Forgiveness is one of the most distinguishing features of Ramadan. If we truly want Allah's love, mercy and forgiveness, we must remember that the pleasures in this world are transient, and we are working toward that which is permanent. Is it worth being bitter and stunting our growth? Will it really benefit us? Will our anger and bitterness change the person who has hurt us?
Let us use this Ramadan to open our hearts to those who have wronged us and forgive them as we beg Allah to forgive us..
Love a little more than what is necessary..
Work a little harder than what is required..
Be a little kinder than what is usual..
Give a little more than what u feel u can afford..
Stand in a prayer a little longer than what u intended..
Be a little more patient than what u feel u can handle..
It is that little extra effort sparked by sincerity in the heart
that makes your ordinary self extraordinary...
Remember the five simple rules to be happy:
1. Free your heart from hatred.
2. Free your mind from worries.
3. Live simply.
4. Give more.
5. Expect less.
Popular Posts
Wednesday, August 7, 2013
SELAMAT HARI RAYA
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t
Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Assalammualaikum. Sedih Ramadan telah berakhir dan adakah saya akan berjumpa Ramadan tahun depan? Selamat Hari Raya saya ucapkan kepada semua. Mohon maafkan segala kesalahan yang pernah saya lakukan kepada anda kerana kekurangan diri saya. Jika saya pernah menyentuh dan menyakiti hati anda dengan kata-kata saya, maafkanla saya. Jika saya menyinggung perasaan anda dengan sikap saya, maafkanla saya. Semoga Allah mengampunkan semua dosa-dosa saya yang kecil mahupun besar. Semoga Allah memberi keberkatan kepada saya dan sekeluarga. Mohon Allah sentiasa memberikan cahaya HidayahNYA kepada saya, tetapkan iman saya, dan melindungi saya. Sesungguhnya dugaan daripada Allah mencelikkan hati kesedaran dan menginsafkan saya. SELAMAT HARI RAYA -Nor Hidayah Mustapha Kamal dan sekeluarga-
Alhamdulillah.
Hidayah
Monday, July 8, 2013
YA ALLAH KEKALKANLAH JODOH KAMI!
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t
Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Di hari yang penuh keberkatan ini.
Kami menadah tangan kepada mu. Memohon pertolongan mu Ya Allah.
Berkatilah rumah tangga kami. Kekalkan lah jodoh kami hingga ke akhir hayat.
Janganlah kau duga kami dengan pelbagai cabaran yg. tidak tertanggung oleh kami.
Ya Allah.
Jauhilah kami dari godaan syaitan yg. sentiasa menggoncang keimanan kami.
Hindari lah kami dari terjebak dgn. dosa-dosa dan fitnah orang ke 3.
Ya Allah.
Sesungguh perkara yang amat malang dan takuti bagi kami. ialah Perpisahan. Perceraian!
Ya. Allah.
Dengan linangan air mata keinsafan.
Kami memohon pada mu. Kembali kan lah kasih sejati pasangan kami.
Jangan lah kau pisahkannya dengan kami. Anak-anak kami.. Keluarga kami.
Pulangkan lah dia kepangkuan orang yang benar2 mengasihinya selama ini.
Ya Allah.
Kau perkukuhkan lah ikatan perkahwinan kami.
Satukanlah hati-hati kami. Selamatkan lah masa depan kami.
Kekalkan lah jodoh kami. Permudah kan lah perjalanan hidup kami!
Berkati lah segala usaha dan Doa kami Ya Allah!
Kepada mu kami berserah.
AMIN..!
Alhamdulillah.
Hidayah
Sunday, July 7, 2013
CARA MENGATASI PANAS BARAN
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t
Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Untuk mengatasi sifat panas baran, pemarah dan tidak dapat mengawal perasan marah, sila amalkan petua ini :
• Kalau marah pada waktu duduk, bangun dan berjalan perlahan-lahan, pandang ke luar.
• Ucap berulang kali ‘Innallaha maas sabirin’ (sesungguhnya Tuhan bersama orang-orang yang sabar).
• Apabila perasaan marah datang, minum air sejuk segelas, kemudian buat senaman pernafasan.
• Apabila perasaan marah datang, pandanglah kuku di tangan.
• Redakan dengan mengambil wuduk.
Ada peribahasa yang menyatakan “sesiapa yang boleh menumpaskan ‘sesaat’ rasa marah bererti ia boleh mengelakkan kemurungan sepanjang hari”. Pakar psikiatri juga telah mengesahkan ‘kemurungan diri’ tidak akan berakhir hanya dalam sehari, tetapi mungkin berlarutan hingga seumur hidup.
