Nuffnang

Search This Blog

Forgiveness is one of the most distinguishing features of Ramadan. If we truly want Allah's love, mercy and forgiveness, we must remember that the pleasures in this world are transient, and we are working toward that which is permanent. Is it worth being bitter and stunting our growth? Will it really benefit us? Will our anger and bitterness change the person who has hurt us?

Let us use this Ramadan to open our hearts to those who have wronged us and forgive them as we beg Allah to forgive us..


Love a little more than what is necessary..
Work a little harder than what is required..
Be a little kinder than what is usual..
Give a little more than what u feel u can afford..
Stand in a prayer a little longer than what u intended..
Be a little more patient than what u feel u can handle..
It is that little extra effort sparked by sincerity in the heart
that makes your ordinary self extraordinary...


Remember the five simple rules to be happy:

1. Free your heart from hatred.
2. Free your mind from worries.
3. Live simply.
4. Give more.
5. Expect less.

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers

Tuesday, February 8, 2011

8 bulan melayari bahtera

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

Alhamdulillah.. sudah hampir masuk 9 bulan usia perkahwinan saya dan suami. Pejam celik pejam celik..cepat masa berlalu.

Kini saya juga sudah 8 bulan lebih mengandung dan insyaallah akan bersalin pada akhir bulan Mac 2011 depan. Ya, saya bunting pelamin, kami suami isteri syukur dengan rezeki Allah ini. Anak ini pengikat kasih sayang dan menyuburkan lagi cinta kami berdua.

Sepanjang melalui saat bulan madu sebagai suami isteri di rumah (kami belum sempat pergi bercuti dan tido di hotel, insyaallah selepas baby lahir) dan awal mengandung, banyak dugaan kami lalui.

Kami bergaduh, bertekak, merajuk, bermasam muka, bergurau senda, sedih bersama-sama, gembira gelak tawa dan semuanya ada! Itulah asam garam rumahtangga.

Walaupun kami bergaduh dan merajuk macam mana pun, tak sampai 24jam kami bermasam muka, kami dah berbaik semula...saling rindu merindui. Bila jauh, kami saling merindui dan perasaan cinta lebih membuak-buak lebih semasa bercinta dulu. Bila bergaduh, kami makin sayang-menyayangi.

Kerana dari situ kami belajar kekurangan dan kelebihan masing-masing. Kami belajar bagaimana menawan hati masing-masing dan apa kehendak hati masing-masing. Apa pasangan kita suka dan tidak suka. Apa yang patut buat dan tak patut buat sebagai seorang isteri dan seorang suami.

Walaupun kami telah berkawan selama LIMA tahun sebelum kahwin, banyak perkara baru kami belajar dan mengenali pada diri masing-masing. Berkawan, berkahwin dan tinggal sebumbung tidur sekatil memang tak sama.

Dengan keadaan saya yang mengandung bunting pelamin, menambah cabaran kepada kami yang baru nak belajar menyesuaikan diri dengan dunia perkahwinan dan menyesuaikan diri dengan perangai masing-masing.

Pada 3 bulan pertama mengandung saya sering mengalami perubahan emosi dan amat sensitif. Mudah nak marah dan cepat emosi walaupun perkara kecil. Suami selalu keliru dengan sikap saya dan ini juga selalu mengundang kami bergaduh.

Perkara ini biasa pada trimester pertama hamil dan lebih-lebih lagi mengandung anak sulung. Perubahan pada diri sendiri yang pertama kali mengandung dan pertama kali menyesuaikan diri juga menjadi faktor.

Saya juga pernah membuat kesilapan kerana melayan emosi, tidak berfikir panjang dan menjadikan Facebook/Twitter sebahagian hidup saya. Kadang-kala apabila sedang emosi, saya meluahkan di Facebook status.

