Ada berkata saya sudah berubah sejak kahwin.
Saya masih sama, cuma memori-memori pahit yang berlaku sepanjang dalam hidup saya telah menjadi racun.
Ya, ada yang menasihatkan saya supaya melupakannya dan terus pandang ke hadapan. Memaafkan..
Cuma kadang kala sikap orang yang tidak berubah membuatkan saya sukar melupakan peristiwa yang menjadi racun.. DAN membuatkan peristiwa pahit bermain semula di layar minda seperti wayang...pahit, pedih dan sedih.
Jangan salahkan saya kenapa saya jadi begini..
Apa yang berlaku sepanjang saya membesar dalam perjalanan hidup saya yang menjadikan saya begini.
Ya, begini!
Munkin saya memerlukan bantuan bagaimana untuk menghapuskan semua peristiwa ini dari kotak fikiran saya..
Alangkah bagusnya jika boleh dipadamkan seperti file di dalam komputer.
Apa pun, terima kasih Allah kerana saya masih di jalan yang benar.
Hanya luahan hati... jangan lupa senyum!
p/s: kepada yang terBACA, jangan emosional pula. Saya ok. Please....SMILE!
Alhamdulillah.
Hidayah
No comments:
Post a Comment