Selepas kena kuliah 1 jam dengan Dato Dr Azizi iaitu paed Lutfir mengenai keburukan processed food, jadi saya berusaha belajar buat fishball, meatball, nugget dan lain-lain yang boleh belajar buat sendiri.
Resipi ini sesuai untuk anak yang sudah pandai makan guna tangan.
BAHAN-BAHAN
180 g (¾ cawan) isi ikan tenggiri, dibuang tulang dan kulit
5 g (2 sudu teh) tepung jagung
Secubit garam
Secubit lada sulah
CARA MEMASAK
1. Campurkan isi ikan tenggiri, garam lada sulah, dan tepung jagung ke dalam mesin pengisar.
2. Kisar kesemua bahan-bahan sehingga halus.
3 .Masukkan adunan tadi ke dalam mangkuk besar. Baling adunan ke bahagian tepi mangkuk. Ulang sehingga menjadi adunan pejal dan berkilat.
4. Bentukkan adunan menjadi bebola kecil menggunakan tangan.
5. Celurkan ke dalam air yang mendidih sehingga masak.
6. Hidangkan bersama sup atau bubur nasi
CADANGAN
1. Untuk memudahkan membentuk bebola adunan, basahkan tangan semasa mahu membentuk adunan menjadi bebola kecil supaya isi ikan tidak melekat di jari.
Alhamdulillah.
Hidayah
No comments:
Post a Comment