Assalamualaikum w.b.t Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
- Pertama ketaatan seorang isteri adalah kepada suami dan ketaatan seorang suami adalah ibunya.
- Bersabar dan redha adalah lebih baik kerana kesabaran, mengharap redha dan keampunan Allah serta doa-doa yang kita panjatkan kepada Allah SWT apatah lagi apabila dihina dan dizalimi akan dimakbulkan Allah SWT. Dia pemilik hati-hati hamba-Nya. Allah berupaya membolak balik kan hati-hati manusia dan merubah apa jua keadaan.
- Masalah restu dan berkat ibu bapa telah membawanya kepada masalah yang berpanjangan. Ujian dan musibah yang dihadapi kadang-kadang merupakan dosa-dosa kita yang lepas sebagai penyuci dosa sekiranya kita menerima ujian dan musiabah itu dengan sabar, redha dan doa serta tawakkal yang berpanjangan.
- Suami tidak berhak untuk bersikap negatif kepada ibunya apatah lagi sekiranya dengan bersuara membela isteri boleh lebih menimbulkan kemarahan kepada anak dan menantu. Berdiam diri adalah lebih baik demi tidak menjadi anak yang derhaka.
- Pemberian kepada suami dan anak-anak serta ipar duai merupakan sedekah sekiranya ia ikhlas dan sekiranya mengungkit kembali dengan ketidakredhaan maka ia menjadi sia-sia.
-
Berbincanglah secara baik dengan suami bagaimana untuk
meneruskan kehidupan anda dengan bahagia dan memanjangkan kasih sayang.
Antaranya mungkin membuat perjanjian dengan saling tidak bercerita
keburukan ibu bapa dan ipar duai masing-masing. Tidak mudah bercerita
kepada ahli keluarga atau rakan-rakan tentang keburukan suami isteri
dikhuatiri nasihat-nasihat mereka menjuruskan kepada emosi atau
tindakan yang lebih negatif.
Alhamdulillah.
Hidayah
No comments:
Post a Comment