Oleh yang demikian, prinsip ‘sekelumit pencegahan’ mestilah dipraktikkan pada ‘kemarahan’. Amatlah elok sekiranya kita dapat menakluki kemarahan, tetapi adalah lebih baik jika dapat mencegahnya terus kerana api kemarahan adalah ibarat rebut di lautan.
Untuk itu maafkanlah diri mu dan orang lain!
Alhamdulillah.
Hidayah
Saturday, July 6, 2013
Gaya hidup yang baik
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t
Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Caragaya hidup yang baik
1. Drink plenty of water
2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar
3. Eat more foods that grow on trees and plants, and eat less food that is manufactured in plants
4. Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy
5. Make time for prayer
6. Play more games
7. Read more books than you did in 2010
9. Sleep for 7 hours
10. Take a 10-30 minutes walk every day ---- and while you walk, smile
12. Don't have negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment
13. Don't over do ; keep your limits
14. Don't take yourself so seriously ; no one else does
15. Don't waste your precious energy on gossip
16. Dream more while you are awake
17. Envy is a waste of time. You already have all you need..
18. Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
20. Make peace with your past so it won't spoil the present
21. No one is in charge of your happiness except you
22. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
23. Smile and laugh more
24. You don't have to win every argument. Agree to disagree.
26. Each day give something good to others
27. Forgive everyone for everything
28. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6
29. Try to make at least three people smile each day
30. What other people think of you is none of your business
31. Your job won't take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch.
33. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful
34. GOD heals everything
35. However good or bad a situation is, it will change
36. No matter how you feel, get up, dress up and show up
37. The best is yet to come
38. When you awake alive in the morning, thank GOD for it
39. Your Inner most is always happy. So, be happy.
Alhamdulillah.
Hidayah
Sunday, March 31, 2013
Never look back
Assalamualaikum w.b.t Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Never look back at moments of pain, because the only one that will hurt is you. Just keep your mind on the love of Allah, and watch your gray skies turn blue.
Never look back at material lost, because nothing material ever lasts. But the things that Allah will give to you, nothing material can surpass.
Never look back for what no longer exists, because you won't find it anywhere. Just ask Allah to guide you day by day and He will bring joy to you.
Alhamdulillah.
Hidayah
Forgive... but never forget..
Assalamualaikum w.b.t Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
You have to forgive people for their shortcomings, no matter how much they’ve hurt you. And forgiving is not just saying you do, you have to do it from the heart, your actions, your thoughts, everything should reflect this otherwise you haven’t truly forgiven and the only person who its going to burden the most, is yourself. Sometimes it isn’t easy but forgive for the sake of ALLAH for when you do anything in the way of ALLAH, it becomes much more easier.
Alhamdulillah.
Hidayah
Sunday, February 17, 2013
SUPAYA TIDAK TINGGAL SOLAT
Assalamualaikum w.b.t Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
- SOLAT AWAL WAKTU CEPAT-CEPAT!
- MAKAN...TENGOK TV LEBIH 5 MINIT,TAKKAN SOLAT 5 MINIT TAK BOLEH?
- LAWAN! LAWAN RASA MALAS! GODAAN SETAN!
- SIA-SIA BERSEDEKAH KALAU TAK SOLAT
- CEKALKAN HATI! KUATKAN SEMANGAT!
- HIDUP TAK BERKAT, REZEKI SUSAH! APA KERJA TAK JADI!
- KAU MALAS SOLAT, ANAK-ANAK KAU KELAKMALAS SOLAT JUGA!
- RUMAHTANGGA TAK AMAN, ANAK DEGIL, NAK?
- MUKA KOTOR! BURUK! TIDAK BERCAHAYA!
- HATI MUDAH KOTOR DAN HATI TIDAK TENANG!
- KAU SUSAH MANUSIA TAK TOLONG TETAPI ALLAH SENTIASA ADA NAK TOLONG KAU. TAPI KAU LUPA DIA BOLEH TOLONG KAU!
Alhamdulillah.
