Nuffnang

Search This Blog

Forgiveness is one of the most distinguishing features of Ramadan. If we truly want Allah's love, mercy and forgiveness, we must remember that the pleasures in this world are transient, and we are working toward that which is permanent. Is it worth being bitter and stunting our growth? Will it really benefit us? Will our anger and bitterness change the person who has hurt us?

Let us use this Ramadan to open our hearts to those who have wronged us and forgive them as we beg Allah to forgive us..


Love a little more than what is necessary..
Work a little harder than what is required..
Be a little kinder than what is usual..
Give a little more than what u feel u can afford..
Stand in a prayer a little longer than what u intended..
Be a little more patient than what u feel u can handle..
It is that little extra effort sparked by sincerity in the heart
that makes your ordinary self extraordinary...


Remember the five simple rules to be happy:

1. Free your heart from hatred.
2. Free your mind from worries.
3. Live simply.
4. Give more.
5. Expect less.

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers

Saturday, August 20, 2011

Pengalaman menyusukan lutfir

Alhamdulillah

Sehingga kini usia Lutfir hampir 5 bulan lagi 10 hari, saya telah menyusukan dia sepenuhnya tanpa campur susu formula dan makan.

Jika orang bertanya minum susu apa? Saya bangga mengatakan Lutfir minum susu badan Umminya sepenuhnya.

Jika ramai yang bertanya kenapa tak beri susu formula dan kenyang ke lutfir minum susu badan sahaja, saya jawab ya lutfir kenyang dan dia sihat serta jarang demam. Selain itu, lutfir ini cerdas dan bijak!

Dalam tempoh 1 bulan pertama menyusukan lutfir susu badan adalah tempoh yang sangat mencabar. Saya berulang kali menguatkan semangat saya agar tidak putus asa beri lutfir minum susu badan. Tipulah jika saya tidak pernah hampir patah semangat dan mahu beri lutfir minum susu formula kerana tidak tahan kepenatan duduk lama dan tidak cukup tidur. Tetapi saya ingat pesanan kawan dan tetapkan niat serta kuatkan semangat. Jika saya patah semangat dengan segala cabaran, kepenatan dan kepayahan..tentu lutfir dah minum susu formula sekarang.

Kenapa kena kuat semangat? Sebab pada peringkat permulaan susu yang keluar amat sedikit..iaitu satu sudu kecil kfc. Jadi untuk membanyak susu badan saya perlu terus menerus memberi lutfir susu badan. Pada peringkat permulaan saya duduk hingga 6 jam tanpa bangun dari kerusi untuk menyusukan lutfir di hospital. Ketika itu saya baru 3 hari selepas pembedahan Caesaran melahirkan lutfir.

Selepas lutfir tidur, badan saya kekejangan tak boleh bangun dan saya kepenatan tak cukup rehat dan tidur. Nurse terpaksa bantu mengangkat lutfir dan papah saya bangun. Saya berterima kasih pada nurse-nurse yang menjaga saya ketika waktu malam khususnya. Terima kasih pada semua doktor dan nurse di hospital selayang yang banyak memberi nasihat dan panduan,

Kata-kata semangat nurse, doktor dan kawan saya Sharini, saya sanggup duduk lama mana pun asalkan lutfir kenyang dan jika lutfir terus hisap, akan stimulate pengeluaran susu saya. Alhamdulillah pada hari keenam, buah dada saya membengkak tetapi susu tidak keluar. Nurse menyuruh saya pam mengurangkan bengkak, selalu bagi lutfir hisap dan berus puting dengan berus gigi.

Semasa berpantang di rumah mertua, mertua selalu masakkan saya lobak putih dan peria untuk banyakan susu. Saya juga minum susu anmum setiap hari. Semakin hari waktu menyusukan lutfir semakin tidak mengambil masa lama kerana liang susu saya sudah tidak tersumbat dan pengeluaran susu makin baik. Inila dikatakan supply on demand.

Ketika lutfir dalam hari saya telah berikan dia minum susu badan melalui botol bertujuan mengajarnya. Kemudian saya berasa rindu lutfir menyusu terus dengan saya. Jadi saya hentikan minum susu badan melalui botol pada usianya 2 bulan dan saya direct breastfeed lutfir. Setelah hampir sebulan lutfir direct breastfeed, lutfir tidak mahu minum melalui botol. Dia menolak2 puting dengan lidahnya.

Banyak saya nak kongsikan. Ternyata pengalaman ini sangat manis. Saya akan terus menyusukan lutfir sehingga lutfir tidak memerlukan susu umminya.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...