MINUMAN DALAM PANTANG
REBUSAN MANJAKANI
Bahan-bahannya
500 ml air
30 gm halia muda – di hiris
20 gm kunyit tua – di hiris
5 biji buah manjakani
2 keping asam keping.
Caranya
- Satukan semua bahan ke dalam periuk
- Jerang di atas api sederhana hingga mendidih
- Perlahankan api dan renehkan selama 10 minit
- Tapis dan minum setelah suam.
REBUSAN PEGAGA
Bahan-bahannya
5 cawan air
50 gm pegaga
Caranya
- Rebus pegaga bersama air hingga tinggal anggaran 3 cawan.
- Tapis dan minum setelah suam.
- Amalkan 2 x sehari
REBUSAN HALIA / BANDREK
Bahan-bahannya:
1 ketu l Gula Kabung
4 ketul size 4 ”Halia Tua (Di hiris)
2 batang serai (Di hiris)
1 Ikat Daun Pandan
3-4 batang Kayu Manis
2 Cubit Cengkih
Caranya
- Rebus semua bahan di atas dengan air ¾ penuh periuk.
NOTA : Bahan di atas untuk kegunaan 4 hari….selepas 4 hari buat yang
Baru
JUS HALIA KURMA
Bahan-bahannya
200 gm halia
20 biji buah kurma
750ml air masak
Caranya
- Tumbuk halia hingga lumat.
- Belah 2 biji kurma dan buangkan bijinya.
- Jerang halia , kurma dan air dalam periuk. Renehkan selama 3 jam.
- Bila mendidih, perlahankan api.
- Tapis dan kemudian hidangkan panas atau suam.
REBUSAN MANJAKANI
Bahan-bahannya
5 biji buah manjakani
500ml air
2cm kunyit tua
2 keping asam keping
Caranya
- Satukan semua bahan dalam periuk
- Jerang di atas api sederhana hingga mendidih
- Perlahankan api dan renehkan selam 10 minit.
- Tapis dan minum air ini setelah suam.
- Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal
- Rahim. Tidak sesuai di minum oleh gadis kerana di takuti penyebab mandul.
REBUSAN PEGAGA
Bahan-bahannya
2 ikat daun pegaga
5 cawan air
Caranya
- Rebus pegaga dengan air dalam periuk hingga tingga anggaran 3 cawan air rebusan ini.
- Apabila suam, minum 2 kali sehari.
- minuman air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru melahirkan anak.
LAIN-LAIN:
- RESIPI SEMASA PANTANG - SAYUR
- RESIPI SEMASA PANTANG -DAGING
- RESIPI SEMASA PANTANG – AYAM
- RESIPI SEMASA PANTANG – IKAN
Alhamdulillah.
Hidayah
Trima ksih ye share resepi mnuman smasa pantang ni.. dah lama nak cuba mnum rbusan mnjakani ni..tp tkut rsa pahit pulak..agknya asam kping tu bleh hilangkn rsa pahit mnjakani tu tak???
ReplyDeleteManjakani memang pahit. Saya dulu minum sekali teguk je. Memang rasa ngeri di tekak. Hhehehe. Tapi manjakani bagus membaikkan luka.
ReplyDelete