Nuffnang

Search This Blog

Loading...

Forgiveness is one of the most distinguishing features of Ramadan. If we truly want Allah's love, mercy and forgiveness, we must remember that the pleasures in this world are transient, and we are working toward that which is permanent. Is it worth being bitter and stunting our growth? Will it really benefit us? Will our anger and bitterness change the person who has hurt us?

Let us use this Ramadan to open our hearts to those who have wronged us and forgive them as we beg Allah to forgive us..


Love a little more than what is necessary..
Work a little harder than what is required..
Be a little kinder than what is usual..
Give a little more than what u feel u can afford..
Stand in a prayer a little longer than what u intended..
Be a little more patient than what u feel u can handle..
It is that little extra effort sparked by sincerity in the heart
that makes your ordinary self extraordinary...


Remember the five simple rules to be happy:

1. Free your heart from hatred.
2. Free your mind from worries.
3. Live simply.
4. Give more.
5. Expect less.

Tuesday, August 16, 2011

Bagaimana saya menjaga luka pembedahan Caesaran

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

Pada 31 March 2011 saya selamat menjalani pembedahan secara Caesaran melahirkan permata hati Muhammad Lutfir Rahman. Panjang luka pembedahan adalah dalam 20 cm,

Saya akan berkongsi cerita bagaimana saya  menjaga luka pembedahan. Jadi bagaimana saya menjaga luka pembedahan?

Ketika di hospital selepas bersalin saya tidak mandi selama tiga hari kerana amat takut jahitan akan terkena air dan jahitan terbuka walaupun jahitan di lekat plaster. Saya hanya lap-lap badan mengunakan tuala dan air suam bersama air sabun. Selepas tiga hari plaster jahitan dibuka saya pun mandi. Selepas mandi saya lap dengan berhati-hati tempat luka dan saya letak kitchen tisu.

Semasa di hospital, saya tidak sedar jahitan saya dijangkiti kuman. Saya hanya menyedarinya selepas 2 mninggu bersalin itupun kerana jahitan berbau. Bagaimana boleh dijangkiti kuman dan berbau? Sebabnya jahitan berada di kawasan yang berlipat yang senang berpeluh dan tidak terdedah pada udara. Selain itu jahitan tidak dicuci dengan antiseptik dan hanya di lap dengan air suam.

Selepas keluar hospital, mereka tidak memberikan ubat cuci dan krim. Kita perlu beli sendiri. Dibawah ialah barang yang anda perlukan untuk menjaga dan mencuci luka pembedahan


BARANG DIPERLUKAN UNTUK MENJAGA LUKA
1. cotton ball
2. cecair antiseptik (saya punya cecair antiseptik warna pink. saya tidak pasti boleh pakai dettol atau tidak, sila minta nasihat doktor)
3. pengering rambut (beli jenama pensonic di mydin murah)
4. krim gamat atau gel solcoseryl
5. penegering rambut
6. kitchen tisu


CARA SAYA MENCUCI LUKA

  1. cuci kotoran dan sekeliling jahitan dengan air suam hingga bersih.
  2. Kemudian uci bahagian luka dengan pencuci antiseptik dengan berhati-hati. jika cuci sendiri, dapatkan cermin bersaiz A4 sebaiknya. cuci luka tiga kali sehari. jika boleh minta orang cucikan luka.
  3. Selepas cuci, keringkan bahagian jahitan dengan pengering rambut. Jangan gunakan kipas sebab sekiranya kipas tidak bersih, habisla habuk berterbangan dan melekat pada bahagian jahitan. Selain itu, kipas lambat kering, 
  4. Selepas kering, sapukan krim gamat/krim luka atau gel solcoseryl. Sapukan tiga kali sehari dan sapu rata-rata tetapi jangan banyak sangat. 
  5. letakkan tisu (jauh sikit dari luka jahitan) supaya tisu akan menyerap peluh. 
  6. boleh pakai bengkung yang mengunakan velcro (saya pakai selepas dua minggu pembedahan).
Saya mengunakan gel solcoseryl dan alhamdulillah selepas sebulan pakai jahitan bertaut kemas dan tiada parut buruk yang tinggal. Yang tinggal hanya satu line putih menandakan kesan luka pulih.


CARA SAYA MEMPERCEPATKAN LUKA SEMBUH

  1. Sapu gel solcoseryl tiga kali sehari dan setiap hari
  2. Jangan angkat berat seperti beg tangan yang berat, beg berat, bakul kain baju, baldi berisi kain dan air, cerek air, dan apa saja yang berat. Dalam situasi saya, mengangkat bayi hampir 4-5kg adalah berat dan tidak digalakan, Tetapi takkan saya tak angkat bayi saya langsungkan? Jadi mak saya menasihatkan saya berniat dalam hati semasa setiap kali mengangkat anak. Niat supaya Allah menyembuhkan luka pembedahan setiap kali kita mengangkat anak. Sakit tolak ketepi.
  3. Ibu mertua menumbukkan untuk saya manjakani menjadi serbuk halus. Ambil satu sudu kecil KFC serbuk manjakani dan bancuh dengan 10ml air. Kemudian minum sampai habis. Minum sekali atau dua kali sehari. Manjakani bertujuan mengeringkan luka dan mengecutkan rahim.
  4. Minum gamogen satu jam sebelum makan malam & makan tengah hari setiap hari sebanyak 2 kali sehari.
  5. banyakkan makan makan buah oren sunkist atau minum jus oren. Kenapa perlu makan oren? Vitamin C kaya dalam oren dan Vit C mempercepatkan pembentukan tisu-tisu luka dalaman.
  6. Makan apa sahaja yang mengandungi ikan haruan.
  7. Jangan membongkok dan mencangkung. Berehat sebanyak yang boleh.
  8. Banyakkan makan makanan berprotein kerana protein bagus untuk pembentukan tisu-tisu. 


Saya harap pengalaman saya ini dapat membantu anda.
Terima kasih.



Alhamdulillah.
Hidayah

1 comment:

kenariputih9727 said...

saya pon bersalin ceasarian jugak. dah 2x dah. sy mkn pati ikan haruan. dlm 7 biji botol. tiap2 tiap hari semasa berpantang. 1 hari 1 botol..
Alhamdulillah improve..
yup, n angkat berat semua tu mmg sy jaga, sy xangkat... lps habes pantang baru sy slow2.. masih hati2.. bila lps 2 bulan alhamdulillah, tapi apa2 pon still kita kena jaga kesihatan kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...