Nuffnang

Search This Blog

Forgiveness is one of the most distinguishing features of Ramadan. If we truly want Allah's love, mercy and forgiveness, we must remember that the pleasures in this world are transient, and we are working toward that which is permanent. Is it worth being bitter and stunting our growth? Will it really benefit us? Will our anger and bitterness change the person who has hurt us?

Let us use this Ramadan to open our hearts to those who have wronged us and forgive them as we beg Allah to forgive us..


Love a little more than what is necessary..
Work a little harder than what is required..
Be a little kinder than what is usual..
Give a little more than what u feel u can afford..
Stand in a prayer a little longer than what u intended..
Be a little more patient than what u feel u can handle..
It is that little extra effort sparked by sincerity in the heart
that makes your ordinary self extraordinary...


Remember the five simple rules to be happy:

1. Free your heart from hatred.
2. Free your mind from worries.
3. Live simply.
4. Give more.
5. Expect less.

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers

Friday, September 16, 2011

Saya Tak Mahu Anda Jadi Seperti Saya Dahulu

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

http://www.sarakids.com/blog/?p=5244http://www.sarakids.com/blog/?p=5244



Saya tak mahu…….:1) Ibu yang mengandung tidak bersedia dari segi penyusuan susu ibu. Saya tak mahu mereka lebih cenderung memikirkan tentang baju bayi, sarung tgn bayi, brand stroller bayi, baby cot bayi. Itu semua hanyalah complimentary dan keinginan peribadi. Ibu harus memikirkan keperluan terpenting bagi bayi iaitu penyusuan. Adalah lebih baik jika anda menyediakan kelengkapan memerah terlebih dahulu sebelum membeli yang lain.
Ibu juga haruslah melengkapkan diri dengan ilmu penyusuan. Bersedia dari awal berbanding tertekan jika tidak bersedia ketika saat2 sukar/kritikal. Jangan jadi seperti saya ketika mengandung anak pertama. Langsung tak tahu menahu tentang penyusuan. Lebih memikir kelengkapan lain yang kadang2 saya rasa tak perlu langsung (Contoh: mosquito net, baby cot)
2) Ibu membiarkan anak menjadi “kepunyaan” hospital sejurus selepas melahirkan. Anda harus bersama bayi (jika bayi sihat, tiada komplikasi dan lain2). Anda harus menyusui seawal yang mungkin, tidur bersama bayi 24 jam dan tidak membiarkan anak tidur di dalam nursery hospital. Ibu tidak harus biar anak disusukan dengan susu lain tanpa kebenaran anda dan tanpa nasihat DOKTOR dan penjelasannya.
3) Ibu berasa mereka TIADA SUSU seawal kelahiran bayi. Ibu harus percaya ini. Sejurus selepas talipusat bayi dipotong, hormon menghasilkan susu (prolaktin) akan meningkat dengan serta merta dan susu anda telah tersedia bila2 masa untuk disusui. Cuma, susu yang keluar adalah dalam bentuk KOLOSTRUM yang berwarna kuning jernih dan beberapa titis, sesuai dgn saiz perut bayi yang masih sebesar sebiji guli. Susukan saja bayi anda. Percayalah pada “ibu ada susu”. Saya merayu, percayalah.
4) Ibu tertekan bila anak menangis. ibu bukan tak cukup susu. Bukan anak tak kenyang. Tapi bayi perlu masa menyesuaikan diri dgn ‘rumah’ baru. “rumah lama” bayi (perut) adalah sunyi, gelap dan aman. Tiba2 keluar ada mcm2 bunyi ganjil. Beri bayi masa untuk belajar kenal tempat dan org baru disekelilingnya. Pujuk bayi, susukan bayi, jika dia menolak, pujuk semula dan susukan lagi.
5) Ibu cepat mengalah. Jangan mengalah, ibu-ibu sayang. Kuatkan semangat. Say No to Formula. Bila rasa down, telefonlah, jumpalah dgn rakan2 yang membantu, bukan yang mengata. Anda kuat. Anda boleh.
