Nuffnang

Search This Blog

Forgiveness is one of the most distinguishing features of Ramadan. If we truly want Allah's love, mercy and forgiveness, we must remember that the pleasures in this world are transient, and we are working toward that which is permanent. Is it worth being bitter and stunting our growth? Will it really benefit us? Will our anger and bitterness change the person who has hurt us?

Let us use this Ramadan to open our hearts to those who have wronged us and forgive them as we beg Allah to forgive us..


Love a little more than what is necessary..
Work a little harder than what is required..
Be a little kinder than what is usual..
Give a little more than what u feel u can afford..
Stand in a prayer a little longer than what u intended..
Be a little more patient than what u feel u can handle..
It is that little extra effort sparked by sincerity in the heart
that makes your ordinary self extraordinary...


Remember the five simple rules to be happy:

1. Free your heart from hatred.
2. Free your mind from worries.
3. Live simply.
4. Give more.
5. Expect less.

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers

Tuesday, January 15, 2013

Gembirakan suami

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim



Gembirakan suami, Hidup keluarga pasti ceria”


  1. SENYUM SELALU.Senyuman boleh memecah suasana tertekan dan boleh beri perasaan senang hati pada anda dan juga suami anda. Senyuman isteri adalah pengubat duka seorang suami.
  2. JANGAN JADI PEMARAH. Bersabar sentiasa memberi hasil yang baik. Suami anda mengahwini anda kerana dia sayangkan anda, cintakan anda. Apabila sudah berkahwin, dia akan terikat dengan hati anda. Jika anda pandai memikat hatinya, dia akan lebih menyayangi anda. Ambil hati suami dengan menjadi seorang yang penyabar. Jika anda selalu marah dan berleter, suami akan mula tidak mempedulikan anda. Lelaki suka mengambil jalan singkat iaitu mengabaikan sesuatu perkara yang menyusahkan dirinya. Jika anda selalu marah, dia akan menganggap anda sebagai menyusahkannya, seterusnya anda mula akan di abaikan oleh suami anda. Jadilah seorang yang penyabar dan sentiasa memberi sokongan pada suami anda.
  3. SENTIASA GEMBIRA. Sentiasa senyum dan gembira dengan kehidupan keluarga anda. Suami selalunya suka melihat isterinya tersenyum gembira. JIka dia melihat anda berada dalam keadaan yang masam, dia akan rasa tidak tenteram dan susah hati. Namun perasaan tidak tenteram dan susah hati ini lama kelamaan akan bertukar menjadi menyampah.
  4. Jangan terlalu kisahkan hal – hal yang kecil. Jangan terlalu cepat merajuk atau terasa hati. Jadi seorang isteri yang matang. Bergelar isteri adalah merupakan tanggungjawab. Berusahalah untuk memikul tanggunjawab itu dengan gembirakan suami anda. Jika anda beremosi dan selalu sensitif dengan perkara yang remeh temeh. Berperangai seperti itu akan membuatkan suami anda bosan dan rimas. Tarikan pada suami adalah seorang isteri yang ‘independent’ atau berdikari.
  5. Jangan terlalu membincangkan mengenai kewangan dengan suami anda. Wang sentiasa akan jadi punca pergaduhan.
  6. Sentiasa berikan dia dorongan dan semangat. Itu adalah merupakan nafkah zahir yang anda sebagai isteri perlu suapkan kepada suami. Sentiasa menyokong usahanya dengan memberikan sepenuh komitmen untuk anda tunjukkan kesungguhan anda. Tahukah anda, suami akan berasa ceria dan gembira apabila anda menunjukkan minat terhadap kerjanya seperti bercakap banyak tentang hal pekerjaanya itu, dan bertanyakaan soalan yang penuh dengan minat.
  7. Dengar apa yang suami anda kata dan ikut segala nasihatnya jika nasihat itu betul dan mengikut lunas. Kadang-kadang, ada situasi arahan dari suami anda mungkin anda tidak setuju, namun sebelum membuat keputusan membidas arahan itu, fikir terlebih dahulu baik buruk keputusan arahan itu, jika kurang sesuai cuba senyum dan perkatakan cadangan anda untuk disesuaikan dengan arahan itu. Bila anda senyum dan mula berbincang dengan tolak ansur, “nasi yang keras akan lembut bila disiram dengan air”.
  8. Jangan berleter dan lebihkan amalan bercakap apabila perlu. Suami anda pasti akan sakit hati jika anda selalu berleter. Perasaan geram meluap-luap akan timbul bila anda kerap berleter. Hal ini adalah kerana berleter bukanlah sesuatu perkara yang seronok didengar. Ubahlah sikap suka berleter kepada bicara lembut dan penuh pengisian. Bercakap hanya kepada perkara perlu dan ringkas akan membuatkan suami anda senang dan berasa gembira.
