Nuffnang

Search This Blog

Loading...

Forgiveness is one of the most distinguishing features of Ramadan. If we truly want Allah's love, mercy and forgiveness, we must remember that the pleasures in this world are transient, and we are working toward that which is permanent. Is it worth being bitter and stunting our growth? Will it really benefit us? Will our anger and bitterness change the person who has hurt us?

Let us use this Ramadan to open our hearts to those who have wronged us and forgive them as we beg Allah to forgive us..


Love a little more than what is necessary..
Work a little harder than what is required..
Be a little kinder than what is usual..
Give a little more than what u feel u can afford..
Stand in a prayer a little longer than what u intended..
Be a little more patient than what u feel u can handle..
It is that little extra effort sparked by sincerity in the heart
that makes your ordinary self extraordinary...


Remember the five simple rules to be happy:

1. Free your heart from hatred.
2. Free your mind from worries.
3. Live simply.
4. Give more.
5. Expect less.

Thursday, September 15, 2011

Mengomel Tentang Air Susu Ibu

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

Sejak duduk rumah menjadi suri rumah ini saya tidak mengepam menyimpan stok susu untuk Lutfir. Setiap hari apabila Lutfir mahu menyusu, saya akan menyusukan terus. Pam susu saya pun sudah hampir dua bulan di hantar servis dan masih belum diterima. Saya ada juga pam susu tetapi hanya apabila diperlukan mengunakan breastpump saya satu lagi.

Saya akui saya masih kurang pengetahuan tentang pengendalian stok air susu ibu ini. Kita perlu betul-betul faham tentang pengendalian dan penyimpanan stok air susu ibu atau EBM. Ini adalah penting agar kesegaran, kualiti susu dan tahap kebersihan susu dapat kita jaga. Saya berazam saya akan mula mengepam dan menyimpan stok susu selepas ini untuk bekalan Lutfir pada masa akan datang.

Saya tidak jemu mengatakan saya bersyukur dapat menyusukan Lutfir secara terus tanpa Lutfir perlu minum susu formula. Tanpa sokongan dan ketegasan suami yang menjadi tulang belakang saya, saya tidak munkin kuat semangat melalui kesusahan dan penuh mencabar semasa proses menyusukan Lutfir sejak Lutfir lahir hingga sekarang. Pendek kata ibu perlu cekal hati dan kuat semangat! Selain suami, saya bersyukur mempunyai kawan Sharini Adrinis yang memberikan banyak kata-kata perangsang dan panduan.  Tambahan lagi saya juga mendapat sokongan penuh daripada ibu mertua saya dan pengalaman mak sendiri saya jadikan iktibar.

Jika saya tidak cekal hati dah lama saya tumbang dengan kata-kata memanaskan hati dan telinga daripada orang-orang sekeliling yang kurang pengetahuan atau kurang kesedaran tentang pentingnya penyusuan susu ibu.

Doakan saya terus kuat semangat dan cekal hati menyusukan Lutfir secara eklusif. Saya mendoakan semua ibu-ibu di luar sana cekal hati dan kuat semangat. Semoga Allah mempermudahkan segalanya dan memberi kita kekuatan.

Selalu yang didengari ialah "bayi tak kenyang minum susu badan, kalau minum susu botol puas!", "mana cukup minum susu badan je, kena campur susu formula", "air susu kalau tak cukup campurla susu formula", "bagila susu formula kesian bayi tak kenyang" dan bermacam-macam lagi...

Sebenarnya, kita tidak boleh putus asa jika susu kurang. Kita perlu berusaha habis-habisan untuk bayi kita. Banyak cara untuk banyakkan susu. Saya berharap yang telah memberikan bayi mereka susu formula, berusahalah makan makanan tambahan untuk mengalakkan susu. Sekarang macam-macam produk ada seperti pil, teh dan susu yang mengalakkan penghasilan susu badan. Banyak pahala dapat menyusukan anak kita :) dan ikatan dengan anak pun lebih terasa.

Saya cadangkan kepada mereka yang telah berputus asa menyusukan bayi mereka dengan air susu ibu agar membaca kisah Pakar Laktasi dan pemilik Sarakids iaitu Puan Farah Farhan Fattah di http://www.sarakids.com/blog/?p=5244.

Saya Tak Mahu Anda Jadi Seperti Saya Dahulu





Beliau tiada kesedaran tentang pentingnya menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu semasa mendapat anak sulung iaitu Sara dan alhamdulillah ada hamba Allah menyedarkan beliau. Bacalah kisah beliau ini.

Selain itu, marilah kita baca artikel yang saya fikir dapat meningkatkan kesedaran tentang penyusuan susu ibu:



Di dalam al Quran ada beberapa tempat yang menyentuh tentang penyusuan bayi selama 2 tahun oleh ibunya. Antaranya ialah:

"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan..." (al Baqarah: 233) 


"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKulah kembalimu." (Luqman: 14)






Alhamdulillah.
Hidayah

1 comment:

myra said...

Hi Hidayah.

I setuju sgt with you! If you dont mind, i ade link your blog post in my latest post.

Semoga Allah terus memberi kita semangat utk terus menyusu. Amin.

: )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...