DIARI AMALAN SEORANG MUSLIM
Sembahyang Berjamaah
Rasullullah akan solat berjemaah bersama para sahabat setiap kali solat waktu.
Bersedekah
Selepas solat subuh berjemaah Rasulullah akan bersedekah sebaik keluar dari masjid.
Solat Dhuha
Dirumah Rasullullah akan melakukan solat Duha, kerana terdapat keberkatannya yang amat besar dari segi ganjaran pahala.
Solat Tahajud
Selepas solat isyak selalunya Rasullulah akan tidur sekejap dan bangun pada sepertiga malam untuk melalukan sembahyang Tahajud.
Membaca Al-Quran
Selesai melakukan solat tahajud Rasullulah akan membaca Al-Quran sehingga fajar untuk melakukan solat subuh.
Berzikir
Baginda senantiasa berzikir
- 5.00 am • BANGUN TIDUR • Doa bangun tidur: Alhamdulilahi ladzi ahyana ba'da ma amatana wailaih nusyur. Ertinya: Segala puji bagi Allah yang yang menghidupkan akau kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah aku bangkit.
- NIAT PUASA RAMADHAN "Nawaytu Shawma Ghadin , ’An ada’i fardhi syahri ramadhana hadzihi s-sanati lillahi ta’ala. Ertinya: Sahaja aku puasa esok hari fardu bulan ramadan Tahun Ini Kerana Allah Ta’ala. Doa Masuk Tandas: Allahumma inni a'udzu bika minal khubutshi wal khabaa'its. Ertinya: Ya allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari godaan syaitan lelaki dan syaitan perempuan. Doa Keluar Tandas: Ghufranaka alhamdulillahi ladzi adzhaba' anniil adzaa wa'aafaanii wa abqaa maa yan fa' unii. Ertinya: Dengan menhharap ampunan-Mu, segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kotoran dari badanku. yang telah menyelamatkan aku dan yang telah mensisakan yang bermanfaat bagiku.NIAT SEMBAHYANG SUNAT WUDUK Usalli sunnatal wudu'i rak'ataini lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat Wuduk dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan sebanyak dua rakaat selepas berwuduk. NIAT SEMBAHYANG TAHIYYATUL MASJID Usalli sunnatal Tahiyyatul Masjid raka'ataini lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat tahiyyatul masjid dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan sebanyak dua rakaat bila-bila sahaja ketika memasuki ke dalam Masjid. NIAT SEMBAHYANG SUNAT SUBUH Usalli sunnatal subhi raka'ataini lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat subuh dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan sebelum Solat Subuh sebanyak dua rakaat.
- 5.40am • SOLAT SUBUH (berjemaah dan bersedekah)
- 7.30am • Doa Makan: Allahumma baarik lanaa fii maa rozaqtanaa wa qinna' adzaabannaari. Ertinya: Wahai tuhannya berkatilah rezeki yang telah Engkau Limpahkan kepada kami dan peliharalah kami dari siksa neraka.Doa Selepas Makan:Al hamdulil laahil ladzh ath'amanaa wa saqoona wa ja'alnaa muslimiina. Ertinya: Segala puji bagi Allah, yang telah memberikan makan dan minum kepada kami, serta menjadikan kami dari golongan orang-orang yang berserah (kepada Allah). PERGI KERJA SAMBIL ITU BUATLAH AMAL KEBAJIKAN, BERPESAN PESAN SESAMA INSAN, INGAT MENGINGATI, BERBUAT BAIK, SEBARKAN DAKWAH ISLAMIAH DAN BERBAGAI LAGI AKTIVITI SEBAGAI MUKMIN
- 8.00am • KALAU TIDAK BEKERJA DAN ADA MASA TERLUANG, MENGAJI QURAN ATAU BERZIKIR • 10.00am • NIAT SEMBAHYANG SUNAT DHUHA Usalli sunnatal Dhuha rak'ataini lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan ketika matahari sedang naik, dua hingga dua belas rakaat boleh dibuat namun rakaat sebenar tidak terbatas, selepas dua rakaat salam. Kelebihan solat ini ialah kemudahan mendapat rezeki dari Allah InsyaAllah. NIAT SEMBAHYANG SUNAT SEBELUM SOLAT ZOHOR Usalli sunnatal zuhri raka'ataini qabliyatan lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat zohor dahulunya dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan sebelum Solat Zohor sebanyak dua rakaat.
