Nuffnang

Search This Blog

Forgiveness is one of the most distinguishing features of Ramadan. If we truly want Allah's love, mercy and forgiveness, we must remember that the pleasures in this world are transient, and we are working toward that which is permanent. Is it worth being bitter and stunting our growth? Will it really benefit us? Will our anger and bitterness change the person who has hurt us?

Let us use this Ramadan to open our hearts to those who have wronged us and forgive them as we beg Allah to forgive us..


Love a little more than what is necessary..
Work a little harder than what is required..
Be a little kinder than what is usual..
Give a little more than what u feel u can afford..
Stand in a prayer a little longer than what u intended..
Be a little more patient than what u feel u can handle..
It is that little extra effort sparked by sincerity in the heart
that makes your ordinary self extraordinary...


Remember the five simple rules to be happy:

1. Free your heart from hatred.
2. Free your mind from worries.
3. Live simply.
4. Give more.
5. Expect less.

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers

Thursday, May 24, 2012

Konvensyen Super Parents 26 Mei – 27 Mei 2012 Di PICC, Putrajaya

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

Disalin 100% daripada http://superparents.com.my/




Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia dan Inayah-NYA, KONVENYSEN SUPER PARENTS buat julung kalinya akan diadakan buat julung kalinya pada tahun 2012 anjuran IluvIslamEvents. Konvensyen Super Parents yang kami anjurkan adalah kerana melihat cabaran untuk menjadi ibu bapa pada masakini adalah berbeza mengikut peredaran zaman. Jadi melalui Konvensyen ini, ibu bapa dan bakal ibu bapa dapat mengetahui kaedah terbaik untuk menjadi ibu bapa yang Super dan seterusnya melahirkan generasi anak yang Super.


(8.00 PAGI – 5.00 PETANG) — Persediaan menjadi ibu bapa ‘SUPER’. Seperti yang kita maklum, persiapan menjadi ibu bapa ‘Super’ bermula dari sebelum melangkah ke alam perkahwinan lagi. Hari pertama akan diberi penekanan untuk persediaan mencari pasangan, penjagaan diri sebelum melangkah ke alam perkahwinan dan sebagainya. Jadi program ini amat sesuai kepada mereka yang belum lagi berkahwin Lihat Tentatif

(8.00 PAGI – 5.00 PETANG) — Hari kedua diberi penekanan alam selepas perkahwinan. Di mana, dari segi persediaan rumah tangga, penjagaan anak, kewangan anak dan sebagainya Lihat Tentatif
video

Dalam melahirkan ibu bapa Super dan anak-anak Super, kami di IluvIslam.com Events telah memilih para panel penceramah yang cukup berkaliber dalam bidang masing-masing sama ada dalam bidang pra perkahwinan, kecemerlangan ibu bapa, kewangan keluarga, penyusuan anak, dan sebagainya.
Antaranya:
 dan ramai lagi!!




Alhamdulillah.
Hidayah

Sunday, May 13, 2012

Imbasan Hari Raya 2011 Lutfir

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
















Alhamdulillah.
Hidayah

Ikea With Atok And Opah

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim




















Alhamdulillah.
Hidayah

Saturday, May 12, 2012

Selamat Hari Ibu

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim





Alhamdulillah.
Hidayah

Wednesday, May 9, 2012

Puding Gula Hangus @ Karamel Untuk Suami

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim



Puding karamel adalah hidangan pencuci mulut yang sungguh sedap, manis, bertekstur lembut dan membuatkan anda ketagih. Sesiapa sahaja akan menyukai puding karamel, terutamanya kanak-kanak. Untuk menjamu keluarga anda, anda boleh memasak puding karamel di rumah, kerana resipi adalah sangat mudah dan cepat. Berikut adalah resipi dan cara memasak puding karamel. Nikmatilah.


Untuk sukatan, saya pakai cawan plastik ikea ini





BAHAN-BAHAN KARAMEL @ GULA HANGUS
5 sudu besar gula
2 sudu besar air

BAHAN-BAHAN PUDING
1 tin susu pekat
1 sudu besar esen vanila
7 biji telur grade A
1 cawan air


CARA MEMASAK
  1. KARAMEL @ GULA HANGUS: Masukkan gula di atas loyang. Panaskan gula di atas api yang perlahan sehingga gula perang keemasan dan biarkan semua gula cair, tambah air dan kacau rata. Angkat dan ketepikan.
  2. Masukkan esen vanila, telur, air, susu pekat manis ke dalam blender dan kisar sampai sebati. Lebih kurang 10 saat sahaja.
  3. Tuang adunan yang telah diblender ke dalam loyang yang telah dilapisi gula cair yang telah membeku/keras.
  4. Masukkan loyang ke dalam pengukus ketika air kukusan telah mendidih. Kukuslah dengan api sederhana kecil sahaja. Kukus sehingga 45 minit-1 jam.
  5. Apabila telah masak, telangkup loyang ke pinggan leper.
  6. Lebih enak jika dihidangkan sejuk. Suami suka makan yang sudah disejukkan dalam peti ais.


