BAHAN-BAHAN
- Baca bismillah dan selawat dulu...
- Cairkan mentega dan ketepikan.
- Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
- Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega yang dicairkan tadi.
- Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi dan kacau.
- Masukkan campuran yis ke dalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. Sambil gaul2 tu, baca Ya Latif 3 kali untuk melembutkan hati anak dan agar anak mendengar kata.
- Tutup adunan dengan plastic wrap atau kain. Biarkan adunan selama 45 minit - 1jam. Selepas 45minit-1jam, adunan akan mengembang 2 kali ganda.
- Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat semasa membentuk adunan. (adunan memang agak lembik). Letak doh atas dulang, Leperkan dan potong kepada beberapa bahagian guna pisau kek secret recipe atau pisau biasa.
- Ambil 1 bahagian dan bBuat bentuk donut atau bentuk anda suka.
- Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat.
- Celup donut dengan coklat atau gula pasir... saya suka peanut butter!
Alhamdulillah.
Hidayah
No comments:
Post a Comment