Nuffnang

Search This Blog

Forgiveness is one of the most distinguishing features of Ramadan. If we truly want Allah's love, mercy and forgiveness, we must remember that the pleasures in this world are transient, and we are working toward that which is permanent. Is it worth being bitter and stunting our growth? Will it really benefit us? Will our anger and bitterness change the person who has hurt us?

Let us use this Ramadan to open our hearts to those who have wronged us and forgive them as we beg Allah to forgive us..


Love a little more than what is necessary..
Work a little harder than what is required..
Be a little kinder than what is usual..
Give a little more than what u feel u can afford..
Stand in a prayer a little longer than what u intended..
Be a little more patient than what u feel u can handle..
It is that little extra effort sparked by sincerity in the heart
that makes your ordinary self extraordinary...


Remember the five simple rules to be happy:

1. Free your heart from hatred.
2. Free your mind from worries.
3. Live simply.
4. Give more.
5. Expect less.

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers

Saturday, September 17, 2011

Saya Mahu Semua Ibu Menyusukan Anaknya

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

Artikel ini saya salin 100% daripada blog sarakids http://www.sarakids.com/blog/?p=5167



Sebenarnya tajuk ini adalah dari tajuk utk contest ipad MommyLyna di blog beliau :-)
Saya tahu confirm saya takkan menang sbb Lyna takkan bagi pada saya atas sebab kroni. hehe
Tapi, kalaulah saya salah seorang peserta, inlah apa yang saya mahu.
Kata suami, dia juga turut terkesan setelah bersama-sama mengharung perjuangan utk meyebarkan tentang penyusuan susu ibu. Katanya, ada satu hari dia melihat seorang ibu sedang memujuk anaknya utk menyusu badan. Tetapi anaknya (lebih kurang umur Ian) mengamuk dan menangis sehingga memaksa ibu tadi meminta si ayah membuat susu tepung kerana baby “tak puas/kenyang” mengocak botol susu bersama susu tepung dan air suam. Katanya, mahu saja abang pergi dekat ibu tadi dan minta dia sabar sedikit dan susukan anaknya.
Saya mahu, semua ibu percaya akan kebolehan diri sendiri utk menyusukan anak.
Saya mahu, ibu berusaha menggali ilmu penyusuan seawal yang mungkin.
Saya mahu, ibu tahu apa yang perlu mereka tahu dalam penyusuan.
Saya mahu, mereka sedikit ‘degil’ bila org di sekeliling berkata itu dan ini memaksa memberi susu formula.
Saya mahu, ibu percaya yang Allah telah jadikan seorang ibu mampu menyusukan anaknya. Hanya beberapa peratus (3-5% ibu di dunia) yang tak boleh menyusukan anaknya – abnormalities & surgery. Yang lain, boleh.
Saya mahu, ibu tidak hanya memikirkan memberi susu hanya utk mengenyangkan bayi. Ianya lebih dari itu.
Saya mahu, bapa2 membantu dan memberi sokongan kepada isteri yang ingin menyusukan. Ianya bukan utk org lain, utk anak anda juga.
Saya mahu, nenek-nenek, ibu mertua dan ibu kandung kepada ibu yang ingin menyusukan diberi info yang betul tentang penyusuan. Saya faham, mereka amat sayangkan cucu dan tak boleh lihat cucu menangis. tetapi kalau mereka faham, peratusan ibu mengalah pada susu formula atas nasihat org tua boleh dikurangkan.
Saya mahu, ibu lain yang belum mengandung, juga telah didedahkan dgn kepentingan menyusukan anak. Supaya menyusukan ini membuat mereka teruja, sama teruja ketika mahu “shopping” barang keperluan bayi mereka.
Saya mahu, ibu sabar, ibu tenang bila merasa “down” dalam tempoh penyusuan.
Saya mahu, ibu menyusukan anaknya walaupun bekerjaya.
Saya mahu, ibu buktikan yang mitos2 seperti payudara kecil tak banyak susu, payudara besar banyak susu adalah mitos semata-mata. Anda mampu menyusukan bayi walau mcm mana saiz payudara anda.
Saya mahu, ibu yang telah gagal pada anak sebelumnya, tekad, tekad utk menyusukan anak seterusnya.
Saya mahu, ibu yang menyusukan, tidak angkuh dan memandang sinis pada ibu yang tidak menyusukan. Anda patut sebarkan secara baik dan tidak menyalahkan ibu2 tadi. jgn hukum mereka. Tiada paksaan tetapi lebih kepada pendekatan menyebarkan. Kalau mereka masih tetap dgn pilihan mereka, tak mengapa, kerana anda telah buat yang terbaik.
Saya mahu, ibu2 bersatu hati. tidak menandingi susu siapa paling banyak dalam peti, susu siapa pekat dan cair dan lain2. Anda boleh memberi motivasi kepada ibu yang lain tetapi tidak untuk bertanding. Ini kerana, susu yang kita hasilkan kalau banyak, utk keperluan ank kita yang meminta banyak (demand). Bukan semua org harus dapat beratus2 paket baru dikira hebat. Apa yang kita hasilkan adalah apa yang bayi kita perlu.
Saya mahu, ibu cuba fikirkan kalaulah kita dalam bencana. Kalaulah tiada pilihan, maka kasihannya anak kita yang masih kecil. Kita bertuah, negara kita begitu kurang risiko bencana.
Saya mahu, kita berbalik kepada fitrah.
Saya mahu, rakan-rakan di luar sana tidak jadi seperti saya ketika episod penyusuan anak pertama, sara.
Saya mahu, kita sama-sama membantu ibu lain yang memerlukan.
Saya mahu, iklan di TV hanya cerita pasal susu ibu berbanding Enfalac, Wyeth Mama dan lain2.
Saya mahu, kerajaan memandang serius perkara ini sama seperti memandang serius tentang rokok. Ya, saya tahu pembelian susu formula menambah ekonomi negara, tetapi tahukah mereka, berapa ramai anak yang berisiko?
Saya mahu, ibu yang mempunyai anak istimewa, lebih tekad menyusukan anak mereka, kerana di sinilah anak mereka diberi perlindungan semulajadi paling baik.
Saya mahu, walau kita menyusukan anak, tetapi kita masih jaga perlakuan, masih menunaikan tanggungjawab kepada Allah, masih solat, masih berpuasa (kalau meninggalkan puasa semasa menyusukan anak, maka gantilah semula, jgn pandang ringan perkara ini). Menyusukan anak bukan bermakna kita adalah ibu sempurna yang tak perlu buat apa2. Kita masih ada banyak tanggungjawab, kita masih hamba yang perlu patuh pada Allah.
Saya mahu, apa yang anda, seorang ibu yang menyusu mahu.
Selamat menyusukan anak, rakan-rakanku. Moga dengan menyusu buat anda merasa ‘indah’ dan ‘insaf’ luar dan dalam.Saya mahu, selain anak2 dara saya sara & syasya, isteri putera saya, Ian juga menyusukan anak-anaknya iaitu CUCU saya :-)
Saya mahu IPAD dari mommylyna.





Alhamdulillah.
Hidayah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...