Masih bermain-main di fikiran tentang berita keadaan di Somalia. Saya sedih melihat negara ini tidak pernah putus dengan masalah kebuluran. Ya Allah, sungguh tersedar yang kita di Malaysia ini dilimpahi dengan rezeki makanan yang tidak putus. Sebut je nak makan apa semua dapat dan berlebih-lebih pula tu sehingga terbuang ke tong sampah.
Saya bersyukur masih cukup makan minum sewaktu bersahur dan berbuka. Dengan zat makanan yang cukup saya dapat bertahan satu hari dan menyusukan susu badan untuk Lutfir tanpa Lutfir pernah rasa kelaparan dan kehausan. Kamu beruntung anakku.
Sedih hati melihat ibu-ibu di Somalia tidak cukup zat dan mereka berusaha menyusukan anak mereka. Kita ibu-ibu di Malaysia yang cukup zat makanan tidak mahu menyusukan anak kita.
Seseorang bernama Liz seperti mana orang lain berusaha membantu orang Somalia yang kebuluran menulis di dalam blog beliau
Saya memuji UNICEF yang menyokong penyusuan susu ibu dan melancarkan projek mengalakkan penyusuan ibu di kalangan ibu-ibu di Somalia. Lihat, kebuluran bukan alasan untuk tidak menyusukan bayi di Somalia lebih-lebih lagi kita yang cukup keperluan makanan dan minuman seperti Malaysia. Saya pernah membaca kenyataan Prof Diraja Unku Aziz yang beliau menjaga kesihatan beliau melalui makanan dan mengawal minda beliau (mind game). Pernah saya menonton di National Geographic bagaimana manusia boleh hidup tanpa makanan dan minuman dengan mempermainkan tubuh kita melalui mesej yang dihantar ke otak kita.
Sebagai usaha membantu bayi-bayi di Somalia membesar dengan sihat dan kuat, UNICEF mengalakkan ibu-ibu di Somalia menyusukan bayi mereka dengan memberikan susu badan. Menerusi projek ini, UNICEF menyediakan vitamin, barangan makanan tambahan (seperti Supermix, bubur makanan) dan susu terapeutik ke Tengah dan Selatan Somalia. Di Somalia, kekurangan zat makanan di kalangan kanak-kanak di bawah lima tahun adalah masalah kronik, terutamanya di kalangan orang-orang yang pelarian dan lain-lain kumpulan yang kurang bernasib baik.
Pasukan pemakanan mengedarkan bekalan terapeutik melalui kemudahan kesihatan dan menyediakan latihan kepada pekerja-pekerja kesihatan yang terlibat dalam program makanan.
Ttindakan UNICEF termasuk membekalkan alat pengukuran (skala, ketinggian dan papan panjang); menyediakan garis panduan bagi makanan tambahan pemakanan dan latihan yang berkaitan untuk kakitangan yang bekerja di pusat-pusat kesihatan ibu anak; memperkenalkan program pemberian makanan tambahan dan lain-lain lagi.
Sumber: http://www.unicef.org/somalia/nutrition_109.html dan http://www.ywamherrnhutblog.com/2011/08/feed-somalia.html
Alhamdulillah.
Hidayah
No comments:
Post a Comment