Nuffnang

Search This Blog

Forgiveness is one of the most distinguishing features of Ramadan. If we truly want Allah's love, mercy and forgiveness, we must remember that the pleasures in this world are transient, and we are working toward that which is permanent. Is it worth being bitter and stunting our growth? Will it really benefit us? Will our anger and bitterness change the person who has hurt us?

Let us use this Ramadan to open our hearts to those who have wronged us and forgive them as we beg Allah to forgive us..


Love a little more than what is necessary..
Work a little harder than what is required..
Be a little kinder than what is usual..
Give a little more than what u feel u can afford..
Stand in a prayer a little longer than what u intended..
Be a little more patient than what u feel u can handle..
It is that little extra effort sparked by sincerity in the heart
that makes your ordinary self extraordinary...


Remember the five simple rules to be happy:

1. Free your heart from hatred.
2. Free your mind from worries.
3. Live simply.
4. Give more.
5. Expect less.

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers

Saturday, October 22, 2011

DIDIK ANAK LELAKI MENGHARGAI WANITA

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

Bagus artikel oleh Ummu Zukfa. Saya sendiri walaupun Lutfir baru berusia 6 bulan, saya telah risaukan masa depannya setelah dia mula hidup sendiri....mula ada keluarga sendiri...

Saya berdoa agar saya dapat mendidik anak-anak saya sebaiknya, lelaki dan perempuan. Zaman sekarang ramai lelaki suka mengambil kesempatan ke atas kelemahan dan kekurangan seorang insan bernama perempuan. Lelaki tidak menghormati kaum wanita dan sekiranya wanita tidak tahu menjaga kehormatan dirinya kerana kelemahan agamanya, lelaki sepatutntya menjaga dan menyedarkannya bukanya mereka mengambil kesempatan. Akhirnya satu persatu insan bernama perempuan rosak kerana sikap tidak bertanggungjawab ini.

"Sekiranya lelaki menghormati  dan menghargai kaum wanita, maka kes-kes penzinaan yang membawa kepada pembuangan bayi, penderaan emosi dan fizikal  juga isteri yang dibiarkan tanpa nafkah boleh dikurangkan walaupun mungkin  tidak dapat dihapuskan sama sekali." Ummu Zulfa


Harapan seorang ibu anak-anak perempuan.


Kepada bakal-bakal menantu akan datang, Insya allah.

( Ini adalah artikel asal yang saya hantar kepada editor Utusan Malaysia.Artikel ini telah disunting dan disiarkan di ruangan rencana Utusan Malaysia pada 16 Jun 2010).

