Nuffnang

Search This Blog

Forgiveness is one of the most distinguishing features of Ramadan. If we truly want Allah's love, mercy and forgiveness, we must remember that the pleasures in this world are transient, and we are working toward that which is permanent. Is it worth being bitter and stunting our growth? Will it really benefit us? Will our anger and bitterness change the person who has hurt us?

Let us use this Ramadan to open our hearts to those who have wronged us and forgive them as we beg Allah to forgive us..


Love a little more than what is necessary..
Work a little harder than what is required..
Be a little kinder than what is usual..
Give a little more than what u feel u can afford..
Stand in a prayer a little longer than what u intended..
Be a little more patient than what u feel u can handle..
It is that little extra effort sparked by sincerity in the heart
that makes your ordinary self extraordinary...


Remember the five simple rules to be happy:

1. Free your heart from hatred.
2. Free your mind from worries.
3. Live simply.
4. Give more.
5. Expect less.

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Sunday, February 17, 2013

SUPAYA TIDAK TINGGAL SOLAT

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t Bismillah ir-Rahman ir-Rahim


BACA SUPAYA TIDAK TINGGAL SOLAT

  1. SOLAT AWAL WAKTU CEPAT-CEPAT!
  2. MAKAN...TENGOK TV LEBIH 5 MINIT,
    TAKKAN SOLAT 5 MINIT TAK BOLEH?
  3. LAWAN! LAWAN RASA MALAS! GODAAN SETAN!
  4. SIA-SIA BERSEDEKAH KALAU TAK SOLAT
  5. CEKALKAN HATI! KUATKAN SEMANGAT!
  6. HIDUP TAK BERKAT, REZEKI SUSAH! APA KERJA TAK JADI!
  7. KAU MALAS SOLAT, ANAK-ANAK KAU KELAK
        MALAS SOLAT JUGA!
  8. RUMAHTANGGA TAK AMAN, ANAK DEGIL, NAK?
  9. MUKA KOTOR! BURUK! TIDAK BERCAHAYA!
  10. HATI MUDAH KOTOR DAN HATI TIDAK TENANG!
  11. KAU SUSAH MANUSIA TAK TOLONG TETAPI ALLAH SENTIASA ADA NAK TOLONG KAU. TAPI KAU LUPA DIA BOLEH TOLONG KAU!


Alhamdulillah.
Hidayah

penyakit hati

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t Bismillah ir-Rahman ir-Rahim


SAYA NAK BERSIHKAN HATI INI

Betapa ramai manusia tidak bahagia kerana penyakit hati. Selalu kita sibuk mencari doktor mengubat penyakit fizikal dan amat takut kalau ada penyakit fizikal yang akan hilang bila kita meninggal dunia ke alam barzah tetapi berapa ramai dari kita yang takut ada penyakit hati yang akan kita bawa berjumpa Allah. Salah satu tanda penyakit hati ialah sifat marah, dendam dan tidak dapat memaafkan orang lain sedangkan kita mahu Allah mengampunkan kita. Jom buang semua penyakit hati bukan berjumpa doktor tapi mencari ilmu, amal dan mujahadah dan mencari kawan yang baik dan unfriend kawan difacebook yang membawa dosa dan aktiviti lagha. Hentikan bermain game di maya tetapi guna mencari ilmu. Setiap perbelanjaan mencari ilmu tidak akan disoal Allah insyaAllah. JOm audit



Alhamdulillah.
Hidayah

Perubahan Untuk Kebaikan

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

  1. Pertama ketaatan seorang isteri adalah kepada suami dan ketaatan seorang suami adalah ibunya.
  2. Bersabar dan redha adalah lebih baik kerana kesabaran, mengharap redha dan keampunan Allah serta doa-doa yang kita panjatkan kepada Allah SWT apatah lagi apabila dihina dan dizalimi akan dimakbulkan Allah SWT. Dia pemilik hati-hati hamba-Nya. Allah berupaya membolak balik kan hati-hati manusia dan merubah apa jua keadaan.
  3. Masalah restu dan berkat ibu bapa telah membawanya kepada masalah yang berpanjangan. Ujian dan musibah yang dihadapi kadang-kadang merupakan dosa-dosa kita yang lepas sebagai penyuci dosa sekiranya kita menerima ujian dan musiabah itu dengan sabar, redha dan doa serta tawakkal yang berpanjangan.
  4. Suami tidak berhak untuk bersikap negatif kepada ibunya apatah lagi sekiranya dengan bersuara membela isteri boleh lebih menimbulkan kemarahan kepada anak dan menantu. Berdiam diri adalah lebih baik demi tidak menjadi anak yang derhaka.
  5. Pemberian kepada suami dan anak-anak serta ipar duai merupakan sedekah sekiranya ia ikhlas  dan sekiranya mengungkit kembali dengan ketidakredhaan maka ia menjadi sia-sia.
  6. Berbincanglah secara baik dengan suami bagaimana untuk meneruskan kehidupan anda dengan bahagia dan memanjangkan kasih sayang. Antaranya mungkin membuat perjanjian dengan saling tidak bercerita keburukan ibu bapa dan ipar duai masing-masing. Tidak mudah bercerita kepada ahli keluarga atau rakan-rakan tentang keburukan suami isteri dikhuatiri nasihat-nasihat mereka menjuruskan  kepada emosi atau tindakan yang lebih negatif.

