Nuffnang

Search This Blog

Forgiveness is one of the most distinguishing features of Ramadan. If we truly want Allah's love, mercy and forgiveness, we must remember that the pleasures in this world are transient, and we are working toward that which is permanent. Is it worth being bitter and stunting our growth? Will it really benefit us? Will our anger and bitterness change the person who has hurt us?

Let us use this Ramadan to open our hearts to those who have wronged us and forgive them as we beg Allah to forgive us..


Love a little more than what is necessary..
Work a little harder than what is required..
Be a little kinder than what is usual..
Give a little more than what u feel u can afford..
Stand in a prayer a little longer than what u intended..
Be a little more patient than what u feel u can handle..
It is that little extra effort sparked by sincerity in the heart
that makes your ordinary self extraordinary...


Remember the five simple rules to be happy:

1. Free your heart from hatred.
2. Free your mind from worries.
3. Live simply.
4. Give more.
5. Expect less.

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers

Thursday, September 15, 2011

Hari Pertama Malam Pertama

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim


Hari ini merupakan hari pertama saya kembali memulakan tugas sebagai pengajar sambilan di Universiti  Malaya. Sebelum bertolak untuk mengajar pelbagai perkara saya perlu pastikan tersedia lengkap dan selesai.

  • Saya perlu pastikan stok susu (EBM = Expressed Breast Milk) cukup untuk 6 jam saya meninggalkan Lutfir. Saya tinggalkan 2 botol = 10oz susu perahan sebagai persediaan.
  • Saya perlu pastikan Lutfir telah boleh minum susu EBM melalui botol. Jadi suami telah belikan puting jenama Dr Baby. Suami telah berikan Lutfir minum mengunakan puting Dr Baby ini ketika dalam buaian, berjaya! Cuma suami kata ianya perlukan kesabaran. Terima kasih en suami kerana telah berjaya menyusukan Lutfir mengunakan botol mengunakan puting Dr Baby. Cuba cari puting jenama NUK, tapi dah merata cari di Rawang, heranya...semua kedai tak jual! Jiran yang cadangkan puting NUK ini kerana bayi dia juga menolak minum susu EBM mengunakan botol. Cerdik sungguh bayi-bayi ini ya dapat membezakan puting sebenar mak mereka dengan puting plastik!
  • Saya pastikan cloth diaper Lutfir dan bajunya tersedia dan menyenangkan ayahnya menyiapkan Lutfir semasa ketiadaan umminya.
  • Saya perlu pastikan lauk pauk untuk makan tengah hari dan malam dah siap dimasak.
  • Saya perlu pastikan ada solid food untuk Lutfir sebab saya dan suami dah start ajar Lutfir makan sejak dua minggu yang lalu.
  • Saya perlu memanaskan susu EBM Lutfir siap-siap dan letak dalam thermal box. Jadi apabila Lutfir lapar, ayah hanya ambil dan susukan Lutfir.
  • Saya pastikan saya menyusukan Lutfir sebelum pergi mengajar.
  • Saya pastikan suami bersedia dan keperluan tersedia agar tidak menyusahkan dia.
  • Ya, saya perlu pastikan saya telah menyiapkan nota pelajaran untuk kuliah malam tersebut.



Pertama kali meninggalkan Lutfir lebih dari 10 minit bersama ayahnya untuk pergi bekerja memang membuatkan saya jadi sayu hati sangat-sangat. Saya peluk cium sepuas-puasnya Lutfir sebelum pergi bekerja...Rasa ingin sekali membawa Lutfir bersama ke kelas. Tapi seperti mustahil. Ada ker pensyarah bawa bayi mereka ke tempat kerja....lebih-lebih lagi kelas saya di dalam Perpustakaan UTAMA Universiti Malaya?! 

Selain hati merasa sayu meninggalkan si manja Lutfr..satu lagi cabaran yang perlu saya hadapi ialah membawa kereta dalam hujan selebat-lebatnya seorang diri. Kepada yang kenal dan faham bagaimana cara saya membawa kereta sebelum ini tentu pelik kenapa saya macam jadi takut sekarang nak bawa kereta dah kan? Sebenarnya sejak kandungan masuk 8 bulan, saya telah mula bekerja dari rumah sebab  perut yang memboyot dan perut terkena stering kereta. Saya tak tinggi..kaki pendek..jadi keadaan ini menyebabkan saya tidak boleh mmbawa kereta ditambah saya selalu kejang dan kebas kaki semasa sarat mengandung dulu. Dari usia kandungan 8 bulan hingga kini Lutfir dah berusia 5 bulan, boleh dikatakan kurang 10 kali saya bawa kereta...iaitu dalam 9 bulan. Jadi saya rasa agak berdebar-debar juga tadi.

TETAPI, alhamdulillah saya dapat membawa kereta dengan baik dan selamat (dalam hujan lebat+jem+banyak kereta+highway) ke UM dan pulang ke rumah walaupun pada mulanya agak berdebar juga sebab dah lama tak memandu kereta. DAN alhamdulillah Lutfir amat baik semasa dtinggalkan bersama ayahnya...en suami. Tidak meragam dan sebagainya..macam tulah hero ummi! En suami cakap, Lutfir minum 4oz je daripada 10oz EBM yang ummi tinggalkan. Tak mengapa tak habis, asalkan Lutfir manja ummi tidak kelaparan.


DAN..sebenarnya Lutfir sepatutnya dihantar ke Bukit Beruntung untuk opahnya jaga. Oleh kerana bermacam-macam hal tak selesai dan tak tersedia. Rancang selepas pukul 2pm nak bertolak ke rumah opah Lutfir tetapi dibatalkan dan terpaksala en suami masuk kerja lewat. Jadinya ummi pergi mengajar dengan meninggalkan Lutfir bersama en suami sehingga ummi pulang dari mengajar. Sampai je di rumah cepat-cepat en suami bertolak ke tempat kerja naik kereta yang saya bawa tadi sebab cuaca hujan dan nak naik motor basuh kuyup pula bila sampai di Perodua.


Oh, hanya maklumat am sahaja. Saya mengajar satu subjek sahaja iaitu WEB MASTERING. Kelas ini HANYA seminggu sekali iaitu setiap hari Rabu pada jam 6:00 petang hingga 8:00 malam di Makmal D, Perpustakaan Utama, Universiti Malaya dengan bayaran RM100.00 sejam dan saya perlu mengajar selama 2 jam setiap minggu. Saya telah mengajar secara sambilan sejak 2008 lagi :). Eh kenapa detail saya beritahu ni? Oh..ini hanya maklumat tambahan untuk mereka yang tertanya tentang pekerjaan sambilan saya :D.

Syukur untuk hari ini, persediaan yang lebih baik untuk minggu depan. Harapan saya, Lutfir betul-betul pandai minum EBM dari botol selepas ni sebab apabila opahnya ke Sepanyol untuk 2 minggu, orang lain akan tolong jagakan Lutfir semasa ummi keluar pergi kerja.


Alhamdulillah.
Hidayah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...