“Apakan daya, kita ini umpama mentimun, digolek terluka, menggolek juga terluka.” Pepatah yang diturunkan dari  generasi ke generasi  sering menjadi penunjuk aras mereka yang lemah.Kita juga  sering mendengarnya dari mulut kaum wanita.Wanita sering dilihat seumpama mentimun yang sentiasa menanggung akibat  negatif hasil perbuatannya  sendiri atau orang lain.Lihat sahaja kepada gejala sosial yang semakin meruncing dewasa ini.
Bila kes zina yang membawa kepada pembuangan anak  meningkat saban hari, maka tentunya kaum wanita  yang terkena impak yang maksimum dari penzinaan tersebut. Manakan tidak, wanitalah  yang hamil dan melahirkan anak luar nikah itu, walaupun zina semestinya memerlukan kedua-dua jantina untuk ia berlaku.Dan bila wanita itu membuang bayinya, maka sudah tentu wanita itu  lebih mudah dibuktikan dan  terpaksa berhadapan dengan hukuman penjara maksimum  20 tahun di bawah undang-undang jenayah Malaysia .Yang terbukti bersalah, memang sepatutnya dihukum, tidak kira apa jantina sekalipun.
Wanita juga menerima kesan negatif  bila kes-kes penderaan domestik berlaku di dalam rumahtangga.Belum lagi dikira dengan penderaan emosi kerana terpaksa berulang-alik ke Mahkamah Syariah untuk menuntut nafkah anak-anak.
Cuma bila difikirkan dari sudut yang lain pula, kemana perginya lelaki-lelaki yang menghamilkan wanita-wanita itu? Tidakkah mereka juga  bersalah kerana melakukan zina dan menyumbang kepada pembuangan bayi-bayi malang tersebut? 
Di mana pula suami-suami yang lari daripada tanggungjawab terhadap keluarga malah sanggup pula mencederakan wanita.Kenapakah mereka sanggup berbuat begitu terhadap wanita yang sepatutnya mereka lindungi dan hargai?
PENDIDIKAN DI DALAM KELUARGA
Tidak dapat tidak, segala yang berlaku ini memaksa kita untuk menyelusuri semula metodologi pendidikan terutama pendidikan di dalam keluarga.Jika ibubapa sering merasa gusar untuk membesarkan anak perempuan, sehingga terciptanya satu pepatah ,menjaga anak perempuan lebih susah daripada menjaga sekandang kerbau, pendidikan anak lelaki pula seringkali  tidak dilakukan secara optimum.
Pendidikan anak-anak lelaki , pasti berlainan dengan cara mendidik anak-anak perempuan , kerana mereka berbeza dari segi biologi dan psikologi.Pendekatan tradisional seringkali  memberikan kelebihan kepada anak lelaki kerana bagi ibu bapa . mereka tidak sesukar untuk dijaga berbanding anak perempuan kerana lelaki lebih berakal dari perempuan yang sering dilabelkan lebih beremosi.Anak lelaki tidak luak apa-apa , itu mungkin yang sering menjadi alasan ibubapa untuk memberi kelonggaran kepada mereka.
Sekiranya lelaki menghormati  dan menghargai kaum wanita, maka kes-kes penzinaan yang membawa kepada pembuangan bayi, penderaan emosi dan fizikal  juga isteri yang dibiarkan tanpa nafkah boleh dikurangkan walaupun mungkin  tidak dapat dihapuskan sama sekali.
Anak lelaki yang meningkat remaja , dimana perubahan hormon dan pengaruh rakan sebaya yang sangat mencabar, bimbingan ibubapa adalah sangat kritikal.Apa-apa nilai atau tabiat yang terbentuk semasa tempoh ini akan menjadi sebahagian dari diri mereka sehingga dewasa.Ibubapa seharusnya merebut  peluang  di dalam tempoh ini untuk mendidik mereka sebaik mungkin termasuk  menerapkan sifat menghargai wanita.
Sekiranya remaja lelaki merasai kehadiran kedua ibubapa di dalam kehidupan mereka ,maka nilai dan sudut pandang ibubapa  akan meresap jauh ke dalam diri remaja.Ini tentunya membantu mereka membuat keputusan yang tepat di dalam banyak perkara termasuk pergaulan berlainan jantina.
PERANAN IBU DAN BAPA
Semasa kecil, ibu mempunyai pengaruh yang sangat besar di dalam kehidupan kanak-kanak lelaki.Ini adalah masa terbaik untuk menerapkan nilai menghormati wanita kepada anak-anak lelaki.