Hidayah
penyakit hati
Assalamualaikum w.b.t Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
SAYA NAK BERSIHKAN HATI INI
Betapa
ramai manusia tidak bahagia kerana penyakit hati. Selalu kita sibuk
mencari doktor mengubat penyakit fizikal dan amat takut kalau ada
penyakit fizikal yang akan hilang bila kita meninggal dunia ke alam
barzah tetapi berapa ramai dari kita yang takut ada penyakit hati yang
akan kita bawa berjumpa Allah. Salah satu tanda penyakit hati ialah
sifat marah, dendam dan tidak dapat memaafkan orang lain sedangkan kita
mahu Allah mengampunkan kita. Jom buang semua penyakit hati bukan
berjumpa doktor tapi mencari ilmu, amal dan mujahadah dan mencari kawan
yang baik dan unfriend kawan difacebook yang membawa dosa dan aktiviti
lagha. Hentikan bermain game di maya tetapi guna mencari ilmu. Setiap
perbelanjaan mencari ilmu tidak akan disoal Allah insyaAllah. JOm audit
Alhamdulillah.
Hidayah
Thursday, February 14, 2013
Idolaku
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Ini adalah antara wanita yang termasuk dalam idola saya. (Tentunya EMAK adalah idola saya juga)
Berjubah hitam ialah Tun Aini Zaleha @Aunty Leha @TAZHAM dan jubah putih ialah Tun Fatimah.
Aunty Leha dan Aunty Tim ialah sepupu dua kali abah saya. Pertalian keluarga masih dekat.
Apabila saya sedih, saya inginkan panduan dan luahan saya suka merujuk kepada Aunty.
Aunty, wajahmu menenangkan kami
Nasihatmu terlalu mahal harganya
Nasihat yang dibisikan masih terngiang-ngiang
Kau idola kami
Kau inspirasi kami
Menjadi wanita dan isteri solehah
I Love Aunty!
Semoga Allah terus memberkati hidup Aunty dan sekeluarga.
Alhamdulillah.
Hidayah
Tuesday, January 15, 2013
Gembirakan suami
“Gembirakan suami, Hidup keluarga pasti ceria”
- SENYUM SELALU.Senyuman boleh memecah suasana tertekan dan boleh beri perasaan senang hati pada anda dan juga suami anda. Senyuman isteri adalah pengubat duka seorang suami.
- JANGAN JADI PEMARAH. Bersabar sentiasa memberi hasil yang baik. Suami anda mengahwini anda kerana dia sayangkan anda, cintakan anda. Apabila sudah berkahwin, dia akan terikat dengan hati anda. Jika anda pandai memikat hatinya, dia akan lebih menyayangi anda. Ambil hati suami dengan menjadi seorang yang penyabar. Jika anda selalu marah dan berleter, suami akan mula tidak mempedulikan anda. Lelaki suka mengambil jalan singkat iaitu mengabaikan sesuatu perkara yang menyusahkan dirinya. Jika anda selalu marah, dia akan menganggap anda sebagai menyusahkannya, seterusnya anda mula akan di abaikan oleh suami anda. Jadilah seorang yang penyabar dan sentiasa memberi sokongan pada suami anda.
- SENTIASA GEMBIRA. Sentiasa senyum dan gembira dengan kehidupan keluarga anda. Suami selalunya suka melihat isterinya tersenyum gembira. JIka dia melihat anda berada dalam keadaan yang masam, dia akan rasa tidak tenteram dan susah hati. Namun perasaan tidak tenteram dan susah hati ini lama kelamaan akan bertukar menjadi menyampah.
- Jangan terlalu kisahkan hal – hal yang kecil. Jangan terlalu cepat merajuk atau terasa hati. Jadi seorang isteri yang matang. Bergelar isteri adalah merupakan tanggungjawab. Berusahalah untuk memikul tanggunjawab itu dengan gembirakan suami anda. Jika anda beremosi dan selalu sensitif dengan perkara yang remeh temeh. Berperangai seperti itu akan membuatkan suami anda bosan dan rimas. Tarikan pada suami adalah seorang isteri yang ‘independent’ atau berdikari.
- Jangan terlalu membincangkan mengenai kewangan dengan suami anda. Wang sentiasa akan jadi punca pergaduhan.
- Sentiasa berikan dia dorongan dan semangat. Itu adalah merupakan nafkah zahir yang anda sebagai isteri perlu suapkan kepada suami. Sentiasa menyokong usahanya dengan memberikan sepenuh komitmen untuk anda tunjukkan kesungguhan anda. Tahukah anda, suami akan berasa ceria dan gembira apabila anda menunjukkan minat terhadap kerjanya seperti bercakap banyak tentang hal pekerjaanya itu, dan bertanyakaan soalan yang penuh dengan minat.
