Sumber: http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/posisi-kelahiran/
Posisi-posisi terbaik untuk kelahiran
Apabila kontraksi terasa semakin kuat, semua konsentrasi anda harus ditumpukan kepadanya, sementara memberi fokus kepada apa yang sedang berlaku kepada badan anda dan juga bayi anda. Selama itu juga, lakukanlah aktiviti bernafas dan berelaks secara berulang-ulang.
Inilah masanya untuk anda mencari posisi yang terbaik yang boleh membantu anda menangani kontraksi anda. Jururawat atau bidan seharusnya menggalak dan membantu anda bertukar-tukar posisi sehingga mendapatkan posisi yang selesa, sebaik-baiknya posisi tegak.
Anda mungkin merasakan bahawa posisi yang paling selesa ialah berbaring atas katil, sebab lazimnya, anda melihat wanita dalam TV melahirkan anak secara itu. Namun begitu, mengekalkan posisi seberapa tegak yang mungkin akan membantu perjalanan proses kelahiran di samping membantu anda dan bayi anda melalui proses tersebut dengan lebih baik.
Posisi menegak boleh mengurangkan kesakitan kontraksi dan memudahkan pendamping kelahiran anda (labour partner) untuk mengurut bahagian belakang anda dan melakukan pernafasan bersama-sama semasa kontraksi berlaku. Anda boleh:
• bersandar pada permukaan meja kerja atau bahagian belakang kerusi;
• pautkan lengan anda keliling leher atau pinggang suami anda dan bersandar padanya;
• bersandar pada katil di bilik bersalin itu (dengan ketinggian diselaraskan untuk keselesaan anda) atau pada ambang tingkap;
• melutut atas kusyen atau bantal besar yang diletakkan di lantai dan menunduk ke depan sambil mencapai kerusi di bahagian duduknya;
• duduk mengangkang atas kerusi, sambil meletakkan badan atas bantal di bahagian belakang kerusi di sebelah atas;
• mengambil posisi merangkak;
• melutut atas satu kaki dan meletakkan kaki yang lagi satu lebih tinggi dengan membengkokkannya.
Hayun dan lengokkan punggung anda dengan memusing dari depan ke belakang sebab ini akan membantu bayi anda beredar keluar dari pelvis anda dengan baik, dan ia juga akan mententeramkan anda. Kemungkinan anda menggunakan posisi ini semasa melahirkan adalah lebih baik sekiranya anda sudah biasa melakukannya sebelum ini, jadi berlatihlah mengambil posisi ini semasa tempoh kehamilan anda sehingga anda selesa melakukannya.
Kenapa tidak berbaring sewaktu bersalin?
Kajian, walaupun terhad, telah menunjukkan bahawa terdapat batasan tertentu jika seorang itu berbaring semasa bersalin, antaranya:
• kontraksi yang lebih sakit;
• kontraksi yang kurang efektif;
• tempoh kelahiran yang lebih panjang;
• boleh mengurangkan aliran darah kepada bayi anda, lebih merbahaya jika anda baring menelentang;
• laluan pelvis yang lebih sempit untuk bayi anda.
Menukar posisi
Apabila anda berada dalam proses kelahiran yang kuat dan akut, anda mungkin merasa enggan untuk banyak bergerak. Anda memerlukan keseluruhan tenaga anda hanya untuk menghadapi setiap kontraksi yang datang. Jangan bimbang: anda akan secara natural, mendapatkan posisi yang terbaik untuk anda.
Teruskan berlenggok dan membengkok ke depan semasa kontraksi berlaku dan tegakkan badan anda di waktu-waktu antara kontraksi. Jika anda fikirkan yang urut-mengurut dapat membantu anda, mintalah orang mendamping atau bidan anda untuk mengurut belakang anda setiap kali kontraksi berlaku.
Jika anda terasa terlalu letih dan merasakan yang berbaring di katil adalah yang terbaik bagi anda buat masa itu, maka, berbaringlah di sisi anda dan gunakan bantal atau bantal sendal untuk menyokong. Ingatlah bahawa kontraksi adalah lebih sakit jika berposisi mendatar, oleh itu anda harus mempertimbangkan keperluan untuk berehat dengan kebaikan meneruskan saja proses kelahiran berasaskan bagaimana kelahiran itu dikendalikan oleh anda setakat itu.
