Nuffnang

Search This Blog

Forgiveness is one of the most distinguishing features of Ramadan. If we truly want Allah's love, mercy and forgiveness, we must remember that the pleasures in this world are transient, and we are working toward that which is permanent. Is it worth being bitter and stunting our growth? Will it really benefit us? Will our anger and bitterness change the person who has hurt us?

Let us use this Ramadan to open our hearts to those who have wronged us and forgive them as we beg Allah to forgive us..


Love a little more than what is necessary..
Work a little harder than what is required..
Be a little kinder than what is usual..
Give a little more than what u feel u can afford..
Stand in a prayer a little longer than what u intended..
Be a little more patient than what u feel u can handle..
It is that little extra effort sparked by sincerity in the heart
that makes your ordinary self extraordinary...


Remember the five simple rules to be happy:

1. Free your heart from hatred.
2. Free your mind from worries.
3. Live simply.
4. Give more.
5. Expect less.

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers

Monday, June 25, 2012

Supaya Mendapat Haji Mabrur

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim



SUPAYA MENDAPAT HAJI MABRUR

Bersama-sama jemaah haji seluruh dunia dengan tujuan yang sama, menuju tempat yang sama untuk menjadi tetamu Allah Azza wa Jalla. Kita semua adalah sama di sisiNya melainkan yang bertakwa. Ibadah dan praktis amalan yang pernah dilakukan oleh nabiIbrahim AS. Allah SWT memerintahkan nabi Ibrahim AS untuk menyeru manusia supaya melaksanakan ibadah haji ini, dan kita pada hari ini menyambutnya.
Firman Allah SWT dalam surah al-Hajj ayat 27 bermaksud:
Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang datangnya dari berbagai-berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.


Bagi mereka yang mendapat haji yang mabrur pula ganjarannya cukup hebat. Diriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda:
Dan haji yang mabrur, tiadalah balasan baginya melainkan syurga. Riwayat al-Bukhari)  


Mabrur berasal daripada perkata al-birr iaitu kebaikan, kebajikan dan akhlak yang baik. Diriwayatkan daripada Jabir bahawa nabi SAW ditanya:
Apakah kebajikan haji itu ya Rasulullah SAW? Nabi SAW menjawab: Memberi makan dan menyebarkan salam. (Riwayat Imam Ahmad)


Kita semua ingin mendapat haji mabrur dalam kesempatan dan peluang yang cukup berharga ini. Memang sudah sekian banyak kursus haji yang diikuti, ditambah pula dengan kursus haji perdana di peringkat negeri sebelum bertolak ke tanah suci, namun bimbingan berterusan tetap diperlukan oleh setiap jemaah haji. Kerana tempat yang mereka akan tuju ini terlalu asing buat mereka, faktor cuaca yang tidak sama dengan negara kita, cabaran usia yang mungkin sudah tidak secergas ketika muda, jumlah petugas dan pegawai Tabung Haji yang terhad dan faktor jarak hotel dengan Masjid al-Haram.


Semua itu adalah cabaran yang perlu dilalui dengan sabar dan tabah. Jangan sampai ia mengganggu daripada mendapat haji yang mabrur.

Dengan melihat kepada cabaran-cabaran tadi, untuk mencapai haji yang mabrur insyaAllah, maka beberapa perkara asas perlu diambil perhatian, antaranya:

1.    Niat ikhlas dan menepati syari’at
a)    Perkara utama yang perlu dipastikan ialah niat yang ikhlas. Menunaikan haji bukan untuk dipanggil tuan haji apabila pulang kelak. Terdapat juga yang begitu cepat menghantar barang melalui perkhidmatan pos yang disediakan sebagai ole-ole dari tanah suci, tetapi belum lagi wukuf di Arafah, sudah mengisytiharkan dirinya sebagai Haji Sifulan untuk dituliskan di luar kotak kiriman. Perlu ditegaskan, menunaikan haji bukan untuk dipanggil tuan haji. Ikhlaskan niat dalam ibadah kita sebagaimana yang Allah Azza wa Jalla perintahkan dalam surah al-Baiyinah ayat bermaksud:
Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid.

