Saya menghadapi masalah memilih Set Bersalin. Oleh itu saya meminta pandangan daripada beloved Aunty Leha..
Tŭn At-Terawis 12 January at 17:42Assalammualaikum Aunty Leha,
Apa khabar? Alhamdulillah..
Dayah dah 29 minggu esok..
Apakah set bersalin yang sesuai untuk dipilih?
Dayah keliru.. Dayah bercadang nak menyusukan anak sepenuhnya hingga usia 2 tahun..
Dayah ada buat perbandingan sikit di
http://hidayahmk.blogspot.com/2011/01/set-bersalin.html
Dayah tak tahu nak pilih mana satu..
Boleh Aunty bagi pendapat dan pandangan Aunty untuk memudahkan Dayah membuat pertimbangan..
Love
Hidayah
Aunty jaga dua-dua menantu aunty dlm pantang hingga habis. Aunty rasa nona Roguy pun okay. Cuma phytonatal tu jangan ambil kalau menyusukan baby. Ia nya untuk ibu mudah buang air besar, tapi kalau menyusukan, baby nanti cirit birit. So kalau dayah sembelit masa dlm pantang( selalunya begitu sebab ibu kurang minum air) dayah gantikan dengan Fibbogel. ada di jual di parmasi. Ianya selamat untuk ibu dan anak.
rempah akar herbanika okay, tapi baru-baru tu minum sekali sahaja, tengok badan dayah mcmane. kalau sesuai ok, kalau rasa panas cairkan , tambah air.Ianya elok untuk memanaskan badan, memulihkan urat-urat yang kembang.
Minyak herbanika: Kalau bayi dapat jaundice jangan pakai minyak ini. Gantikan dengan minyak gamat asli biasa. Minyak herbanika panas, takut jaundicenya berlarutan. Pakai minyak gamat untuk perut bayi dan kalau lelaki, sapu keliling buah pelir dia....hehe kena sensor.
Tengok baby dulu. kalau dia dapat jaundice biasa ok, tapi kalau doc check darah dia ada jaundice G6PD itu kita kena brhati-hati, jaga lebih tentang pemakanan ibu dan ubat-ubatan yang di gunakan.
Alhamdulillah.
Hidayah