Nuffnang

Search This Blog

Forgiveness is one of the most distinguishing features of Ramadan. If we truly want Allah's love, mercy and forgiveness, we must remember that the pleasures in this world are transient, and we are working toward that which is permanent. Is it worth being bitter and stunting our growth? Will it really benefit us? Will our anger and bitterness change the person who has hurt us?

Let us use this Ramadan to open our hearts to those who have wronged us and forgive them as we beg Allah to forgive us..


Love a little more than what is necessary..
Work a little harder than what is required..
Be a little kinder than what is usual..
Give a little more than what u feel u can afford..
Stand in a prayer a little longer than what u intended..
Be a little more patient than what u feel u can handle..
It is that little extra effort sparked by sincerity in the heart
that makes your ordinary self extraordinary...


Remember the five simple rules to be happy:

1. Free your heart from hatred.
2. Free your mind from worries.
3. Live simply.
4. Give more.
5. Expect less.

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers

Friday, June 1, 2012

Ganti Puasa dan Bayar Fidyah

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

Bulan Ramadhan akan tiba lagi sebulan setengah. Suami tanya dua hari lepas, sudah ganti puasa atau belum?

Ya Allah, baru teringat puasa yang ditinggalkan beberapa hari masa mengandung dan masa baru beberapa bulan menyusukan Lutfir belum ganti dan belum bayar fidyah lagi!

Alamak...berapa kena bayar fidyah..

Google dan Goooogle..jumpa pun kalkulator ini http://www.zakatpahang.com.my/fidyah/mula.htm

Dan cara pengiraan fidyah  http://www.ustaznoramin.com/2010/08/pengiraan-bayaran-fidyah-puasa-secara.html

Semasa mengandung tinggalkan puasa sebab takut puasa menjejaskan kandungan. Masa bulan puasa tiba, kandungan berada pada fasa pertama (first trimester). Jadi baby baru nak membentuk, bimbang berpuasa menganggu pembentukan baby, jadi saya tidak berpuasa.







Qada dan Fidyah Puasa

1. Qada ialah menggantikan puasa yang ditinggalkan pada hari yang lain.
2. Orang yang wajib qada ialah:


  • orang yang berbuka kerana sakit, wajib qada setelah sembuh
  • orang yang berbuka kerana gila, wajib qada setelah sembuh
  • orang yang berbuka kerana tersangat lapar
  • orang yang berbuka kerana musafir, wajib qada setelah habis musafir
  • orang perempuan yang berbuka kerana haid atau nifas, wajib qada setelah bersuci
  • perempuan mengandung atau menyusukan anak yang berbuka kerana bimbangkan kesihatan dirinya

3. Fidyah ialah denda kerana meninggalkan puasa, iaitu secupak makanan asasi bagi satu hari puasa yang ditinggalkan.
4.  Orang yang wajib membayar fidyah sahaja ialah:

  • orang tua yang uzur
  • orang sakit yang tiada harapan sembuh
  • orang yang sentiasa bekerja berat sehingga memudaratkan diri jika berpuasa

5.  Orang yang wajib qada serta fidyah

  • perempuan mengandung atau menyusukan anak yang berbuka kerana bimbangkan kesihatan anak yang dikandung atau disusukannya.
  • Orang yang melewatkan qada puasa sehingga melewati Ramadan yang berikutnya.          



Mengikut Mazhab Syafie, jika ibu yang menyusukan anak tidak berpuasa kerana risaukan dirinya, beliau tidak perlu membayar fidyah. Memadai dengan menggantikan puasanya.
 Manakala bagi ibu menyusui anak yang tidak berpuasa kerana risaukan anaknya (kekurangan susu), maka perlu menggantikan puasa dan membayar fidyah.



Rujukan:
http://soleh.net/2008/09/18/qada-puasa-bayar-fidyah-dan-ukuran-cupak/
http://webpuasa.tripod.com
http://byc.com.my/blog/breastfeeding-2/fidyah-bagi-ibu-yang-mengandung-atau-menyusukan
http://byc.com.my/blog/breastfeeding-2/sifir-puasa-ibu-menyusu
http://www.ustaznoramin.com/2010/08/pengiraan-bayaran-fidyah-puasa-secara.html
http://www.ustaznoramin.com/2010/06/cara-ganti-puasa-ramadhan-bayar-fidyah.html



Alhamdulillah.
Hidayah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...