بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t
Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Di hari yang penuh keberkatan ini.
Kami menadah tangan kepada mu. Memohon pertolongan mu Ya Allah.
Berkatilah rumah tangga kami. Kekalkan lah jodoh kami hingga ke akhir hayat.
Janganlah kau duga kami dengan pelbagai cabaran yg. tidak tertanggung oleh kami.
Ya Allah.
Jauhilah kami dari godaan syaitan yg. sentiasa menggoncang keimanan kami.
Hindari lah kami dari terjebak dgn. dosa-dosa dan fitnah orang ke 3.
Ya Allah.
Sesungguh perkara yang amat malang dan takuti bagi kami. ialah Perpisahan. Perceraian!
Ya. Allah.
Dengan linangan air mata keinsafan.
Kami memohon pada mu. Kembali kan lah kasih sejati pasangan kami.
Jangan lah kau pisahkannya dengan kami. Anak-anak kami.. Keluarga kami.
Pulangkan lah dia kepangkuan orang yang benar2 mengasihinya selama ini.
Ya Allah.
Kau perkukuhkan lah ikatan perkahwinan kami.
Satukanlah hati-hati kami. Selamatkan lah masa depan kami.
Kekalkan lah jodoh kami. Permudah kan lah perjalanan hidup kami!
Berkati lah segala usaha dan Doa kami Ya Allah!
Kepada mu kami berserah.
AMIN..!
Alhamdulillah.
Hidayah
No comments:
Post a Comment