بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Dari penghujung 2012 hingga 2013 ada sahaja peristiwa yang berlaku.
Saya anggap ini adalah dugaan dan ujian Allah.
Saya anggap ini adalah signal dari Allah untuk menyedarkan saya supaya kembali kepadaNya!
Saya anggap ini sebagai satu sebab saya perlu terus muhasabah diri dan buang segala perkara negatif.
Apa dah berlaku...
jadikan sebagai iktibar/pengajaran, so jangan berlaku lagi, baiki diri
jadikan sebagai panduan, so jika berlaku lagi dah tahu macam mana nak bertindak
jadikan sebagai pengalaman, so elakkan berlaku lagi..lakukan pencegahan
jadikan sebagai signal
- supaya cukupkan solat lima waktu,
- banyakkan bersedekah,
- murahkan senyuman,
- berdiam lebih baik walaupun HATI MAHA SAKIT mulut orang cakap macam-macam..takpe ingat Allah ada untuk balas mulut laser, mulut longkang, mulut takde insurans, mulut cakap lepas dan segala jenis mulut...
- banyakkan memberi tanpa sekelumit minta balasan (idola sikap ini ialah MAK SENDIRI ..BUAT UNTUK ALLAH)...sebab kalau kita mengharapkan orang cakap "TERIMA KASIH" apabila kita menghulurkan sesuatu kita akan berterusan mengotorkan hati dengan sakit hati..! SEBAB MANUSIA MUDAH LUPA, MANUSIA TIDAK TAHU BERTERIMA KASIH DAN MANUSIA TIDAK TAHU MEMBALAS KEBAIKAN ORANG! MANUSIA HANYA TAHU KEBURUKAN ORANG! DAN HANYA TAHU MENERIMA DAN MEMINTA!
- bertegas apabila menegakkan maruah dan kebenaran. Takpayah dah nak berlembut-lembut. Sound terus! CONTOHNYA, "HOI! APAHAL MASUK BILIK ORANG NI? GILA SEKS KE?" hahahaha
- jangan bersangka buruk, jangan cepat buat andaian, jangan mudah termakan kata-kata orang, jangan jadi lalang, JADI POSITIF FIKIRAN DAN TINDAKAN
- buang semua orang yang mempunyai sikap negatif baik mulut dan perbuatan. tak kisahla orang tu siapa. bila kita dekat dengan orang negatif...kita pun akan jadi negatif!
SEMOGA ALLAH BERKATI NIAT BAIK KITA.
Alhamdulillah.
Hidayah
No comments:
Post a Comment