     


Alhamdulillah.
Hidayah

Friday, February 15, 2013

Besarkan dosa kita

بسم الله الرحمن الرحيم
 Assalamualaikum w.b.t Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

"Sentiasalah besarkan dosa diri,rasa diri banyak dosa. Supaya kita rasa resah dan memohon kepada Allah S.W.T. Allah suka hambanya yang memohon ampun & merenyek-renyek kepadanya. Kerana kita adalah hamba. Dan Allah pula Tuhan. Sifat hamba adalah merayu-rayu dan meminta kepada Allah".

Al~Fadhil Ustaz ~ Motivasi Pagi Ikim.fm


Alhamdulillah.
Hidayah

Thursday, February 14, 2013

Idolaku



بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t Bismillah ir-Rahman ir-Rahim






Ini adalah antara  wanita yang termasuk dalam idola saya.  (Tentunya EMAK adalah idola saya juga)
Berjubah hitam ialah Tun Aini Zaleha @Aunty Leha @TAZHAM dan jubah putih ialah Tun Fatimah.
Aunty Leha dan Aunty Tim ialah sepupu dua kali abah saya. Pertalian keluarga masih dekat.

Apabila saya sedih, saya inginkan panduan dan luahan saya suka merujuk kepada Aunty.

Aunty, wajahmu menenangkan kami
Nasihatmu terlalu mahal harganya
Nasihat yang dibisikan masih terngiang-ngiang
Kau idola kami
Kau inspirasi kami
Menjadi wanita dan isteri solehah

I Love Aunty!

Semoga Allah terus memberkati hidup Aunty dan sekeluarga.




Alhamdulillah.
Hidayah

Wednesday, February 13, 2013

Doa Ibu Untuk Dirinya Dan Bayi Dalam Kandungan


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

Doa Ibu Untuk Dirinya Dan Bayi Dalam Kandungan

Maksudnya:

"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudahdan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puju bagi Allah Tuhan semesta alam.





Alhamdulillah.
Hidayah

Thursday, January 17, 2013

Bersucilah kamu semua dari kencing

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

DUDUK KETIKA KENCING DAN
CUCI SEBERSIHNYA SELEPAS KENCING

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, “Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing.”

Janganlah kerana tidak mencuci air kencing yang najis dengan betul sebelum solat kita mendapat azab kubur seperti yang tersebut dalam hadis ini:

“Diriwayatkan daripada Ibnu Abas r.a. katanya: Ketika Rasulullah SAW berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah, lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang disiksa dalam kuburnya. Maka berkata Nabi SAW, “Kedua-duanya disiksa bukanlah kerana dosa besar”. Kemudian Nabi SAW melanjutkan perkataannya, “Yang seorang disiksa kerana kencing dan tidak bersuci sesudah itu dan seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan”. Sesudah itu Nabi SAW menyuruh ambil sebatang pelepah tamar, lalu dipatah dua oleh baginda, dan diletakkannya di atas kedua-dua kuburan itu masing-masing sepotong. Seseorang bertanya, “Ya Rasulullah! mengapa anda lakukan itu?”. Jawab Nabi SAW, “Mudah-mudahan keduanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering”. (Sahih Bukhari No. 149)



CARA CUCI KENCING DENGAN BETUL

Mungkin ada yang menganggap perkara mencuci kencing adalah sesuatu yang remeh dan kecil. Tapi sebenarnya ia sangat penting. Kalau kita tak cuci kencing dengan betul, amalan kita tidak diterima oleh Allah.
Kita sangka kita dah buat amalan yang banyak, tapi rupa-rupanya amalan itu Allah tak terima. Maka sia-sia saja. Sebabnya, kita tak cuci kencing kita dengan bersih. Aduh, kalau begitulah jadinya, alangkah ruginya kita. Alangkah malangnya kita.

Jadi, sila ambil perhatian tentang perkara ini. Sila baca entri ini dengan penuh teliti dan amalkan.

LELAKI
WANITA
Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil ;
1. Disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya.
2. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.
3. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.

Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya ;
1. Pastikan dicuci bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih.
2. Jangan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja, ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.




Amalan yang diterangkan ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai panduan hidup sebagai umat islam di muka bumi ini, Insya-Allah. Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya, sedekahnya dan lain-lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Syaidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan jenazah si polan, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah itu. Lalu disuruh orang membukanya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala jenazah tersebut. Saidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya. Tetapi ular itu dapat berkata-kata, Katanya “Apakah salah ku kerana aku telah diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan.” 
 
Apabila diselidiki amalan sipolan itu, semasa hayatnya jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.



