kesemua bahan-bahan lapisan atas ke dalam bekas dan pukul sehingga gula hancur sahaja.
Boleh guna mixer atau whisk atau senduk sahaja. Yang penting kacau hingga sebati dan gula hancur.
Untuk pewarna, anda boleh letak seberapa banyak yang anda mahukan.
Letak sikit-sikit pewarnanya sehingga warnanya menarik.
Nak lagi bagus guna pes pandan.

Langkah 3:
Apabila lapisan bawah (pulut) masak dalam lebih kurang 30 minit.
Keluarkan loyang dan tekan pulut dengan belakang sudu atau senduk sehingga ia mampat dan padat.
Kena betul-betul padat ya.
Kalau lapisan bawah pulutnya kurang masak pun tidak mengapa kerana akan dikukus lagi.

Langkah 4:
Tuang adunan lapisan atas ke dalam loyang yang berisi pulut yang telah dipadatkan.
Kemudian kukus sekali lagi dalam masa 1 jam.

Langkah 5:
Selepas 1 jam masak, bolehlah dikeluarkan.



Alhamdulillah.
Hidayah

Monday, July 4, 2011

Resipi Lempeng Nani Rostam

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

Saya pernah membeli kuih raya dengan Kak Nani Rostam ini. memang MANTAP kuih rayanya.
Berbaloi beli walaupun agak berharga sedikit. Benda sedap mestilah berharga sikitkan.

Saya juga suka cara Kak Nani masak, kaedahnya telah dipermudahkan dan cepat dan sedap!

Di sini ialah resipi lempeng.

Resepinya...
Humban semua bahan di bawah ini dalam blender dan kisar....

225gm tepung gandum

300ml susu segar


2 sudu makan gula


1 sudu teh baking powder


sedikit garam


1 sudu makan minyak jagung


Alhamdulillah.
Hidayah

Puding Karamel Nani Rostam

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

Lagi dua minggu kenduri akan diadakan jadi saya bercadang ingin buat puding karamel. Ini resipi paling mudah saya jumpa. Terima kasih Kak Nani (http://nanirostam.blogspot.com/2011/06/desas-desus.html)

RESEPI PUDING KARAMEL

Langkah 1...

Sediakan periuk pengukus di atas api dapur.

Langkah 2

2 sudu makan gula
Sebji loyang.
Cara-cara...masukkan gula di dalam loyang dan letak loyang di atas api dapur dalam masa lebih kurang 2 minit. Kacau gula sehingga berwarna kuning pekat keemasan. Angkat dan ketepikan.

Langkah 3

7 biji telur grade A.
1 tin susu pekat.
1 tin air (guna tin susu tadi)
1 sudu teh esen vanila (imported)
Cara-cara....dengan menggunakan sudu garpu, pukul telur menggunakan tangan sehingga sebati. Masukkan susu dan air....kacau lagi dan masukkan esen vanila. (Masa mengacau dianggarkan selama 5 minit).
Selepas itu tuang bancuhan telur tadi ke dalam loyang yang ada gula hangus tadi dan kukus.
Dalam masa 20 minit...angkat dan telangkupkan di atas pinggan besar. Potong dan sejukkan sebelum di makan.

Selamat membuatnya...semuga jadi dan sedap dimakan.




Alhamdulillah.
Hidayah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...