بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t
Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Untuk mengatasi sifat panas baran, pemarah dan tidak dapat mengawal perasan marah, sila amalkan petua ini :
• Kalau marah pada waktu duduk, bangun dan berjalan perlahan-lahan, pandang ke luar.
• Ucap berulang kali ‘Innallaha maas sabirin’ (sesungguhnya Tuhan bersama orang-orang yang sabar).
• Apabila perasaan marah datang, minum air sejuk segelas, kemudian buat senaman pernafasan.
• Apabila perasaan marah datang, pandanglah kuku di tangan.
• Redakan dengan mengambil wuduk.
Ada peribahasa yang menyatakan “sesiapa yang boleh menumpaskan ‘sesaat’ rasa marah bererti ia boleh mengelakkan kemurungan sepanjang hari”. Pakar psikiatri juga telah mengesahkan ‘kemurungan diri’ tidak akan berakhir hanya dalam sehari, tetapi mungkin berlarutan hingga seumur hidup.
Oleh yang demikian, prinsip ‘sekelumit pencegahan’ mestilah dipraktikkan pada ‘kemarahan’. Amatlah elok sekiranya kita dapat menakluki kemarahan, tetapi adalah lebih baik jika dapat mencegahnya terus kerana api kemarahan adalah ibarat rebut di lautan.
Untuk itu maafkanlah diri mu dan orang lain!
Alhamdulillah.
Hidayah
No comments:
Post a Comment