Wassalam
Dr Masitah Adam
Fakulti Perubatan Islam



Alhamdulillah.
Hidayah

Sunday, September 16, 2012

JADUAL PENERBANGAN HAJI 2012

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim


Thaniah kepada bakal-bakal Haji yang telah terpileh menunaikan Haji bagi tahun 2012/1433H. Gunakanlah peluang dan kesempatan yang ada untuk anda beribadah. Semoga anda mendapat Haji yang Mabrur. Masih ramai lagi rakan-rakan kita yang tidak berpeluang kerana kuota yang diberi oleh kerajaan Arab Saudi hanya seramai 28,000 orang. Anda masih ada masa lagi untuk mengulangkaji. Untuk itu anda boleh melihat web ini untuk panduan dan rujukan. www.umrahhajiziarah.com 
Lintas Langsung Dari Ka'abah ( Masjidil Haram ) ....Gambar pergerakan jemaah biasanya agak perlahan. 'Refresh' semula jika tiada paparan )
 Klik gambar diatas untuk melihat Kaabah secara langsung
Maklumat-maklumat yang dipaparkan ini tertakluk kepada pindaan Lembaga Tabung Haji dari semasa ke semasa. Untuk keterangan lanjut dan terkini anda boleh mendapatkan maklumat di mana-mana pejabat Tabung Haji terdekat atau melalui talian Tabung Haji Contact Centre (THCC): 03-62071919 serta melalui laman web rasmi Lembaga Tabung Haji : http://www.tabunghaji.gov.my
TARIKH-TARIKH PENTING MH 1433H/2012M... ( Tertakluk kepada pindaan TH ).
Tarikh Anggaran
KEBERANGKATAN PERGI
17 September 2012
Keberangkatan Pergi Jemaah Haji KT Pertama
19 Oktober 2012
Kerangkatan Pergi Jemaah Haji KT Akhir
25 Oktober 2012
WUQUF Di Arafah
26 Oktober 2012
Hari Nahar ( Hari Raya Haji ) - Melontar Jamrah Kubra
27, 28 & 29 Oktober 2012
Hari-hari Tasyrik ( Bermalam di Mina dan Melontar 3 Jamrah )
Tarikh Anggaran
KEBERANGKATAN BALIK
01 November 2012
Ketibaan Pulang Jemaah Haji KT Pertama
29 November 2012
Ketibaan Pulang Jemaah Haji KT Akhir

PENGURUSAN HAJI DI TANAH AIR
PENGURUSAN HAJI DI TANAH SUCI
Pendaftaran HajiPerkhidmatan Yang Biasa Disediakan Oleh Tabung Haji Malaysia Di Tanah Suci
Panduan Rayuan HajiUrusan Sewaktu Di Jeddah ( Ketibaan )
Kadar Wang Perbelanjaan Haji dan Perkhidmatan Asas Yang Disediakan Oleh Tabung HajiUrusan Sewaktu Di Jeddah ( Keberangkatan Pulang )
Program Bimbingan HajiUrusan Sewaktu Di Madinah
Cara Pemergian Untuk Ke Tanah SuciUrusan Sewaktu Di Makkah
Senarai Agensi Pengendali Pakej Haji Yang Diluluskan Tahun 2012 ( MH 1433H )Urusan Sewaktu Di Arafah
Menarik Diri Pada Saat AkhirUrusan Sewaktu Di Muzdalifah
Penyediaan Paspot Malaysia AntarabangsaUrusan Sewaktu Di Mina
Urusan Pungutan/Serahan Paspot Malaysia Antarabangsa ( PMA )
Barang Yang Perlu Dibawa Dan Barangan Larangan
Persediaan Wang Saku Untuk Tujuan Perbelanjaan Di Tanah Suci
Tarikh-Tarikh Penting MH 1432H / 2011
Surat Pengesahan Tempat /Jadual Penerbangan
Persiapan Sebelum Berangkat
Barangan Serahan Utama Kepada Jemaah Haji
Stesen-Stesen Berlepas Dan Tempat Melapor Diri
Aktiviti-Aktiviti Di Stesen Berlepas
Panduan Dalam Penerbangan/Pesawat
Lain-Lain Maklumat
Persiapan Mental Dan Fizikal Bakal-Bakal HajiPeta kedudukan beberapa bangunan di Kota Suci Makkah
Tips Sewaktu Di Dalam PenerbanganPanduan di dalam Perjalanan Menaiki Bas Ke Makkah/ Madinah
Senarai Nombor Nombor Telefon PentingJarak Antara Lokasi Di Tanah Suci
LAIN-LAIN INFO
Kadar Semasa Pertukaran Wang Asing Berbanding Ringgit


Maklumat Pengurusan Haji

Peta kedudukan beberapa bangunan di Kota Mekah
Peta bangunan-bangunan di Kota Makkah...Klik untuk besarkan gambar!
Sumber : www.1mybest.com dan www.tetamuallah.com



Alhamdulillah.
Hidayah

Saturday, July 21, 2012

Amalan Sepanjang Hari Semasa Ramadhan

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim




DIARI AMALAN SEORANG MUSLIM



Diari Mukmin berasaskan 7 Sunnah yang dilakukan Rasullullah pada setiap hari sepanjang hidupnya menjadi Rasul, dikatakan 7 Sunnah itu adalah:

Sembahyang Berjamaah
Rasullullah akan solat berjemaah bersama para sahabat setiap kali solat waktu.

Bersedekah
Selepas solat subuh berjemaah Rasulullah akan bersedekah sebaik keluar dari masjid.

Solat Dhuha
Dirumah Rasullullah akan melakukan solat Duha, kerana terdapat keberkatannya yang amat besar dari segi ganjaran pahala.

Solat Tahajud
Selepas solat isyak selalunya Rasullulah akan tidur sekejap dan bangun pada sepertiga malam untuk melalukan sembahyang Tahajud.

Membaca Al-Quran
Selesai melakukan solat tahajud Rasullulah akan membaca Al-Quran sehingga fajar untuk melakukan solat subuh.

Berzikir
Baginda senantiasa berzikir

Senantiasa Berwuduk
Baginda Rasullulah senantiasa dalam keadaan berwuduk.

Semoga 7 Sunnah ini akan menjadi pedoman kita hendaknya.