b)    Ibadah haji ini juga mesti dilakukan bertepatan dengan syari’at yang telah diajarkan oleh nabi SAW, sabdanya:
Hendaklah kamu semua mengambil (daripadaku) cara melaksanakan manasik (ibadah haji) kamu, sesungguhnya aku tidak tahu boleh jadi aku sudah tidak mengerjakan haji lagi selepas ini. (Riwayat Muslim)

2.    Persiapan haji
a)    Setiap bakal haji mesti melakukan persiapan yang sewajarnya. Persiapan ini yang mungkin memberi kesan kepada ibadah hajinya nanti. Hendaklah bertaubat sebelum berangkat, membayar hutang dengan Allah seperti puasa yang ditinggalkan sebelum ini, memperbetulkan hubungannya dengan Allah Azza wa Jalla dan qadha’ segala ibadah yang luput sebelumnya. Kerana hak Allah lebih utama daripada hak manusia.

b)    Selain itu, selesaikan segala urusan yang berkaitan dengan manusia, bermula dengan ahli keluarganya dengan memastikan nafkah yang wajib untuk mereka sepanjang peninggalannya ke tanah suci. Ia juga meliputi wasiat yang perlu ditulis, dan juga penggantinya dalam urusan rumahtangga. Di samping itu, tugas-tugas wajib dengan masyarakat, tempat kerja atau sebarang organisasi sosial.

c)    Bekalan kewangannya juga mesti dipastikan baik dan halal kerana perjalanannya ke tanah suci adalah perjalanan ibadah. Maka setiap langkah dan perbuatannya termasuk bekalan yang dibawa mestilah halal, kerana nabi SAW bersabda:
Sesungguhnya Allah itu baik, dan Dia tidak akan menerima melainkan yang baik sahaja. ( Riwayat Muslim).

3.    Menghayati hakikat haji dan tujuannya
a)    Hakikat ibadah haji dan tujuannya perlu dihayati sepanjang perlaksanaan ibadah haji. Kerana terdapat pelbagai hikmah, pengajaran serta yang tersirat dalam setiap manasik yang dikerjakan. Sejarah pembinaan Ka’bah oleh nabi Ibrahim AS dan anaknya nabi Ismail AS. Saiyidah Hajar berlari-lari mencari air di antara Sofa dan Marwah, sejarah merejam Syaitan di Mina dan sebagainya. Belum ditambah dengan Sirah Nabawiyah SAW.  

b)    Selain itu, objektif taqwa juga perlu dicapai dalam ibadah haji ini, pengukuhan akidah, tarbiah dengan akhlak yang baik lagi terpuji, dan juga membesarkan syi’ar Allah SWT. FirmanNya dalam surah al-Hajj ayat 32 bermaksud:

c)    Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (dialah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan daripada sifat-sifat taqwa dalam hati (orang mukmin).

4.    Jauhkan maksiat dan kesalahan
a)    Haji mabrur tidak akan dicapai jika kita tidak menjauhkan maksiat dan tidak mengelakkan sebarang kesalahan dan kesilapan. Kerana Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 197 bermaksud:
(Masa untuk mengerjakan ibadah) Haji itu ialah beberapa bulan yang maklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadah haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat haji. dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah.

b)    Jika diperhatikan, kita dapati terdapat jemaah haji yang tidak menjaga perkara ini, mungkin kerana kurangnya takut kepada Allah Azza wa Jalla atau mungkin kerana kekurangan ilmu pengetahuan tentang hal ini. Maka wajib bagi kita mempunyai ilmu yang secukupnya tentang sesuatu ibadah sebelum kita mengerjakannya.

Kesimpulannya, perlu bersungguh dalam melaksanakan ibadah haji sebagaimana bersungguh-sungguh memenuhkan simpanan. Ini penting supaya mendapat haji yang mabrur.





Alhamdulillah.
Hidayah

1 comment:

Hj Mohamad 013 3377 242 said...

Dapatkan buku Ke Arah Haji Yang Mabrur dari http://www.telagabiru.net.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=527:ke-arah-haji-mabrur&catid=45:buku&Itemid=339
Buku motivasi yg ulung belum ada yg seumpamanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...