Sebenarnya sebagai seorang isteri kita tidak boleh langsung meluahkan secara terbuka cerita dalam kain rumahtangga kita kepada orang walaupun saudara-mara, datuk nenek, mak abah kita dan adik-adik kita. Seperti Facebook yang dibaca oleh semua orang yang menjadi 'Friends' kita, dengan menulis di status beerti kita menceritakan pada orang dan orang baca.

Alhamdulillah, suami menegur serta memahami dan saya akui kesilapan yang sangat besar saya ini kerana orang boleh berfikir bukan-bukan dan orang luar boleh membuat berbagai kesimpulan mengenai rumahtangga kami melalui status di Facebook WALAUPUN sebenarnya perkara kecil saja yang berlaku. Dan orang luar boleh menokok tambah, menyebarkan cerita dan mengadakan-adakan cerita melalui status Facebook itu.

Alhamdullliah dengan teguran baik suami saya sedar dan bersyukur suami maafkan saya. :)

Perjalanan rumahtangga kami masih panjang dan kami masih mentah kini.

Saya bersyukur mempunyai mak sendiri dan ibu mertua yang baik. Setelah berkahwin ini, banyak nasihat mak dan ibu mertua saya ingat dan praktikkan. Nasihat itu juga saya kongsikan dengan suami.

Saya bersyukur dengan kurniaan Allah kini. Perkahwinan saya dan suami, kami saling lengkap melengkapi kekurangan diri kami. Jika kami sama-sama kurang, kami sama-sama belajar dan baiki diri.

Sesungguhnya saya sangat berterima kasih dengan suami yang sangat sabar melayan kerenah saya sepanjang mengandung ini. Pertama kali mengandung, saya selalu menuntut sokongan, belaian dan perhatian suami. Sikit-sikit..nak suami, merengek seperti anak kecil.

Alhamdulillah, sehingga mengandung 8 bulan lebih ini saya tidak mengalami alahan bau di dapur dan muntah-muntah. Alhamdullillah saya boleh memasak untuk hidangan makan suami hingga kini. Cuma bila dah akhir-akhir ini perut semakin membesar, saya mudah merasa penat dan semput.

Jika balik ke Melaka rumah mertua, ibu mertua memahami. Malunya saya beritahu, saya belum lagi masak sepenuhnya di rumah mertua. Saya banyak menolong dan pada masa yang saya belajar memasak kerana ibu mertua saya ini pandai memasak. Rasa masakan ibu mertua sangat sedap. Munkin air tangan seorang ibu, seperti mak saya masak...sedap aje walaupun simple.

Kadang-kala saya kesian melihat ibu mertua saya kepenatan memasak tetapi dia tidak merungut walaupun penat. Saya berniat dalam hati, saya menyiapkan diri supaya yakin nak memasak di rumah mertua sepenuhnya nanti dan biar ibu mertua rehat.

Sebab sekarang saya kurang keyakinan diri nak memasak di rumah ibu mertua, takut nanti jika tak sedap... Kini saya hanya memasak untuk suami, untuk adik-adik yang datang ke rumah saya di rawang dan keluarga saya sendiri di Bukit Sentosa.

Suami adalah pengkritik yang hebat supaya saya meningkatkan lagi kemahiran memasak. Selalu suami bagi markah dan ulasan setiap kali lepas makan masakan saya. Terima kasih suamiku sayang! I LOVE YOU SO MUCH!

Sesungguhnya saya bersyukur! Saya masih belajar dan sentiasa ingin belajar menjadi anak yang baik kepada kedua-dua ibubapa, isteri yang soleh, ibu yang terbaik pada anak-anak kelak dan insan yang baik sebagai hamba di muka bumi Allah ini.

Doa saya, semoga perkahwinan ini kekal bahagia hingga akhir hayat kami..hingga kami kembali pada Allah suatu hati nanti.

I LOVE YOU SAYANG, MUHAMMAD HAFIZ BIN MOHAMED KHALIL.





Alhamdulillah.
Hidayah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...