Kita sebagai umat Baginda setidak-tidaknya cuba sedaya upaya untuk mencontohi cara ibadah Baginda Rasullullah, supaya kita mendapat berkat dan diredhai oleh Allah SWT. Dibawah ini di paparkan bagaimana rutin seharian yang mungkin kita mampu untuk dilakukan oleh seorang muslim. Diari Mukmin dibawah hanyalah sebagai PANDUAN ASAS selebihnya adalah tertakluk kepada niat ikhlas anda untuk beribadat dan melakukan amalan yang telah di syariatkan oleh ALLAH SWT. Kalau anda ada yang lebih baik, berkongsilah dengan rakan-rakan semuslimin yang lain, semoga usaha anda akan diberkati oleh ALLAH SWT hendaknya. Semua niat-niat sembahyang yang tertera dibawah ini adalah sebagai asas serta sebutan dan ejaan dalam Bahasa Melayu, Untuk lafaz serta sebutan lebih sempurna hendaklah bertanya kepada guru-guru agama atau membaca buku-buku agama yang bersangkutan.
  1. 5.00 am • BANGUN TIDUR • Doa bangun tidur: Alhamdulilahi ladzi ahyana ba'da ma amatana wailaih nusyur. Ertinya: Segala puji bagi Allah yang yang menghidupkan akau kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah aku bangkit.
  2. NIAT PUASA RAMADHAN "Nawaytu Shawma Ghadin , ’An ada’i fardhi syahri ramadhana hadzihi s-sanati lillahi ta’ala. Ertinya: Sahaja aku puasa esok hari fardu bulan ramadan Tahun Ini Kerana Allah Ta’ala. Doa Masuk Tandas: Allahumma inni a'udzu bika minal khubutshi wal khabaa'its. Ertinya: Ya allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari godaan syaitan lelaki dan syaitan perempuan. Doa Keluar Tandas: Ghufranaka alhamdulillahi ladzi adzhaba' anniil adzaa wa'aafaanii wa abqaa maa yan fa' unii. Ertinya: Dengan menhharap ampunan-Mu, segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kotoran dari badanku. yang telah menyelamatkan aku dan yang telah mensisakan yang bermanfaat bagiku.NIAT SEMBAHYANG SUNAT WUDUK Usalli sunnatal wudu'i rak'ataini lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat Wuduk dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan sebanyak dua rakaat selepas berwuduk. NIAT SEMBAHYANG TAHIYYATUL MASJID Usalli sunnatal Tahiyyatul Masjid raka'ataini lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat tahiyyatul masjid dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan sebanyak dua rakaat bila-bila sahaja ketika memasuki ke dalam Masjid. NIAT SEMBAHYANG SUNAT SUBUH Usalli sunnatal subhi raka'ataini lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat subuh dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan sebelum Solat Subuh sebanyak dua rakaat.
  3. 5.40am • SOLAT SUBUH (berjemaah dan bersedekah)
  4. 7.30am • Doa Makan: Allahumma baarik lanaa fii maa rozaqtanaa wa qinna' adzaabannaari. Ertinya: Wahai tuhannya berkatilah rezeki yang telah Engkau Limpahkan kepada kami dan peliharalah kami dari siksa neraka.Doa Selepas Makan:Al hamdulil laahil ladzh ath'amanaa wa saqoona wa ja'alnaa muslimiina. Ertinya: Segala puji bagi Allah, yang telah memberikan makan dan minum kepada kami, serta menjadikan kami dari golongan orang-orang yang berserah (kepada Allah). PERGI KERJA SAMBIL ITU BUATLAH AMAL KEBAJIKAN, BERPESAN PESAN SESAMA INSAN, INGAT MENGINGATI, BERBUAT BAIK, SEBARKAN DAKWAH ISLAMIAH DAN BERBAGAI LAGI AKTIVITI SEBAGAI MUKMIN
  5. 8.00am • KALAU TIDAK BEKERJA DAN ADA MASA TERLUANG, MENGAJI QURAN ATAU BERZIKIR • 10.00am • NIAT SEMBAHYANG SUNAT DHUHA Usalli sunnatal Dhuha rak'ataini lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan ketika matahari sedang naik, dua hingga dua belas rakaat boleh dibuat namun rakaat sebenar tidak terbatas, selepas dua rakaat salam. Kelebihan solat ini ialah kemudahan mendapat rezeki dari Allah InsyaAllah. NIAT SEMBAHYANG SUNAT SEBELUM SOLAT ZOHOR Usalli sunnatal zuhri raka'ataini qabliyatan lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat zohor dahulunya dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan sebelum Solat Zohor sebanyak dua rakaat.
  6. 1.30noon • SOLAT ZOHOR • NIAT SEMBAHYANG SUNAT SELEPAS SOLAT ZOHOR Usalli sunnatal zuhri raka'ataini baqdiatan lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat zohor kemudiannya dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan selepas Solat Zohor sebanyak dua rakaat.
  7. 4.30pm • SOLAT ASAR • NIAT SEMBAHYANG SUNAT ASAR Usalli sunnatal asri raka'ataini lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat asar dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan sebelum Solat Asar sebanyak dua rakaat.
  8. 5.00pm • AKTIVITI KEKELUARGAAN ATAU KEMASYARAKATAN
  9. 7.20pm • NIAT BERBUKA PUASA RAMADHAN : 'Allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin" Ertinya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.
  10. 7.30pm • SOLAT MAGHRIB NIAT SEMBAHYANG SUNAT MAGHRIB Usalli sunnatal maghribi raka'ataini lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat maghrib dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan selepas Solat Maghrib sebanyak dua rakaat. NIAT SEMBAHYANG SUNAT AWABIN Usalli sunnata laauwabina raka'ataini lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat awabin dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan sebanyak dua puluh rakaat ataupun sekurang-kurangnya dua rakaat. Waktunya diantara Maghrib dan Isyak, sembahyang ini adalah sama seperti sembahyang sunat taubat. NIAT SEMBAHYANG SUNAT SEBELUM SOLAT ISYA' Usalli sunnatal isya'i raka'ataini qabliyatan lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat isya' dahulunya dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan sebelum Solat Isya' sebanyak dua rakaat.
  11. 8.30pm • SOLAT ISYAK • NIAT SEMBAHYANG SUNAT SELEPAS SOLAT ISYA' Usalli sunnatal isya'i raka'ataini baqdiatan lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang sunat isya' kemudiannya dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan selepas Solat Isya' sebanyak dua rakaat.
  12. 9.00pm • SOLAT TERAWIH (8-20 Rakaat)• NIAT SOLAT TERAWIH: 'Usolli Sunnatal Taraawihi Rak'ataini (Makmuman) Lilaahi Ta'ala'. Ertinya: Sahaja aku Solat Sunat Tarawih dua rakaat (Makmum) kerana Allah Ta'ala • SOLAT WITIR • NIAT SOLAT WITIR : Witir 2 rakaat ' Usolli sunatal witri Rak'ataini (Makmuman) Lilaahi Ta'ala sahaja aku solat witir dua rakaat (Makmum) kerana Allah Ta’ala. Selesai solat witir 2 rakaat, bangun dan sambung solat witir 1 rakaat Niat Witir 1 rakaat: 'Usolli sunatal witri Rak’a tan (Makmuman) Lilaahi Ta'ala. Ertinya: Sahaja aku solat witir satu rakaat (Makmum) kerana Allah Ta’ala.
  13. 9.30pm • TIDUR
  14. 12.00 tengahmalam • BANGUN TIDUR NIAT SEMBAHYANG SUNAT TAHAJJUD (12.00 MALAM) Usalli sunnatal Tahajjudi rak'ataini lillahi ta'ala. Ertinya: Sahaja aku sembahyang Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala. * Dilakukan selepas pukul 12.00 malam, sebaik-baiknya terjaga dari tidur, rakaat yang sebenar tidak terbatas tetapi selepas dua rakaat salam. Kelebihan solat ini ialah makbul do'a, masin perkataan, tenang hati dan fikiran, mendapat beberapa kemudahan,murah rezeki, dihormati masyarakat, tiada sampai khianat manusia serta mendapat kelebihan dari Allah dengan syarat diamalkan tiap-tiap malam InsyaAllah.
  15. 1.30 am • TIDUR Doa: Bismikallahumma ahya wa amutu. Ertinya: Dengan namaMu ya Allah aku hidup dan mati (Mengikut Sunnah Rasullullah ketika ini lebih elok kalau kita membaca Al Quran hingga ke subuh)


