Nuffnang

Search This Blog

Forgiveness is one of the most distinguishing features of Ramadan. If we truly want Allah's love, mercy and forgiveness, we must remember that the pleasures in this world are transient, and we are working toward that which is permanent. Is it worth being bitter and stunting our growth? Will it really benefit us? Will our anger and bitterness change the person who has hurt us?

Let us use this Ramadan to open our hearts to those who have wronged us and forgive them as we beg Allah to forgive us..


Love a little more than what is necessary..
Work a little harder than what is required..
Be a little kinder than what is usual..
Give a little more than what u feel u can afford..
Stand in a prayer a little longer than what u intended..
Be a little more patient than what u feel u can handle..
It is that little extra effort sparked by sincerity in the heart
that makes your ordinary self extraordinary...


Remember the five simple rules to be happy:

1. Free your heart from hatred.
2. Free your mind from worries.
3. Live simply.
4. Give more.
5. Expect less.

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers

Monday, December 13, 2010

Solat Ketika Hamil

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

Saya dah mengalami kesukaran solat sebab berat badan bertambah dan perut semakin membesar.
Setelah mencari banyak artikel di internet, saya jumpa artikel yang nampaknya membantu.

Sumber: http://hafizfirdaus.com/content/view/462/103/


Soalan 1: Solat Ketika Hamil
Saya kini sedang sarat mengandung di mana usia kehamilan sudah masuk tujuh bulan. Perubahan berat badan membuatkan saya sukar bersolat secara berdiri dan akan mengakibatkan kaki sakit dan susah bangun jika melakukannya juga. Bolehkah wanita hamil bersolat secara duduk? apakah kriteria yang boleh melakukannya? Terima kasih.
Normala, Pasir Mas, Kelantan.
M 
Jawapan:
Islam adalah agama yang memahami kesukaran yang kadangkala dihadapi oleh umatnya. Allah SWT berfirman: "Dan Dia (Allah) tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama." [al-Hajj 22:78]. Merujuk kepada ibadah solat, Allah berfirman: "(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring." [Ali Imran 3:191].


Sebahagian ahli tafsir berpendapat ayat di atas antara lain merujuk kepada ibadah solat kerana solat itu sendiri sati bentuk ingatan dan sebutan kepada Allah. Maka jika seseorang itu sukat untuk solat secara berdiri maka dia solat secara duduk dan jika tetap sukar, maka dia solat secara berbaring. [Tafsir al-Qurtubi, 3/773]. Kadar sesukaran yang membolehkan seseorang itu solat duduk atau baring berbeza-beza mengikut individu, yang penting dia bersikap jujur kepada Allah dalam mengukur kesukaran yang dihadapinya.
 
Di antara kesukaran tersebut ialah melaksanakan solat ketika sedang hamil. orang yang hamil meghadapi kadar kesukaran yang berbeza-beza. Bagi sebahagian orang mereka tetap dapat melaksanakan solat seperti biasa sehinggalah ke saat bersalin. Sebahagian lagi menghadapi kesukaran, khasnya apabila memasuki trimester ketiga. Maka bagi kes ini, dibolehkan baginya untuk solat secara duduk.
 
Cara solat duduk ialah duduk secara bersila di atas lantai dengan menghadap kiblat. [Shahih Sunan al-NAsa'e, no:1660]. Rukuk dengan membongkokkan badan dengan kedua-dua tangan memegang lutut. sujud adalah seperti biasa, namun jika mengalami kesukaran maka bongkokkanlah badan lebih rendah berbanding rukuk dengan kedua-dua tangan menyentuh lantai.

Jika sukar untuk duduk bersila, pilihan lain ialah duduk sepertimana duduk di antara dua sujud. Jika masih sukar pilihan lain ialah duduk di atas kerusi. Pergerakan untuk rukuk dan sujud adalah sepertimana penjelasan di atas (duduk bersila).





Alhamdulillah.
Hidayah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...