PENGENALAN
Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.
Create a playlist at MixPod.com
1) Arasy, kurshi dan Syurga dicipta.
2) Langit, matahari, bulan, bintang dan bumi dicipta.
3) Nabi Adam dicipta dari tanah.
4) Nabi Adam dimasukkan ke dalam Syurga.
5) Taubat Nabi Adam diterima ALLAH.
6) Bahtera Nabi Nuh mendarat di bukit Judi.
7) Nabi Ibrahim keluar daripada api.
Penglihatan Nabi Yaakub pulih semula.
9) Nabi Yusuf keluar dari perigi.
10) Nabi Ayub sembuh daripada menderita penyakit kulit.
11) Nabi Musa selamat menyeberangi lautan sementara Firaun dan pengikut²nya tenggelam ke dalam lautan Merah.
12) Nabi Sulaiman dikurniakan semula kekuasaan (kerajaan).
13) Nabi Yunus dikeluarkan dari perut ikan Nun.
14) Nabi Isa dilahirkan.
15) Nabi Isa diangkat kelangit.
16) Hujan turun buat kali pertama kalinya membasahi bumi.
Jangan meniru Seperti Yahudi
Hadith : Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya:”Rasulullah saw. bersabda, maksudnya: "Berpuasalah kamu pada hari `Asyura' dan buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya." (Ahmad)
|
Sumber: http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=884
Alhamdulillah.
Hidayah