- Dengar apa yang suami anda kata dan ikut segala nasihatnya jika nasihat itu betul dan mengikut lunas. Kadang-kadang, ada situasi arahan dari suami anda mungkin anda tidak setuju, namun sebelum membuat keputusan membidas arahan itu, fikir terlebih dahulu baik buruk keputusan arahan itu, jika kurang sesuai cuba senyum dan perkatakan cadangan anda untuk disesuaikan dengan arahan itu. Bila anda senyum dan mula berbincang dengan tolak ansur, “nasi yang keras akan lembut bila disiram dengan air”.
- Jangan berleter dan lebihkan amalan bercakap apabila perlu. Suami anda pasti akan sakit hati jika anda selalu berleter. Perasaan geram meluap-luap akan timbul bila anda kerap berleter. Hal ini adalah kerana berleter bukanlah sesuatu perkara yang seronok didengar. Ubahlah sikap suka berleter kepada bicara lembut dan penuh pengisian. Bercakap hanya kepada perkara perlu dan ringkas akan membuatkan suami anda senang dan berasa gembira.
- Sentiasa berdoa pada Allah untuk tunjukkan jalan yang lurus pada suami anda. Tiada yang mampu menggembirakan suami anda melainkan Allah S.W.T. Setiap usahanya yang baik atau perkerjaan si suami mungkin sukar untuk si isteri membantu secara langsung yang mungkin terbatas disebabkan kemampuan dan kudrat. Oleh itu anda sebagai isteri haruslah sentiasa mendoakkanya beroleh kejayaan. Disebalik suami yang berjaya adalah isteri yang baik berada di belakangnya.
- Sentiasa pandang tepat ke arah mata suami anda ketika anda berdua sedang berbual. Pandangna mata yang anda beri adalah bukti anda beri perhatian pada suami anda. Bila berbual, selingkan dengan senyuman dan jenaka. Berkelakuan nakal juga boleh mewujudkan suasana manja yang pasti mengembirakan anda berdua namun jangan berlebih kerana ia boleh merubah perbualan menjadi bosan dan menjengkelkan. Berbuallah dengan sesuatu perkara yang baru dan tarik minatnya supaya dapat gembirakan suami.
- Terima suami seadanya. ” Terimalah sebagai sediakala”. Terimalah dia sebagai lelaki. Apabila anda sudah berkahwin dan tinggal bersama, sudah pasti anda akan menemui perangai sebenar suami anda. Terima dia seadanya. Apabila suami melihat perempuan yang dia sayang menerima dia sepenuhnya, dia akan menjaga perempuan tersebut dengan sesungguh hatinya.
- JANGAN MENKRITIK SUAMI. Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia juga bahaya kerana melukakan nilai diri suami. Menjejaskan rasa kepentingan diri. Dan menyebabkan suami merasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkriti anda pula. Cara baik mengkritik suami adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Untuk mengkritik suami eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.
- Jangan paksa suami. Jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting isteri itu perlu membaca bahasa badan suami, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.
- Berubah untuk menikmati perubahan. Sekiranya anda mahu mengubah perangai suami, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang suami berubah memperbaiki dirinya.
- Fahamilah suami agar dia memahami anda. Cuba memahami perangai sedia ada pada sesorang suami yang menyesuaikan perangai itu dengan diri anda. Ianya adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu suami akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.
- Percaya untuk dipercayai. Sekiranya anda tidak mempercayai suami, jangan anda mengharapkan suami itu mempercayai anda. Hidup ini meminta pada yang ada, memujuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara yang mudah. Bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda, bukanlah payah. Apabila suami sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.
- Menangkan lelaki untuk menang. Mengenal suami bukanlah untuk mengalahkan suami. Dalam sebuah perkahwinan, sepatutnya sama-sama menag dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami dan kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri pula adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, perkahwinan itu akan menjadi porak-peranda.
- Beri kepada suami apa yang dia mahu. Dia akan melakukan apa saja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh suami (i) kehendak seks, dan (ii) kehendak untuk mejadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagiua dunia dan akhirat. Berilah suami apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.
- Hormati dia sebagai lelaki. Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya, dan bertolak ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Isteri patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadi diri lebih terhormat.
- Berterus-terang. Lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya isteri tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada suami.
- Lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan.
- Suami pentingkan kejujuran. Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika suami tahu yang isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan suami itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi suami. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya.