- 1.30noon • SOLAT ZOHOR • NIAT SEMBAHYANG SUNAT SELEPAS SOLAT ZOHOR Usalli sunnatal zuhri raka'ataini baqdiatan lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat zohor kemudiannya dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan selepas Solat Zohor sebanyak dua rakaat.
- 4.30pm • SOLAT ASAR • NIAT SEMBAHYANG SUNAT ASAR Usalli sunnatal asri raka'ataini lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat asar dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan sebelum Solat Asar sebanyak dua rakaat.
- 5.00pm • AKTIVITI KEKELUARGAAN ATAU KEMASYARAKATAN
- 7.20pm • NIAT BERBUKA PUASA RAMADHAN : 'Allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin" Ertinya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.
- 7.30pm • SOLAT MAGHRIB NIAT SEMBAHYANG SUNAT MAGHRIB Usalli sunnatal maghribi raka'ataini lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat maghrib dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan selepas Solat Maghrib sebanyak dua rakaat. NIAT SEMBAHYANG SUNAT AWABIN Usalli sunnata laauwabina raka'ataini lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat awabin dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan sebanyak dua puluh rakaat ataupun sekurang-kurangnya dua rakaat. Waktunya diantara Maghrib dan Isyak, sembahyang ini adalah sama seperti sembahyang sunat taubat. NIAT SEMBAHYANG SUNAT SEBELUM SOLAT ISYA' Usalli sunnatal isya'i raka'ataini qabliyatan lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat isya' dahulunya dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan sebelum Solat Isya' sebanyak dua rakaat.
- 8.30pm • SOLAT ISYAK • NIAT SEMBAHYANG SUNAT SELEPAS SOLAT ISYA' Usalli sunnatal isya'i raka'ataini baqdiatan lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat isya' kemudiannya dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan selepas Solat Isya' sebanyak dua rakaat.
- 9.00pm • SOLAT TERAWIH (8-20 Rakaat)• NIAT SOLAT TERAWIH: 'Usolli Sunnatal Taraawihi Rak'ataini (Makmuman) Lilaahi Ta'ala'. Ertinya: Sahaja aku Solat Sunat Tarawih dua rakaat (Makmum) kerana Allah Ta'ala • SOLAT WITIR • NIAT SOLAT WITIR : Witir 2 rakaat ' Usolli sunatal witri Rak'ataini (Makmuman) Lilaahi Ta'ala sahaja aku solat witir dua rakaat (Makmum) kerana Allah Ta’ala. Selesai solat witir 2 rakaat, bangun dan sambung solat witir 1 rakaat Niat Witir 1 rakaat: 'Usolli sunatal witri Rak’a tan (Makmuman) Lilaahi Ta'ala. Ertinya: Sahaja aku solat witir satu rakaat (Makmum) kerana Allah Ta’ala.
- 9.30pm • TIDUR
- 12.00 tengahmalam • BANGUN TIDUR NIAT SEMBAHYANG SUNAT TAHAJJUD (12.00 MALAM) Usalli sunnatal Tahajjudi rak'ataini lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan selepas pukul 12.00 malam, sebaik-baiknya terjaga dari tidur, rakaat yang sebenar tidak terbatas tetapi selepas dua rakaat salam. Kelebihan solat ini ialah makbul do'a, masin perkataan, tenang hati dan fikiran, mendapat beberapa kemudahan,murah rezeki, dihormati masyarakat, tiada sampai khianat manusia serta mendapat kelebihan dari Allah dengan syarat diamalkan tiap-tiap malam InsyaAllah.
- 1.30 am • TIDUR Doa: Bismikallahumma ahya wa amutu. Ertinya: Dengan namaMu ya Allah aku hidup dan mati (Mengikut Sunnah Rasullullah ketika ini lebih elok kalau kita membaca Al Quran hingga ke subuh)
Salinan daripada http://kartunhariini.blogspot.com/2010/01/diari-mukmim-amalan-sepanjang-sehari.html
Alhamdulillah.
Hidayah
No comments:
Post a Comment