Nuffnang

Search This Blog

Forgiveness is one of the most distinguishing features of Ramadan. If we truly want Allah's love, mercy and forgiveness, we must remember that the pleasures in this world are transient, and we are working toward that which is permanent. Is it worth being bitter and stunting our growth? Will it really benefit us? Will our anger and bitterness change the person who has hurt us?

Let us use this Ramadan to open our hearts to those who have wronged us and forgive them as we beg Allah to forgive us..


Love a little more than what is necessary..
Work a little harder than what is required..
Be a little kinder than what is usual..
Give a little more than what u feel u can afford..
Stand in a prayer a little longer than what u intended..
Be a little more patient than what u feel u can handle..
It is that little extra effort sparked by sincerity in the heart
that makes your ordinary self extraordinary...


Remember the five simple rules to be happy:

1. Free your heart from hatred.
2. Free your mind from worries.
3. Live simply.
4. Give more.
5. Expect less.

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers

Monday, March 28, 2011

Tabiat Membaca

Assalammualaikum

Saya rasa hasrat rakan saya bernama Sharini supaya saya berblog telah tercapai. Saya masih ingat dulu puas dia ajak saya supaya menulis blog tetapi saya mengatakan padanya saya hanyala 'silent reader'. Kini, saya macam banyak pula ceritanya nak ditulis dalam blog berbanding dulu kehidupan sebelum kahwin yang bosan kut. Hehehe

Saya suka membaca? Ya, saya suka membaca. Membaca teks yang panjang berjela suatu kebiasaan dan mudah bagi saya. Saya faham ada segelintir yang tidak suka baca teks panjang berjela dan memerlukan masa yang panjang untuk memaham dan menghadam kandungan teks. Cepat bosan hingga putus asa nak habiskan baca teks yang panjang.

Membaca adalah tabiat yang perlu di pupuk sejak kecil dan teknik membaca ini perlu diasah dengan banyak membaca. Jika kita kurang membaca otak kita lambat menghadam dan menghabiskan bacaan teks walaupun panjangnya satu atau dua helai kertas A4. Jadi banyakkan membaca.

Suami saya seorang yang kurang gemar membaca. Jenuh juga saya menarik minatnya supaya membaca terutama buku yang berilmiah. Sebab membaca komik tidak sama dengan membaca bahan ilmiah. Bukan saya nak mengatakan komik itu membuang masa cuma molek rasanya jika kita sesekali membaca bahan bacaan ilmiah supaya makin banyak ilmu didada.

Bagaimana saya minat membaca? Saya minat membaca kerana mak dan abah saya. Semasa abah belajar di ITM, Shah Alam, abah sering bawa saya ke perpustakaan. (Geli hati tak? Yela..bawa anak pergi belajar hehehe) dan mak pula suka belikan saya buku. Mak dan abah juga walaupun bukan seorang yang membaca satu buku satu hari tetapi mereka suka membaca. Jadi pengaruh, didikan dan contoh teladan daripada mereka menyebabkan saya suka membaca dan suka buku.

Semasa saya meningkat remaja iaitu ketika saya darjah enam, saya mula minat membaca majalah hiburan dan majalah kartun. Saya tidak ingat siapa pengaruh ketika itu. Tapi, saya masih ingat saya dimarahi mak dan abah serta ditampar oleh abah kerana dua jenis bahan bacaan itu. Abah cakap sia-sia menghabiskan duit membeli majalah seperti itu dan hanya orang tidak berilmu suka baca bahan bacaan macam itu. (Saya minta maaf jika ada yang berkecil hati, ini cuma pendapat peribadi abah saya).

Abah saya ni bukanla seorang yang suka marah, malah jarang marah. Tapi apabila dah marah, memang memberi kesan menusuk kalbu dan kesilapan tidak akan diulang lagi. Tapi, kenapa cara didikan ini tidak dibuat pada adik-adik saya kini supaya mereka tidak ulang kesilapan mereka buat. Semakin berusia, semakin lain pendekatan abah saya. Sejak peristiwa itu, saya buang semua majalah kartun dan hiburan. Saya juga tidak teringin membeli bahan bacaan seperti itu. Saya rasa rugi setiap sen yang dikeluarkan jika membeli bahan bacaan seperti itu.

Bagaimana memupuk minat membaca suami? Saya banyak tunjukkan kebaikan apabila kita membaca dan kenapa orang suka membaca itu istimewa. Memang sukar memupuk sikap membaca pada suami dan hingga kini belum benar-benar berubah. Tapi, saya sudah nampak dia membaca tentang amalan semasa dan selepas mengandung dan kaedah mendidik anak. Satu kemajuan yang baik. Ada juga dia mendapat galakan daripada rakan-rakannya sendiri dan kata-kata motivasi di TV, iklan di surat khabar dan lain-lain. Salah satu cara memupuk minat membaca ialah tidak putus asa mendorong dia dan memberikan cerita-cerita yang sesuai dengan minat suami selain berdoa. Jangan berleter, marah dan paksa sebab nanti dia cepat bosan.

Saya berdoa agar anak-anak saya kelak suka membaca. Membaca bukan sahaja mengisi masa lapang tetapi jika kita suka membaca akan memudahkan proses pembelajaran semasa di sekolah dan di universiti.

Saya berterima kasih sebab didikan mak abah menyebabkan saya suka membaca dan suka pada buku. Kini, hadiah paling berharga pada saya untuk diberikan pada orang ialah buku. Kadang kala kecil hati juga ada segelintir yang tidak menghargai pemberian buku dari saya.

Alhamdulillah
Hidayah
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 comment:

Sharini aka Ummi Khayra said...

nini suka membaca since pandai membaca.. Hehehe time tu surat khabar segala mak nenek suka baca.. awal2 tu nak tunjuk pandai kot.. kata budak2... time tu xsilap umur nini 5 tahun..:P makin besar makin suka baca buku cerita, and segala macam buku... sekarang je masa tak byk terluang.. tp still jugak baca buku sikit2.. cumanya kalau nini dah start baca, xleh berhenti.. ni tgh bc buku mahathir.. :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...