Alhamdulillah.
Hidayah
Thursday, July 5, 2012
Insaf Sekejap
Alhamdulillah.
Hidayah
Thursday, June 28, 2012
Kisah Seram Ustaz Di Bilik Mayat
Bismillah ir-Rahman ir-Rahim
Saya insaf membaca cerita ini. Mengenangkan diri ini banyak meninggalkan solat sepanjang hidup. Takutnya saya dengan azab Allah ini.
Saya sering lalai mengerjakan solat kerana sibuk dengan hal duniawi... Berkerja berjam-jam di hadapan komputer hingga tidak sedar tercicir satu persatu waktu solat. Betapa tidak berkatnya gaji yang saya dapat kerana meninggalkan solat.
Teringat dan rindunya saya mengingatkan mak disaat ini. Semasa tinggal dengan mak, mak tidak pernah jemu mengingatkan anak-anaknya supaya bersolat dan jangan meninggalkan solat. Mak rajin mengejutkan anaknya bangun supaya bersolat apabila anaknya sedang tidur. Mak rajin bangun solat witir setiap malam dan mak rajin mengaji setiap kali solat maghrib. Rindunya saya pada mak!
Abah sering memastikan solat diawal waktu. Dimana surau atau masjid yang terdekat, abah akan berhenti. Jika anaknya tak bangun walaupun berkali-kali dibangunkan...abah akan ambil air dan lap pada muka supaya kami bangun.
Rindunya suasana ini...semasa tinggal dengan mak dan abah. Semoga Allah memberikan cahaya Hdayah pada suami saya dan melembutkan hatinya. Semoga Allah sentiasa memberikan petunjuk kepada saya seperti maksud nama saya yang diberikan mak.
Insafnya saya.
Saya mendoakan orang-orang disekeliling saya diberikan Hidayah oleh Allah supaya tidak meninggalkan solat.. Amin.
Sumber: http://melayukini.net/2012/02/kisah-seram-ustaz-di-bilik-mayat/
Seorang ustaz perlu menguruskan jenazah seorang pemuda pada pukul 3 pagi dan bermulalah kisah seram. Semoga kejadian ini menjadi iktibar kepada semua.
Kisah Seram Di Bilik Mayat | Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di sebuah hospital kerajaan di Selangor. Semoga dapat kita ambil iktibar dan tauladan.
Gambar hiasan yang seram
Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dariHospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.
Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.
Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam.
Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik mayat berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.
Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.” Ustaz,” kata wanita itu. “Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan lembut.
Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.“Betulkah ini mayat anak mak cik?”tanya saya. “Mak cik rasa betul… tapi kulitnya putih.” “Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.
Tiba di luar saya bertanya kepadanya. “Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?” tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu.”Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. ” kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, “Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi…” tambah wanita itu lagi “apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.
Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam. Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.
Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, “Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”
Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, “Orang tua mana pula?” katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya. “Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun lalu!” Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi ‘apakah’ yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.
Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?Wallahu’alam….
Sumber: Hasnul Hadi Ahmad | Layari Artikel Agama Informasi Malaysia Kini
Alhamdulillah.
Hidayah
Wednesday, June 20, 2012
Do IT NOW!!!
With each step you take, you will grow stronger and stronger, more and more skilled, more and more self-confident, and more and more successful. -Mark Victor Hansen
What amazing thing in your life have you put off doing? What has been holding you back? What if you could do it? What if you could do more than you ever thought? Wouldn't it be worth it to just do it and do it now? ♥ ~Topaz
Alhamdulillah.
Hidayah
Sunday, May 13, 2012
Saturday, May 12, 2012
Sunday, January 1, 2012
Selamat Tahun Baru 2012
Selamat Tahun Baru dari Lutfir, saya dan suami!
Sekejapnya masa berlalu..masuk Januari 2012 Lutfir dah 9 bulan dan minggu depan 12 haribulan Lutfir kena cucuk mengikut jadual.
Saya dan suami berharap kami menjadi yang lebih baik dan semoga Allah memakbulkan doa-doa kami.
SAYA?
Saya berharap dapat menjadi insan yang lebih positif dengan segala aspek.
Terus pandang ke hadapan menjadi ibu, isteri dan anak yang baik.
