Nuffnang

Search This Blog

Forgiveness is one of the most distinguishing features of Ramadan. If we truly want Allah's love, mercy and forgiveness, we must remember that the pleasures in this world are transient, and we are working toward that which is permanent. Is it worth being bitter and stunting our growth? Will it really benefit us? Will our anger and bitterness change the person who has hurt us?

Let us use this Ramadan to open our hearts to those who have wronged us and forgive them as we beg Allah to forgive us..


Love a little more than what is necessary..
Work a little harder than what is required..
Be a little kinder than what is usual..
Give a little more than what u feel u can afford..
Stand in a prayer a little longer than what u intended..
Be a little more patient than what u feel u can handle..
It is that little extra effort sparked by sincerity in the heart
that makes your ordinary self extraordinary...


Remember the five simple rules to be happy:

1. Free your heart from hatred.
2. Free your mind from worries.
3. Live simply.
4. Give more.
5. Expect less.

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers

Thursday, January 17, 2013

Bersucilah kamu semua dari kencing

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

DUDUK KETIKA KENCING DAN
CUCI SEBERSIHNYA SELEPAS KENCING

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, “Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing.”

Janganlah kerana tidak mencuci air kencing yang najis dengan betul sebelum solat kita mendapat azab kubur seperti yang tersebut dalam hadis ini:

Diriwayatkan daripada Ibnu Abas r.a. katanya: Ketika Rasulullah SAW berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah, lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang disiksa dalam kuburnya. Maka berkata Nabi SAW, “Kedua-duanya disiksa bukanlah kerana dosa besar”. Kemudian Nabi SAW melanjutkan perkataannya, “Yang seorang disiksa kerana kencing dan tidak bersuci sesudah itu dan seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan”. Sesudah itu Nabi SAW menyuruh ambil sebatang pelepah tamar, lalu dipatah dua oleh baginda, dan diletakkannya di atas kedua-dua kuburan itu masing-masing sepotong. Seseorang bertanya, “Ya Rasulullah! mengapa anda lakukan itu?”. Jawab Nabi SAW, “Mudah-mudahan keduanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering”. (Sahih Bukhari No. 149)



CARA CUCI KENCING DENGAN BETUL

Mungkin ada yang menganggap perkara mencuci kencing adalah sesuatu yang remeh dan kecil. Tapi sebenarnya ia sangat penting. Kalau kita tak cuci kencing dengan betul, amalan kita tidak diterima oleh Allah.
Kita sangka kita dah buat amalan yang banyak, tapi rupa-rupanya amalan itu Allah tak terima. Maka sia-sia saja. Sebabnya, kita tak cuci kencing kita dengan bersih. Aduh, kalau begitulah jadinya, alangkah ruginya kita. Alangkah malangnya kita.

Jadi, sila ambil perhatian tentang perkara ini. Sila baca entri ini dengan penuh teliti dan amalkan.

LELAKI
WANITA
Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil ;
1. Disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya.
2. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.
3. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.

Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya ;
1. Pastikan dicuci bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih.
2. Jangan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja, ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.




Amalan yang diterangkan ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai panduan hidup sebagai umat islam di muka bumi ini, Insya-Allah. Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya, sedekahnya dan lain-lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Syaidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan jenazah si polan, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah itu. Lalu disuruh orang membukanya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala jenazah tersebut. Saidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya. Tetapi ular itu dapat berkata-kata, Katanya “Apakah salah ku kerana aku telah diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan.” 
 
Apabila diselidiki amalan sipolan itu, semasa hayatnya jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.



Wassalam
Dr Masitah Adam
Fakulti Perubatan Islam



Alhamdulillah.
Hidayah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...