Para ibu juga perlu memastikan mereka mendapat penghormatan yang selayaknya dari anak lelaki.Sewajarnya mereka  tidak membiarkan anak lelaki bercakap tanpa rasa hormat , hatta sekecil perkara tidak memberikan fokus kepada percakapan  atau mata memandang ke arah lain.
Sejak turun-temurun, anak lelaki selalu terlepas dari menolong membuat kerja-kerja rumah kerana ia dilabel kerja orang perempuan.Ini memberi persepsi bahawa perempuan hanya ditugaskan untuk menerajui kerja-kerja yang tidak penting.Ibu dengan lembut tetapi tegas perlu memastikan semua anaknya tidak kira lelaki atau perempuan mempunyai tanggungjawab yang sama di dalam menjalankan kerja-kerja di rumah.Pepatah anak perempuan hanya akan terperap di dapur sahaja tidak terpakai lagi di zaman ini.
Ibu juga jangan sekali-kali memberi persepsi kepada anak lelaki bahawa menjadi seorang wanita, ibu dan isteri adalah di posisi yang lemah dan rendah dari kaum lelaki.Para ibu seharusnya merasa bangga menjadi seorang wanita dan ibu dan tidak sekali-kali memperkecilkan kebolehan diri sendiri di hadapan anak lelaki.Ibu dengan segala sifat kasih sayangnya boleh menjelaskan bahawa perempuan dijadikan sebagai pelengkap kepada kehidupan  dan mereka wajar  diberi penghormatan selayaknya , setara dengan kaum lelaki.
Bapa pula memainkan peranan yang sama penting (atau lebih penting) untuk menerapkan sifat menghargai kaum wanita di sekeliling anak lelaki meraka.Cara bapa melayan isteri ,anak dan saudara perempuan  akan dilihat , dinilai dan dianalisa oleh anak lelaki .Sekiranya kaum bapa bertindak melulu dengan memarahi atau merendahkan  wanita  maka akan terbitlah kefahaman di benak anak lelaki bahawa perempuan boleh dibuat sesuka hati oleh kaum lelaki.
Cara bapa melayani dan berinteraksi dengan ibu mereka adalah satu contoh kritikal untuk membentuk perasaan hormat dan sayangkan wanita.Puji dan hargailah pengorbanan isteri di depan anak-anak.,raikanlah  pendapat isteri dan anak perempuan  secara terbuka  dan tidak melebihkan anak lelaki hanya kerana jantina mereka.Pastikan anak lelaki menghormati  ibu mereka .Bapa boleh mengambil pengajaran dari pepatah ‘the best gift a father can give to their sons is loving their mother”.
Persoalan kerja rumah juga tidak harus dipandang remeh oleh para bapa.Elakkan dari memberi pengecualian kepada anak lelaki sekiranya si isteri mengarahkannya untuk menolong kerana ini akan memberi kesan tidak baik kepada anak lelaki.Doktrin kerja rumah hanya untuk perempuan seolah telah dipersetujui oleh si bapa maka anak lelaki pasti tidak mengendahkan suruhan ibunya kelak.
Ringkasnya, kedua ibu bapa sepatutnya memainkan peranan secara efektif untuk menerapkan pendidikan keapada anak lelaki terutama di dalam aspek menghormati dan menghargai sesama manusia termasuk wanita.
MANUAL PENDIDIKAN ANAK LELAKI
Persoalan pergaulan berlainan jantina bagi anak lelaki seharusnya dipandang secara serius oleh kedua ibubapa.Ibubapa dengan sifatnya yang saling melengkapi boleh memberi panduan kepada anak lelaki bagaimana untuk bergaul dengan perempuan seawal usia pra remaja lagi.Bagi yang muslim, persoalan muhrim dan tanggungjawab perlu ditekankan sebaik mungkin.
Sekiranya ibu bapa merasa gelisah dan cemas melihat anak perempuan mereka keluar rumah dan bergaul bebas, maka perasaan yang sama, (malah sepatutnya lebih lagi)  juga perlu dirasa jika ia berlaku kepada anak lelaki ,kerana tanggungjawab menjadi seorang lelaki adalah lebih berat dibandingkan dengan  perempuan.