Salinan daripada http://kartunhariini.blogspot.com/2010/01/diari-mukmim-amalan-sepanjang-sehari.html


Alhamdulillah.
Hidayah

Friday, July 20, 2012

Suami Isteri: "Belajar Bercakap"

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim



Isteri A berkongsi, sebagai seorang student yang berjumpa suami jarang-jarang...
"Dah lah jarang berjumpa, bila jumpa, suami tak tanya pun khabar saya.." luah isteri ini yang baru sebulan dua bernikah.
"Suami tahu tak...?" tanya saya.
"Takkan itu pun nak bagitahu...?" jawabnya.
Isteri B pula berkongsi, banyak perkara-perkara 'kecil' yang dia suka suaminya lakukan.. Antaranya,
"Bila keluar pergi kerja, saya suka kalau suami cium dahi saya.."
"Suami tahu tak..?" tanya saya.
"Malulah nak bagitahu..."jawabnya.
Saya bukanlah orang yang arif lagi berpengalaman luas tentang pernikahan, apatah lagi pernikahan sendiri yang baru mencecah usia dua tahun. 'Masih belum menghadap realiti', kata sesetengah orang. Biasanya, setahun dua usia pernikahan dikatakan masih di fasa 'honeymoon',  jadi masih banyak perkara yang kita tidak nampak dan lalui.
Saya hanya kongsikan tentang persediaan pernikahan di sini berdasarkan apa yang telah dilalui dan dari pengalaman teman-teman lain yang juga telah berumahtangga.
Jangan abaikan perkara kecil
"Perkara kecil" seperti  tanya khabar 'Sayang apa khabar?' dan 'sepotong ciuman' ini adalah antara perkara yang perlu dikomunikasikan, jika tidak hal yang kelihatannya kecil ini perlahan-lahan memudarkan cinta di hati pasangan. Isteri rasa tidak disayangi, padahal banyak lagi kebaikan dan bentuk kasih sayang suami padanya.
Belajar bercakap
"Saya banyak belajar dari perceraian ini walaupun perit.. Di awal-awal perkahwinan dulu kami terlalu sibuk dengan kerja, hingga banyak perkara tidak sempat dikomunikasikan dengan baik. Kami selalu berselisih pendapat..." luah seorang isteri yang berakhir pernikahannya setelah 3 tahun bersama.
"Belajar bercakap..." maka itulah jawapan saya apabila ditanya  'Apakah persediaan sebelum bernikah?' oleh seorang teman yang bakal menginjak kaki ke alam pernikahan.
Kembali kepada 'belajar bercakap', bagi saya ia teramat penting. Bahasa modennya, berkomunikasi.
Sangat-sangat penting. Walau sibuk bagaimana sekalipun, tidak ada kesempatan untuk berdua menatap muka, jika kita ada masa untuk sms client tentang urusan yang berkaitan, untuk emel report dan segala dokumen lain atas urusan kerja, maka gunakanlah segala teknologi ini untuk menyusun seindah bicara mengkomunikasikan harapan dan kehendak pada pasangan. Untuk meneguhkan rumahtangga dalam pelayaran hidup yang sementara.
Bangunkan komunikasi
Sebelum bernikah, ada di antara kita yang begitu 'menjaga', hingga komunikasi tidak dibangunkan. Atau minima sekali. Tidak berbincang dan tidak ada perkongsian tentang apa dan bagaimana kehidupan suami isteri yang diharapkan.
Ada pula yang 'tidak menjaga', terlebih komunikasi – ungkapan rindu sayang bertali arus, hingga komunikasi menjadi begitu intim mengalahkan intimnya komunikasi suami isteri. Malah komunikasi yang keterlaluan membuka hati dan perasaan pada hubungan yang terlarang.
Maka sebelum bernikahan, kita berusaha membangun komunikasi yang pertengahan, bersederhana. Kuncinya, ittaqilah (taqwa). Secara langsung atau tidak langsung.
Ungkapkan harapan dan perancangan hidup kepada bakal suami atau isteri dengan kepercayaan dan ketelusan. Kongsikan latar belakang keluarga, kelemahan dan kekekurangan diri seadanya dalam berusaha membina penerimaan dan kefahaman. Luruskan expectationsyang meleset dari jangkauan supaya kelak tidak merasa 'tertipu' dengan penampilan luaran pasangan.
Hal-hal yang dikomunikasikan sebelum dan di awal-awal pernikahan adalah teramat penting dalam menentukan arah tuju kebahagiaan rumahtangga yang dibina.
Kita mungkin biasa terdengar, salah satu faktor utama perceraian ialah kegagalan komunikasi berkesan.
"Komunikasi berkesan... Apakah ini...? Complicated sangatkah?"
Ya, perkahwinanan akan jadi complicated bila kita tidak pandai bercakap. Tidak pandai menyuarakan keinginan dan tidak bijak menyuarakan ketidakpuasan hati tentang rumahtangga dan pasangan.