TIP-TIP

  1. Esen vanila digunakan untuk menghilangkan bau hanyir telur dan membuatkan puding berbau wangi
  2. Jika ingin buat untuk buah tangan pada jiran atau saudara mara, boleh buat di dalam bekas makanan yang tahan suhu tinggi seperti gambar di bawah atau bekas makanan jenama Tupperware. Caranya, gula di cairkan dahulu di dalam loyang atau kuali, kemudian tuang ke dalam bekas makanan dan sejukkan. Kemudian adunan yang telah diblend, di tuang ke dalam bekas makanan yang telah dilapisi gula. Tutup bekas makanan dan ikat dengan getah. Kukus selama 45minit-1jam. Apabila telah masak, masukkan ke dalam peti sejuk atau dah boleh bagi sebagai buah tangan.





Alhamdulillah.
Hidayah

Tuesday, May 8, 2012

Donut Untuk Lutfir

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim





BAHAN-BAHAN
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam 
2 sudu besar mentega
6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis) ATAU
1 cawan gula
3 sudu besar susu pekat manis/ 1/2 cawan susu segar
1 paket yis (jenama mauripan)
1 biji telur

Untuk sukatan, saya pakai cawan plastik ikea



CARA MEMASAK
  1. Baca bismillah dan selawat dulu...
  2. Cairkan mentega dan ketepikan.
  3. Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
  4. Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega yang dicairkan tadi.
  5. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi dan kacau.
  6. Masukkan campuran yis ke dalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. Sambil gaul2 tu, baca Ya Latif 3 kali untuk melembutkan hati anak dan agar anak mendengar kata.
  7. Tutup adunan dengan plastic wrap atau kain. Biarkan adunan selama 45 minit - 1jam. Selepas 45minit-1jam, adunan akan mengembang 2 kali ganda.
  8. Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat semasa membentuk adunan. (adunan memang agak lembik). Letak doh atas dulang, Leperkan dan potong kepada beberapa bahagian guna pisau kek secret recipe atau pisau biasa.  
  9. Ambil 1 bahagian dan bBuat bentuk donut atau bentuk anda suka.
  10. Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. 
  11. Celup donut dengan coklat atau gula pasir... saya suka peanut butter!



RUJUKAN ILHAM




Alhamdulillah.
Hidayah

Thursday, May 3, 2012

Galactagogue

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim



According to Merriam Webster Dictionary the definition of GALACTAGOGUE is:
“an agent that promotes the secretion of milk”
You are probably wondering how to use that in a sentence.  Well, here you go:
Fenugreekblessed thistle, and alfalfa are all herbal galactagogues.  However, it is worth noting that the average mother does not need a galactagogue to increase or maintain their breast milk supply.





Alhamdulillah.
Hidayah

Bebola Ikan Untuk Lutfir

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

Selepas kena kuliah 1 jam dengan Dato Dr Azizi iaitu paed Lutfir mengenai keburukan processed food, jadi saya berusaha belajar buat fishball, meatball, nugget dan lain-lain yang boleh belajar buat sendiri.

Resipi ini sesuai untuk anak yang sudah pandai makan guna tangan.




BAHAN-BAHAN
180 g (¾ cawan) isi ikan tenggiri, dibuang tulang dan kulit
5 g (2 sudu teh) tepung jagung
Secubit garam
Secubit lada sulah


CARA MEMASAK
1. Campurkan isi ikan tenggiri, garam lada sulah, dan tepung jagung ke dalam mesin pengisar.
2. Kisar kesemua bahan-bahan sehingga halus.
3 .Masukkan adunan tadi ke dalam mangkuk besar. Baling adunan ke bahagian tepi mangkuk. Ulang sehingga menjadi adunan pejal dan berkilat.
4. Bentukkan adunan menjadi bebola kecil menggunakan tangan.
5. Celurkan ke dalam air yang mendidih sehingga masak.
6. Hidangkan bersama sup atau bubur nasi


CADANGAN
1. Untuk memudahkan membentuk bebola adunan, basahkan tangan semasa mahu membentuk adunan menjadi bebola kecil supaya isi ikan tidak melekat di jari.





Alhamdulillah.
Hidayah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...