Komunikasi dua hala di antara ibubapa dan anak lelaki haruslah dijadikan rutin di dalam keluarga.Berbincanglah dengan mereka sekiranya mereka sudah mula berpacaran.Tanyakan isi hati mereka, matlamat mereka mencari pasangan dan nasihatilah mereka dengan cara berhikmah.Pastinya ibu bapa merasa bimbang sekiranya anak perempuan mereka dibawa lelaki keliling bandar, namun perasaan itu juga sepatutnya dikongsi dengan anak lelaki mereka sekiranya mereka pula yang mengusung anak perempuan orang tanpa menghiraukan batasan agama dan budaya.
Bagi umat Islam, persoalan akhlak dan jati diri sebagai seorang lelaki perlu di sematkan dihati anak lelaki tanpa kompromi.Batasan dan garis panduan pergaulan lelaki perempuan patut dijadikan perbincangan khusus untuk anak remaja lelaki.Pengaruh rakan sebaya pastinya hebat di waktu remaja , namun sekiranya keluarga sentiasa berada di sisi remaja lelaki maka pengaruh ini boleh dikurangkan.Nilai dan adab yang disemai di dalam keluarga sedari awal lagi boleh menjadi benteng remaja lelaki untuk berpacaran tanpa tujuan.
Didiklah anak lelaki dengan memberi mereka tanggungjawab yang sesuai dengan usia mereka.Peringatkan mereka dengan tugasan mereka sebagai pelapis generasi mendatang, pelindung kepada yang lemah dan menghormati kaum berlainan jantina.Terapkanlah perasaan prihatin dan kasih kepada adik-beradik dan saudara perempuan mereka.Justeru, mereka  boleh menjadi pelindung dan penjaga kepada saudara perempuan mereka.
Pasti mereka boleh menegur dan menasihati saudara perempuan  jika mereka melakukan sesuatu di luar batasan agama dan budaya seperti berpakaian tidak menutup aurat,merokok atau berpeleseran.Kesan domino ini sedikit sebanyak boleh mengurangkan gejala sosial di dalam masyarakat kita.  
Contoh terdekat kepada umat Islam yakni Rasulullah saw, perlu dijadikan bahan cerna minda harian kepada anak lelaki. Rasululllah saw, walau berada di tempat tertinggi kepimpinan dengan tanggungjawab yang berat, telah menunjukkan secara praktikal cara untuk menyayangi dan menghargai wanita di sekeliling Baginda.Baginda mengambil peduli dengan segala permasalahan wanita, meraikan pendapat  isteri dan anak Baginda,membantu isterinya di dalam kerja rumah dan pelbagai lagi sifat keprihatinan yang ditunjukkan Baginda.
Kisah Nabi Yusuf yang telah dikisahkan di dalam Al-Quran boleh dijadikan manual wajib pendidikan anak-anak lelaki.Surah Yusuf ayat   23-24 mengisahkan  Nabi Yusuf  telah diajak berzina oleh ibu angkatnya.Walau berhadapan dengan  kesempatan yang terbuka luas,Baginda  telah membuat pilihan untuk menolaknya, malah sanggup dipenjara.Beginilah jati diri dan keimanan remaja lelaki yang ingin kita bina – berani berkata TIDAK walau seluruh dunia menggodanya.
Berikan  mereka motivasi  dengan hadis Rasulullah swt  yang mengatakan bahawa salah satu golongan yang akan mendapat naungan Allah swt di hari akhirat kelak adalah seorang lelaki yang apabila  diajak berbuat maksiat oleh seorang wanita kaya lagi cantik lalu dia berkata,’aku takut kepada Allah”.(Hadis riwayat Bukhari).
Sekiranya ibu bapa, keluarga dan masyarakat mula meneroka perspektif  berbeza di dalam pendidikan anak lelaki,  generasi lelaki mendatang pastinya akan lebih berkualiti.Kita ingin melahirkan ramai lelaki seperti kepimpinan tertinggi di Keretapi Tanah Melayu (KTM) yang mengambil langkah proaktif mewujudkan koc  komuter  khas untuk wanita demi menjaga kebajikan wanita tidak kira kaum dan pengangan agama.Minda dan jiwa prihatin seperti inilah yang kita ingin tanamkan di kalangan remaja lelaki hari ini.Semoga tiada lagi lelaki  yang sanggup menyentuh gadis tanpa ikatan yang sah, tiada lagi suami yang sanggup ‘naik tangan’ kepada isteri dan tiada lagi bapa yang melupakan tanggungjawabnya terhadap keluarga. 

Allahu'alam
Ummuzulfa





Alhamdulillah.
Hidayah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...