Bangunkan keserasian
Kita susah untuk serasi bersama suami isteri jika tidak tahu bagaimana menyatakan penghargaan dan kekecewaan. Banyak perkara ingin diluah, tidak terluah. Tidak tahu cara yang betul atau memang tidak suka untuk berkongsi. Dan, banyak juga yang tidak sepatutnya disebut dan diungkapkan, telah menjadi ayat dan bait-bait kata yang mencederakan perasaan pasangan.
Tidak dilupakan juga, lelaki dan perempuan 'bahasanya' berbeza walaupun maksudnya sama. Bukalah buku-buku tentang cara berkomunikasi lelaki dan perempuan.
Pada lelaki, bukalah 'women's dictionary'.
Pada perempuan, belajarlah ayat-ayat yang berhikmah lagi berkesan untuk memuji atau menegur kesalahan suami.
Contoh lain dialog suami isteri:
"Takde apa..ok je.." jawab si isteri walau mukanya menunjukkan 'ada apa-apa'.
"Oklah, kalau tak ada apa-apa, abang pergi dulu, kawan-kawan abang dah tunggu..." maka suami pun 'selamba' meninggalkan isteri yang mungkin ada masalah yang ingin diluahkan kepada suami. Isteri menahan sendu dan airmata, suami keluar dengan rasa tenang hati kerana merasakan 'semuanya ok, tak ada apa-apa'.
Wahai isteri, tidak semua para suami itu mampu membaca fikiranmu... Jawablah dengan bahasa yang difahami lelaki.
Wahai suami, tanyalah penuh perhatian menunjukkan kepedulianmu... Belajarlah sedikit bahasa psikologi seorang isteri.
Tidak perlu salahkan sesiapa, bukan salah sistem pendidikan yang tidak pernah ajar tentang psikologi pernikahan dan hubungan lelaki perempuan, bukan salah ibu ayah kita yang sering bercakap dengan bahasa yang saling menjatuhkan – lalu kita pun mengikut gaya bahasa sebegitu.. tapi..
TAPI.. mulakanlah dengan diri kita, yang akan bernikah dan telah bernikah.
Muhasabahlah cara kita berkomunikasi dengan pasangan, adakah CARA kita bercakap telah membantu menenangkannya, menggembirakan, memujuk, atau CARA kita bercakap sering 'membelasah' dan 'meremeh-remehkan' pasangan walaupun kita tidak berniat untuk meremeh-remehkannya, hingga hatinya terhiris terluka.
Setelah dua tahun bernikah ini, saya masih belajar meningkatkan komunikasi suami isteri. Selama dua tahun bernikah ini, saya juga telah komunikasikan banyak benda kepada suami. Komunikasi secara berdepan, melalui esemes (SMS) , wai-em (YM), emel dan lain-lain cara komunikasi yang ada.
Minggu-minggu terakhir sebelum bernikah, banyak pendedahan-pendedahan dari pihak suami kepada saya (bakal suami waktu itu). Beliau secara telus mengungkap pengharapannya kepada saya bakal isteri, beliau juga tidak segan mengkhabarkan kelemahan dan kekurangan diri buat persediaan untuk hidup bersama. Beliau turut menceritakan perancangan-perancangan jangka pendek dan jangka panjang setelah bernikah.