6) Ibu jadi seperti orang lain. Anda boleh menjadikan org lain sebagai Idola, tetapi jgn sampai menyusahkan hati anda bila hasilnya tak seperti yang diinginkan. Anak anda perlu apa yang ada hasilkan. Anak dia mungkin berbeza. Kalau masih sikit stok susu, walau telah memerah ikut masa, tidak skip, jaga supply & demand cycle, bertenang. Itu sahaja yang anak anda perlukan. Orang lain mungkin lain keperluannya.
7) Kaum suami tidak menyokong isteri. Tolonglah kaum bapa, isteri anda sedang berjuang memberikan yang terbaik buat zuriat2 anda. Bantulah mereka yang sememangnya memerlukan bantuan kalian. Tanpa anda yeng menyokong, sedih hati si isteri.
8) Memandang rendah kepada ibu yang tidak menyusukan anaknya. Jangan, ibu. Jangan. Kita boleh ajak mereka untuk menyusukan semula anak-anak mereka, tetapi kalau dah ditakdirkan tidak boleh, atau mereka sendiri tidak mahu, atau mereka tak cukup kekuatan, tak mengapa. Yang penting, tugas kita telah selesai. Walaupun kita menyusukan anak, tak bermaksud kita ibu yang sempurna. Kita masih melakukan dosa. Kita masih lalai. Kita masih hambaNya yang sering melakukan kesilapan. Jagalah perlakuan, jagalah adab kita sebagai seorang wanita. Dont judge people easily. :-)
9) Anda gagal menyusukan. Sungguh saya tidak mahu. Bangkitlah ibu yang sedang kesedihan. Seek for Allah advise and guide.
10) Saya tidak mahu anda jadi seperti saya DAHULU. Sungguh, saya tidak mahu.Gambar ini ketika sara, anak sulung saya berumur 8 bulan. Saya baru mengandung adik syasya. Anda nampak tak di dalam gambar, ada satu botol susu Avent berisi susu formula. Siapa cakap saya tak sedih lihat gambar ini? Allah Maha Mengetahui betapa jahilnya saya dahulu.Tak cukup gambar di atas, kita lihat gambar di bawah. Ini ketika umurnya 10 bulan. Kelengkapannya serba sempurna. saya dan suami tidak beri chance langsung utk nyamuk gigit, mahupun sara berasa panas. Tapi tahukah betapa ruginya kami kerana tidak provide yang terbaik untuknya? Picture tells everything. Saya tak mampu lihat botol itu. Kerana isi di dalamnya bukan susu saya, susu ibu yang melahirkannya.
TAPI, setelah kegagalan anak yang sulung, NO WAY utk anak kedua dan seterusnya. Itu sebabnya saya berjuang tak henti2 menceritakan yang sebenarnya seorang ibu mampu menyusukan anaknya. Sebab dari berasa TAK MAMPU dahulu, kini saya telah melengkapkan penyusuan selama 2 tahun 4 bulan utk anak kedua syasya, dan anak ketiga saya adrian.Setelah ‘sedar’ sara adalah anak yang amat kasihan kerana maminya tak cukup ilmu, saya menyambung semula penyusuan selepas adiknya lahir. Sekurang-kurangnya saya taklah sedih sangat. Dan Alhamdulillah, saya merasa menyusu 2 anak serentak sebanyak DUA kali – sara & syasya, dan syasya&adrian. Alhamdulillah Ya Allah. Besar hikmahmu!
Dan terima kasih kepada org yang telah menyedarkan saya. Juga terima kasih kepada suami & keluarga yang tak berhenti menyokong, walau asalnya tiada siapa di dalam keluarga yang menyusukan anak, kini adik2 ipar saya juga menyusukan anak sepenuhnya. Tiada paksaan, hanya galakan!
Jadi ibu, janganlah anda jadi seperti saya dahulu. Alangkah bertuahnya anda ibu yang baru pertama kali akan bergelar ibu, dapat menyusukan anak pertama secara eksklusif sehingga anak yang seterusnya.
“Manusia ni, kalau tak terkena, tak tau. Bila dah terkena, baru tau” – ayat ini mmg untuk saya.
Sekian, jumaat yang penuh emosi bila melihat gambar pertama dan kedua.
*Bonda: Jgn jadi seperti saya dahulu. People change. Allahuakbar.



Alhamdulillah.
Hidayah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...