  9. Sentiasa berdoa pada Allah untuk tunjukkan jalan yang lurus pada suami anda. Tiada yang mampu menggembirakan suami anda melainkan Allah S.W.T. Setiap usahanya yang baik atau perkerjaan si suami mungkin sukar untuk si isteri membantu secara langsung yang mungkin terbatas disebabkan kemampuan dan kudrat. Oleh itu anda sebagai isteri haruslah sentiasa mendoakkanya beroleh kejayaan. Disebalik suami yang berjaya adalah isteri yang baik berada di belakangnya.
  10. Sentiasa pandang tepat ke arah mata suami anda ketika anda berdua sedang berbual. Pandangna mata yang anda beri adalah bukti anda beri perhatian pada suami anda. Bila berbual, selingkan dengan senyuman dan jenaka. Berkelakuan nakal juga boleh mewujudkan suasana manja yang pasti mengembirakan anda berdua namun jangan berlebih kerana ia boleh merubah perbualan menjadi bosan dan menjengkelkan. Berbuallah dengan sesuatu perkara yang baru dan tarik minatnya supaya dapat gembirakan suami.
  11. Terima suami seadanya. ” Terimalah sebagai sediakala”. Terimalah dia sebagai lelaki. Apabila anda sudah berkahwin dan tinggal bersama, sudah pasti anda akan menemui perangai sebenar suami anda. Terima dia seadanya. Apabila suami melihat perempuan yang dia sayang menerima dia sepenuhnya, dia akan menjaga perempuan tersebut dengan sesungguh hatinya.
  12. JANGAN MENKRITIK SUAMI. Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia juga bahaya kerana melukakan nilai diri suami. Menjejaskan rasa kepentingan diri. Dan menyebabkan suami merasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkriti anda pula. Cara baik mengkritik suami adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Untuk mengkritik suami eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.
  13. Jangan paksa suami. Jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting isteri itu perlu membaca bahasa badan suami, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.
  14. Berubah untuk menikmati perubahan. Sekiranya anda mahu mengubah perangai suami, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang suami berubah memperbaiki dirinya.
  15. Fahamilah suami agar dia memahami anda. Cuba memahami perangai sedia ada pada sesorang suami yang menyesuaikan perangai itu dengan diri anda. Ianya adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu suami akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.
  16. Percaya untuk dipercayai. Sekiranya anda tidak mempercayai suami, jangan anda mengharapkan suami itu mempercayai anda. Hidup ini meminta pada yang ada, memujuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara yang mudah. Bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda, bukanlah payah. Apabila suami sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.
  17. Menangkan lelaki untuk menang. Mengenal suami bukanlah untuk mengalahkan suami. Dalam sebuah perkahwinan, sepatutnya sama-sama menag dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami dan kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri pula adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, perkahwinan itu akan menjadi porak-peranda.
  18. Beri kepada suami apa yang dia mahu. Dia akan melakukan apa saja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh suami (i) kehendak seks, dan (ii) kehendak untuk mejadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagiua dunia dan akhirat. Berilah suami apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.
  19. Hormati dia sebagai lelaki. Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya, dan bertolak ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Isteri patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadi diri lebih terhormat.
  20. Berterus-terang. Lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya isteri tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada suami.
  21. Lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan.
  22. Suami pentingkan kejujuran. Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika suami tahu yang isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan suami itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi suami. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya.
Setiap hari, anda cuba gembirakan hati suami anda. Pastikan rumah dan pakaian sentiasa berada dalam keadaan kemas dan teratur. Jika anda utamakan suami anda dalam urusan anda, suami akan utamakan anda dalam urusan dia. Suami selalunya akan mengikut apa yang anda buat. Jika anda gembirakan hati dia, dia akan gembirakan hati anda.



Alhamdulillah.
Hidayah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...