Ia tidak berhenti di situ. Setelah bernikah, komunikasi itu perlu kita teruskan dengan jujur dan hikmah. Setelah hidup berdua, sebumbung dan sekatil, kita makin mengenali karakter pasangan, kita makin memahami erti hidup berumahtangga.
Komunikasikan lagi apa yang telah kita dapat dari pasangan dan rumahtangga sejak minggu-minggu dan bulan-bulan awal , apa perkara yang kita syukuri pada ALLAH tentang pasangan, apa perkara yang kita ingin diri kita dan suami perbaiki, duduk bersama suami isteri memuhasabah tentang hubungan suami isteri secara berkala – mingguan dan bulanan.
Mulakan dari awal perkahwinan
Di awal perkahwinan, menbina keserasian dengan komunikasi ini sangat-sangat penting. Wajib menyediakan masa untuk bercakap dari hati ke hati. Kita sedang membina sistem rumahtangga, kita sedang mencari kesefahaman, kita sedang ingin menumbuhkan penghormatan dan kasih sayang pada insan asing yang telah bergelar suami atau isteri kita.
Setiap sesuatu sikap dan pemberian yang baik dari pasangan, kita hargai dan berterima kasih. Walaupun ia amat kecil pada kita. Supaya pasangan kita tahu dirinya telah berbuat sesuatu yang baik dan betul sebagai suami dan isteri.
Setiap sesuatu sikap dan tindakan pasangan yang tidak kita sukai, kita perlu luahkan walau kita bimbang dirinya akan berkecil hati dengan teguran kita. Supaya suami atau isteri tahu, dirinya telah berbuat sesuatu yang pasangan tidak selesa dan tidak gemari.
Yang boleh diubah, kita perbaiki. Yang memang tidak boleh atau terlalu sukar untuk diubah, kita terima dengan lapang hati. Ketika itulah rumahtangga mampu menjadi medan kasih sayang dan amal bakti setulus hati. Komunikasi yang baik akan melimpahkan keharmonian dan mendamaikan hati dalam melalui ujian dan dugaan kehidupan seharian.
Sebelum bernikah.. ya, kita tahu di dalam sebuah rumahtangga akan ada elemen kewangan, hubungan intim, mertua-ipar duai, kerjaya, anak-anak, hobi, leisure, aktiviti dan tanggungjawab lainnya... tapi kita hanya akan faham tentang elemen-elemen itu bila ia mula menimbulkan konflik dalam rumahtangga. Bila kita menghadapinya, ketika itulah kita akan mempraktikkan teori tentang pernikahan yang kita tahu.
Maka komunikasi teramat perlu untuk meredakan dan meluruskan konflik yang timbul.
Berkomunikasilah... Bagaimana pendapatan suami isteri dan kewangan keluarga dibahagi-bahagikan. Supaya suami isteri tak bersangka-sangka bahawa mereka hanya menghabiskan duit untuk kepentingan sendiri. Supaya suami isteri boleh bersinergi mengukuhkan bajet keluarga.
Berkomunikasilah... Apa cabaran dan kebaikan dalam pergaulan dengan mertua dan ipar duai. Jika tidak suka atau tidak selesa dengan gelagat mertua atau ipar duai, nyatakan secara jelas dan berhikmah pada pasangan. Jangan sekadar buat muka masam mencuka dengan kehadiran mereka yang tidak disenangi, jangan mencela tak tentu hala, namun duduk berbincang suami isteri, apa jalan tengah untuk meluruskan isu ini.. Perjalanan pernikahan kita masih panjang, tidak mungkin mampu kita hadapi jika perbalahan subur sentiasa.
Berkomunikasilah... Untuk mengindahkan hubungan intim suami isteri, untuk terus menyuburkan cinta kasih sesama pasangan. Harus bagaimana untuk saling memuaskan pasangan, harus bagaimana mencari masa berkualiti untuk bermanja-manja suami isteri sewaktu urusan anak-anak, tekanan kerja dan kewangan tidak pernah jauh dari fikiran.
Pastinya komunikasi tentang hubungan intim bukan di hadapan anak-anak, bukan sewaktu tengah lapar di meja makan, bukan ketika fokus memandu, tapi ketika ada ruang bermesra-mesra, ketika itulah sedikit-sedikit membina keserasian hubungan seksual. Bukankah ada kajian menunjukkan kadang-kadang bertahun-tahun baru suami isteri dapat menikmati hubungan seksual yang memuaskan...?
Namun segala isu ini- kewangan, keluarga mertua, hubungan intim dan lain perkara - kuncinya adalah komunikasi. Supaya timbul  istilah menzalimi pasangan dalam hak-haknya. Supaya kita dapat mencicip sedikit kebahagian dalam rumahtangga yang kita bina bersama.

Akui kesilapan sendiri, maafkan pasangan SELALU
Nada bercakap, perkataan dan ayat-ayat yang terungkap dari bibir-bibir kita telah banyak mengguris hati pasangan bukan? Mungkin dengan perkataan-perkataan kita, hati pasangan telah terluka parah atau mungkin kelukaan kecil.
Maka usah bertangguh dan merasa berat memohon maaf, kenali dan akui kesalahan-kesalahan kita pada pasangan.. Mohonlah maaf kerana ALLAH. Maafkanlah pasangan kerana ALLAH. Saya teringat sebuah pepatah:
"Perkahwinan yang bahagia itu, lahir dari suami isteri yang suka memaafkan."
Ya, kerana kita bernama manusia tidak berhenti melakukan kesilapan perkataan dan tindakan. Berusaha yang terbaik memperbaiki diri, dan maafkan saja perkara-perkara yang amat sukar diperbaiki.
Saya rasa seperti baru semalam bernikah, dengan cinta dan rindu yang selalu ada pada suami. Nah, bukan cinta rindu ini sentiasa ada kerana tidak ada konflik, konflik mingguan dan bulanan memang ada untuk kita semua...
Saya juga perempuan seperti kalian, ada masa duduk di kerusi isteri yang bagus lagi menenangkan dan ada masanya di kerusi isteri yang suka membesarkan masalah kerana mengikut melulunya perasaan... 
Namun bila sering konflik besar dan kecil datang menduga – bila konflik-konflik ini kita luruskan dengan komunikasi yang baik, kasih sayang akan makin berkembang segar. Kita merasa difahami, pasangan merasai disayangi, malah komunikasi yang baik membawa dua-dua suami isteri melalui kehidupan yang damai dan harmoni walau hujan masalah secara berkala menimpa.