Harapan, cita-cita, doa dan pelan:-
1. Berharap mendapat kerja pada tahun 2012 ini
2. Belajar lebih bersabar dan tidak mahu mudah melenting dan tidak mahu mudah marah lagi
3. Solat di awal waktu dan tak mahu "nanti...nanti...sekejap..sekejap.."
4. Mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi bermula dengan suami dan anak di rumah
5. Mencari idea dan bertindak apabila dah ada idea. Semoga Allah memudahkan segalanya
6. Mendidik hati supaya lebih bersabar dengan mak dan mempelajari bagaimana nak handle situasi 'tak seronok' dengan mak
7. Menyimpan duit...dan terus menyimpan..
8. Membanyakkan aktiviti supaya banyak pergerakan dan tubuh keluar peluh..SAYA NAK SIHAT!
9. Makan dengan betul...banyak makan buah....
10. Lupakan semua perkara yang tak best..tak mahu bagi ruang sewa percuma dalam otak ini.
11. Adakah saya akan menyambung master yang tertangguh?
12. Menambah kawan-kawan yang baru, positif dan membina
apa lagi ya? Sedikit demi sedikit akan bertambah perkara-perkara yang nak dilakukan dan di capai di atas...
Ya Allah..bantulah aku!
Alhamdulillah.
Hidayah
Friday, December 23, 2011
Azam Baru...Perubahan
Assalammualaikum
Sudah lama tidak membuka facebook dan blog. Online pun hanya untuk menyiapkan nota mengajar, memeriksa hasil tugasan laman web yang dibina pelajar dan memeriksa email. Selebihnya masa banyak tertumpu pada Lutfir dan rumahtangga.
Tahun baru beberapa hari saja lagi dan seperti biasa azam tahun ini pun ada yang belum lunas.
Tak mengapa, saya tidak boleh putus asa. Terus berusaha melangsaikan azam...
Alhamdulillah tanpa sedar dikala sibuk dengan keluarga dan rumahtangga, berat badan saya menurun hampir 10kg sejak selepas melahirkan Lutfir.
Saya yakin ini adalah hasil menyusukan Lutfir secara ekklusif dan hasil senaman membuat kerja-kerja rumah sejak memangku jawatan suri rumah selepas pantang sejak bulan 6 yang lalu.
Tapi saya masih dikategorikan sebagai gemuk, oleh itu azam tahun 2012 ialah untuk menurunkan berat badan secara sihat dan berperingkat.
Apakah lagi azam saya? Masih ada beberapa hari untuk berfikir dengan detail apa yang ingin dicapai.
Selain itu..saya ingin membuat perubahan pada diri sendiri iaitu berusaha membuang semua perkara-perkara negatif di dalam diri.
Semoga niat baik ini dimakbulkan oleh Allah, amin!
Alhamdulillah.
Hidayah
Thursday, December 1, 2011
Kenapa begini?
Ada berkata saya sudah berubah sejak kahwin.
Saya masih sama, cuma memori-memori pahit yang berlaku sepanjang dalam hidup saya telah menjadi racun.
Ya, ada yang menasihatkan saya supaya melupakannya dan terus pandang ke hadapan. Memaafkan..
Cuma kadang kala sikap orang yang tidak berubah membuatkan saya sukar melupakan peristiwa yang menjadi racun.. DAN membuatkan peristiwa pahit bermain semula di layar minda seperti wayang...pahit, pedih dan sedih.
Jangan salahkan saya kenapa saya jadi begini..
Apa yang berlaku sepanjang saya membesar dalam perjalanan hidup saya yang menjadikan saya begini.
Ya, begini!
Munkin saya memerlukan bantuan bagaimana untuk menghapuskan semua peristiwa ini dari kotak fikiran saya..
Alangkah bagusnya jika boleh dipadamkan seperti file di dalam komputer.
Apa pun, terima kasih Allah kerana saya masih di jalan yang benar.
Hanya luahan hati... jangan lupa senyum!
p/s: kepada yang terBACA, jangan emosional pula. Saya ok. Please....SMILE!
Alhamdulillah.
Hidayah
Bila nak kurus?
Semalam semasa menonton tv dengan en somi, saya tanya pada suami..
Ummi: Abang, bila kita berdua ni nak kurus?
Abang: Entahla..awak rajin masak..
Ummi: (cakap dalam hati... kenala rajin masak kalau nak pandai masak)
Jadi? Kami berdua suka makan dan rasanya kami patut jogging.
Adakah jogging azam tahun baru ini? Berhijrah menjadi kurus dan sihat?
Doakan kami berjaya. Amin
Alhamdulillah.
Hidayah





