Jika anda rasa kurang letih selepas berehat beberapa ketika, duduklah semula, gunakan tangan anda untuk menarik badan naik ke atas dan dapatkan semula posisi tegak yang selesa.
Posisi bagi kelahiran sakit belakang
Untuk melakukan ini, ambil posisi merangkak dengan lutut dan tangan anda beralaskan bantal untuk keselesaan. Posisi ini dapat mengurangkan sakit belakang dan boleh membantu bayi anda mendapatkan posisi yang lebih baik untuk kelahirannya.
Jika anda mendapati darah mengalir deras ke kepala anda, cuba rehatkan kepala anda, dan juga bahu dan lengan atas bola digunakan khusus untuk kelahiran supaya kepala anda tidak tergantung ke bawah.
Posisi untuk menolak
Jika pakar obstretik anda mahukan anda melahirkan bayi dengan berbaring di atas katil, ambillah berlutut atas tilam dan bersandarkanlah atas bantal-bantal besar yang diletakkan di sebelah kepala katil. Sesetengah doktor akan membenarkan anda berbuat seperti itu, tetapi ada juga yang lebih gemarkan pendekatan yang lebih tradisional – inilah sebabnya ia merupakan perkara penting bagi anda berbincang dengan doktor anda semasa menghadiri salah satu daripada temujanji antenatal anda.
Jika doktor anda tiada halangan bagi anda melahirkan bayi di atas lantai, ambillah posisi melutut. Apabila tiba masanya kepala bayi hendak muncul, posisi merangkak dinasihatkan sebab keistimewaannya. Memandangkan graviti tidak begitu efektif dalam posisi ini, kepala bayi anda boleh keluar dari vagina secara lebih perlahan, dan ini mengurangkan risiko koyakan.
Apakah yang saya boleh gunakan untuk membantu?
Posisi supaya tidak menolak
• serviks anda tidak mengembang sepenuhnya;
• serviks anda tidak mengembang secara rata dan terdapat sedikit “bibir" serviks yang mengelilingi kepala bayi anda.
Agak sukar untuk tidak menolak memandangkan peraturan alam semulajadi memaksa anda berbuat sedemikian. Dalam hal ini, cuba berbaring di sebelah sisi kiri anda atau ambillah posisi lutut-dada (muka ke lantai dan punggung menonggeng ke atas) dan/atau bernafaslah secara "mencungap" semasa ada kontraksi. Berbuat demikian tidaklah begitu cantik, tetapi ini akan menggelakkan bayi anda daripada menekan serviks dan akan mengurangkan rasa untuk menolak. Adalah penting bagi anda bekerjasama dengan staf perubatan sebab mereka boleh membimbing anda. Serviks yang tidak mengembang sepenuhnya boleh koyak dan sekaligus menyebabkan wanita tersebut kehilangan darah yang banyak.
Bagaimanakah jika saya mengambil epidural?
Dengan pengambilan epidural anda tidak akan dapat meninggalkan katil sebab ubat itu lazimnya membuatkan anda kebas sepenuhnya dari pinggang ke bawah. Jika anda mengambil epidural gerak, anda akan mempunyai sedikit sensasi dan masih boleh bergerak sedikit, dan dalam hal ini, bidan mungkin akan menggalakkan anda untuk terus bergerak sambil mengekalkan posisi menegak. Anda boleh cuba duduk mengangkang atas kerusi dan membengkokkan badan ke depan bagi setiap kontraksi.Jika anda terpaksa berehat atas katil, elakkan dari berbaring menelentang sebab posisi ini mungkin akan mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi anda. Bidan anda seharusnya membantu anda mendapatkan posisi selesa di sebelah sisi atau dengan berbaring separa dengan sokongan bantal atau bantal sendal. Apabila anda bersedia untuk menolak, anda bolehlah meletakkan kaki anda dalam tempat letak kaki tergantung yang dilengkapkan dengan katil hospital itu.
Sumber: http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/posisi-kelahiran/
Alhamdulillah.
Hidayah