Alhamdulillah.
Hidayah

Adab Isteri Dengan Suami

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim




Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. 

Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami. 

#1: Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya. 

#2: Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab.Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki. 

#3: Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya. 

#4: Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan Jumaat. 

#5: Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya. 

#6: Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya. 

#7: Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga. 

#8: Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi.Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi. 

#9: Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya. 

#10: Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri. 

#11: Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt. 

#12: Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya. 

Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.


Salinan daripada http://www.auralelaki.com/Petua_008.html


Alhamdulillah.
Hidayah

Thursday, July 19, 2012

Niat Puasa Sebulan dan Harian

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim


Alhamdulillah.
Hidayah

Thursday, July 5, 2012

Insaf Sekejap

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim



Benarkah wujud istilah 'insaf sekejap'? Ya, ia wujud.
Ramai sahabat mengadu, bahawa mereka mengalami sindrom insaf sebentar.
Sebagai contoh, insaf selepas mendengar tazkirah tapi 10 minit selepas itu, rasa insaf itu lenyap dan dia kembali kepada keadaan asal.
Saya juga tidak terkecuali.
Kisah Hanzalah
Saya teringat sebuah hadis riwayat Muslim, berkenaan dengan seorang sahabat Rasulullah yang bernama Hanzalah bin Ar Rabi'.
Beliau telah bertemu dengan Abu Bakar r.a lalu dia berkata, 'Hanzalah telah munafik!'. 
Abu Bakar terkejut lalu bertanya mengapa Hanzalah berkata begitu.
Lalu jawab Hanzalah, "Ketika berada bersama Rasulullah s.a.w, Baginda selalu mengingatkan tentang syurga dan neraka seolah-olah aku melihatnya, lalu ketika aku keluar dari hadapan Rasulullah, aku disibukkan oleh isteri, anak-anak dan mencari nafkah, maka aku menjadi lupa peringatan Baginda!
Abu Bakar terdiam lalu dia berkata, "Demi Allah, aku juga begitu". Lalu kedua sahabat itu sepakat mahu bertemu dengan Rasulullah untuk mengadu akan masalah ini.
Lalu Rasulullah bersabda, "Demi dzat yang jiwaku di tangan-Nya, andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir niscaya para malaikat akan menjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya. Akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)"
Manusia Biasa
Kita manusia biasa. Iman kita yazid wa yanqus. Ia kadangkala naik, dan ia juga kadangkala turun.
Dalam mendefinasikan perkataan insaf, saya cenderung untuk menyatakan bahawa insaf itu ialah taubat kerana di dalam sebuah keinsafan, ada suatu elemen yang dipanggil 'kesal'.
Orang yang insaf ialah orang yang menyesal. Dia menyesal kerana mengerjakan perkara yang tidak sepatutnya dia kerja. Dan kesal ini adalah hakikat taubat!
Maka izinkan saya menggantikan perkataan insaf dengan perkataan taubat.
Taubat Yang Berulang
Dalam sebuah hadis yang panjang, Rasulullah bercerita perihal betapa besar dan luasnya pintu keampunan Allah.
Ada seorang hamba, dia melakukan dosa, lalu dia bertaubat.
Tidak lama, dia melakukan dosa lagi, dan kembali bertaubat. Berulang-ulang kali.
Lalu, sampai bila Allah mahu mengampunkan? Jawabnya ialah sampai hambanya jemu untuk memohon ampun!
Ya, Allah sama sekali tidak jemu untuk memberi ampun, tapi hanya manusialah yang jemu untuk bertaubat dan memohon ampun!
Mahu Kekal
Setiap orang, tempoh 'sekejap' mereka adalah berbeza-beza.
Ada orang yang 'insaf sekejap'nya ialah beberapa hari dan ada juga yang 'insaf sekejap' nya cuma beberapa minit.
Antara lain adalah kerana faktor persekitaran yang sangat mempengaruhi. Jadi, bagaimana kita mahu memanfaatkan tempoh yang sebentar cuma ini?
Firman Allah dalam surah al-maidah ayat 39 yang bermaksud :
Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh, Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Setiap taubat harus diikuti dengan pembaikian diri, atau amal soleh.
Sebagai contoh, jika kita insaf kerana terbaca satu artikel yang sangat menyentuh hati dalam keadaan kita masih belum melaksanakan solat, maka segera menunaikan solat dan berdoalah supaya Allah mengurniakan kita keinsafan yang berpanjangan.
Ya, harus banyak berdoa!
Kesimpulan
Insaf sementara adalah suatu yang sentiasa berlaku dan akan berterusan berlaku kepada kita. Cuma apa yang kita pastikan ialah kita gunakan tempoh yang singkat ini untuk kita lebih mendekati-Nya dan paling penting, kita perlu berusaha supaya 'sekejap' ini tidak akan selamanya sekejap.
Mudah-mudahan ia akan berpanjangan kelak.



Alhamdulillah.
Hidayah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...