Nuffnang

Search This Blog

Forgiveness is one of the most distinguishing features of Ramadan. If we truly want Allah's love, mercy and forgiveness, we must remember that the pleasures in this world are transient, and we are working toward that which is permanent. Is it worth being bitter and stunting our growth? Will it really benefit us? Will our anger and bitterness change the person who has hurt us?

Let us use this Ramadan to open our hearts to those who have wronged us and forgive them as we beg Allah to forgive us..


Love a little more than what is necessary..
Work a little harder than what is required..
Be a little kinder than what is usual..
Give a little more than what u feel u can afford..
Stand in a prayer a little longer than what u intended..
Be a little more patient than what u feel u can handle..
It is that little extra effort sparked by sincerity in the heart
that makes your ordinary self extraordinary...


Remember the five simple rules to be happy:

1. Free your heart from hatred.
2. Free your mind from worries.
3. Live simply.
4. Give more.
5. Expect less.

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers

Thursday, July 7, 2011

3 bulan..Lutfir dah pandai apa?

Assalammualaikum

Alhamdulillah lutfir dah 3 bulan 7 hari..semakin hari ada je benda baru dia pandai..

Hingga kini Lutfir:-

-Lutfir kalau masa menyusu dengan ummi mesti tangan letak kat buahdada ummi, pegang jari ummi atau gemgam baru ummi.

-Lutfir suka dan gelak terkekeh-kekeh kalau orang main sorok-sorok dengan dia. Tutup muka dengan sapu tangan kemudian turunkan sapu tangan dan sergah dia.. Suka betul dia!

-Lutfir fokus masa di mainkan flashcard pada dia. Suka benar dia. Berkayuh-kayuh kaki kesukaan.

-Lutfir suka mandi sejak dia baru lahir. Kini, kalau mandi dan tak lencun baju ummi tak sah. Kaki dia berkocak-kocak dalam air. Kalau ummi mandikan dia letak besin atas meja, habis sekeliling meja basah. Hahahaha.

-Lutfir tak suka ditiarapkan. Boleh bertahan kurang dari seminit dan kemudian dan merengek.

-Lutfir dah mula berusaha pusingkan badan untuk meniarap..berusaha betul dia!

-Lutfir suka tengok tv. Jika dipasangkan boboiboy dan upin ipin..senyap dan kusyuk!

-Lutfir suka dibacakan buku cerita dengan intonasi yang berubah-rubah dan buku cerita bergambar dengan warna yang terang dan menarik.

-Lutfir dah pandai meragam. Akan meragam bila lambat cuci berak, bila lambat susukan dia, bila ditinggalkan seorang diri dan bila kita tak faham yang dia nak tido. Hehehe

-Lutfir akan hisap jari jemarinya bila dia lapar. Dia kalau boleh nak masuk semua jari dalam mulut. Kalau x potong kuku lagi, bercalar dekat-dekat sekeliling mulut dia. Kalau hisap tu dengan penuh perasaan dan kadang kala berbunyi. Jadi hisap jari petanda pertama sebelum dia meragam lapar.

-Lutfir suka kita loncat-loncatkan dia..senyum-senyum dia. Selalu dukung dan loncat-loncatkan dia atas bantal yang gebu. Macam meloncat atas tilam spring tu. Hehehe

-Lutfir bising kalau badan tak bersih. Jadi setiap hari paling lewat lutfir mandi pukul 930am.

-Lutfir dah pandai lonjak-lonjakkan badan. Kalau dia melonjak..habis badan terlurut ke bawah atas terkebelakang. Jadi kalau dia tidur di katil kena letak bantal dekat hujung katil.

-Lutfir dah pandai 'bercakap' dengan mengeluarkan bunyi berbagai-bagai bentuk bunyi.

-Lutfir suka bila ummi buat bunyi-bunyian yang dia suka. Ketawa kekehla dia.

-Lutfir suka bermain-main lidah. Dia keluar-masuk lidah dan kekadang dia tekan lidah dekat bibir. Pandai hisap bibir sendiri dan kekadang berbunyi-bunyi.

-Lutfir suka main dengan tangannya. Munkin dia dah sedar dia ada dua tangan. Dia selalu tautkan dua tangannya. Pastu pilih-pilih tangan mana satu nak hisap. Hehehe. Tangan dia dah pandai gengam sesuatu seperti mainan, baju sendiri, gengam rambut sendiri, tuala dan pegang pampers sendiri. Kekadang dia cuba untuk pegang kaki dia sendiri.

-Lutfir suka tengok benda yang berpusing. Jadi kipas berwarna dan berlampu menjadi kesukaannya.

-Lutfir dia akan terkejut dengan bunyi kuat macam barang jatuh, anjing menyalak dan apa saja bunyi yang kuat.

-Lutfir jika sesetengah orang bercakap dengan dia kadang kala dia buat dunno je. Buat muka takda perasaan. Masa jumpa nurse untuk cucuk 3 bulan dan check perkembangan, nurse tanya kenapa bila saya bercakap dengan anak awak dia tak bagi response. Ummi ni rasa nurse tu tak pandai tarik perhatian dia. Sebab dengan orang lain dia nak bagi respon, senyum dan ketawa. Maybe dia pilih orang kot.

-Lutfir tak mahu minum susu ummi perah guna botol. Masa baru lahir hingga dua bulan ummi bagi botol nak. Kemudian selepas 3 minggu lebih ummi menyusukan terus dari susu badan tak guna botol, lutfir dah tak nak botol. Lutfir akan buat memek muka nak muntah bila suakan botol. Lutfir tahu perbezaan puting ummi dan botol susu. Ummi risau juga kalau lutfir tak mahu botol langsung kerana susahla bila ummi bekerja atau tiggalkan lutfir dengan pengasuh atau opah.

-Lutfir senang diberi makan ubat. Jika lutfir demam dan ummi bagi makan ubat lutfir tak menangis pun. Lutfir hanya akan tunjuk memek muka jika ubat tu pahit dan tak sedap.

-Lutfir kalau meragam selalu mengeliatkan badan, melonjakkan badan, meneran dan mengeraskan badan. Jika dia meragam, kena pujuk cakap lembut sambil usap belakang beberapa kali barula dia ok. Selain tu, bacakan zikir sambil dodoikan dia. Tenangla dia.


Alhamdulillah, itula gelagat permata hati ummi, Muhammad Lutfir Rahman! :) Muaaaah!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...