Nuffnang

Search This Blog

Forgiveness is one of the most distinguishing features of Ramadan. If we truly want Allah's love, mercy and forgiveness, we must remember that the pleasures in this world are transient, and we are working toward that which is permanent. Is it worth being bitter and stunting our growth? Will it really benefit us? Will our anger and bitterness change the person who has hurt us?

Let us use this Ramadan to open our hearts to those who have wronged us and forgive them as we beg Allah to forgive us..


Love a little more than what is necessary..
Work a little harder than what is required..
Be a little kinder than what is usual..
Give a little more than what u feel u can afford..
Stand in a prayer a little longer than what u intended..
Be a little more patient than what u feel u can handle..
It is that little extra effort sparked by sincerity in the heart
that makes your ordinary self extraordinary...


Remember the five simple rules to be happy:

1. Free your heart from hatred.
2. Free your mind from worries.
3. Live simply.
4. Give more.
5. Expect less.

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Showing posts with label Tip-Tip. Show all posts
Showing posts with label Tip-Tip. Show all posts

Friday, September 30, 2011

Where to buy SMART TAG

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim


Warranty setahun dengan syarat masih simpan resit.

JIKA HILANG? Replacement serta merta (hanya di KL Sentral je) di Touch n GO hub di KL Sentral. Sila bawa laporan polis, resit, warranty dan IC

JIKA ROSAK? Bayaran baik pulih ialah RM50 dan 5 minggu kena tunggu jika hantar baiki selain di KL Sentral. Jika terus hantar SMART TAG yang rosak ke KL Sentral, dapat replacement (yang baru) serta merta. Sila bawa SMART TAG (yang rosak), resit, warranty dan IC.

Dah TAMAT Warranty, Tapi ROSAK dan HILANG? Beli lah yang baru..hehehehe


Bagaimana MENJAGA Smart Tag? 


Ni cara penjagaan sebab tengok mak dan abah pakai (kami setiap sebuah keta ada Smart Tag).
1. Jangan biarkan Smart Tag dalam keta waktu panas. Sebab alat ni akan cepat rosak bila selalu kena haba panas..
2. Seeloknya..tak payah lekat kat cermin, kang susah nak bukak. Letak kain tahan licin dan letak Smart Tag atas tu bila nak pakai.
3. Jangan biarkan Smart Tag dalam kereta bila anda meninggalkan kereta walau di mana saja. Kalau larat letak dalam beg atau letak bawah sit atau dalam laci. Sebab Smart tag mengundang jenayah rompak, pecah keta..
4. Pastikan bateri penuh..hehehe kang dia tak detect plak kalau dah low.
5. Jangan terjatuh..akibatnya rosak!
6. Jangan tenggelam dalam air..rosak juga!


Gunakanlah SMART TAG supaya anda tidak perlu beratur panjang di highway ok?








Where to buy SmartTAG


Customers can purchase the SmartTAG at Touch ‘n Go Hubs located at Faber Towers and KL Sentral. Alternatively, customers can also purchase SmartTAG at all Customer Service Centre located at PLUS Highways.


Click here to check nearest location


Touch ‘n Go Hubs

•The Sphere
Unit G-6, Ground Floor
The Sphere
No. 1, Avenue 1
Bangsar South
No. 8, Jalan Kerinchi
59200 Kuala Lumpur
•KL Sentral Station
Lot 17 Departure Hall,
Level 1 KL City Air Terminal,
KL Sentral Station,
50470 Kuala Lumpur
•Johor Bahru
Wisma Nufri, No. 12D,
Jalan Yahya Al-Datar,
Johor Bahru, Johor


Click here to check nearest location


What is the price of a unit of SmartTAG?

The SmartTAG will be sold at RM120. 
 If you want to purchase an extra smart tag holder which sticks on your windscreen can be bought just rm 8 at PLUS.












About SmartTAG

SmartTAG is the Malay acronym for “Sistem Membayar Automatic Rangkaian Tol,” or literally means Automatic Payment System For Toll Network.

It is a vehicle on-board unit that works in combination with the Touch ‘n Go card to allow user to pay toll with drive-through convenience.
SmartTAG transmits information between the Touch ‘n Go card and the toll system via infrared at the dedicated lane. The system can detect a vehicle as fast as 40 milliseconds and vehicle throughput is 4 times faster than cash lane.

At a smaller toll plaza where there is no SmartTAG lane, user can take out the Touch ‘n Go card from the SmartTAG and use it at the Touch ‘n Go lane instead. -http://www.touchngo.com.my/?pg=products&subPg=smarttag-





Alhamdulillah.
Hidayah

Monday, August 22, 2011

Panduan mengenali Kulit & Bulu BABI

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim









Alhamdulillah.
Hidayah

Tuesday, August 16, 2011

Bagaimana saya menjaga luka pembedahan Caesaran

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

Pada 31 March 2011 saya selamat menjalani pembedahan secara Caesaran melahirkan permata hati Muhammad Lutfir Rahman. Panjang luka pembedahan adalah dalam 20 cm,

Saya akan berkongsi cerita bagaimana saya  menjaga luka pembedahan. Jadi bagaimana saya menjaga luka pembedahan?

Ketika di hospital selepas bersalin saya tidak mandi selama tiga hari kerana amat takut jahitan akan terkena air dan jahitan terbuka walaupun jahitan di lekat plaster. Saya hanya lap-lap badan mengunakan tuala dan air suam bersama air sabun. Selepas tiga hari plaster jahitan dibuka saya pun mandi. Selepas mandi saya lap dengan berhati-hati tempat luka dan saya letak kitchen tisu.

Semasa di hospital, saya tidak sedar jahitan saya dijangkiti kuman. Saya hanya menyedarinya selepas 2 mninggu bersalin itupun kerana jahitan berbau. Bagaimana boleh dijangkiti kuman dan berbau? Sebabnya jahitan berada di kawasan yang berlipat yang senang berpeluh dan tidak terdedah pada udara. Selain itu jahitan tidak dicuci dengan antiseptik dan hanya di lap dengan air suam.

Selepas keluar hospital, mereka tidak memberikan ubat cuci dan krim. Kita perlu beli sendiri. Dibawah ialah barang yang anda perlukan untuk menjaga dan mencuci luka pembedahan


BARANG DIPERLUKAN UNTUK MENJAGA LUKA
1. cotton ball
2. cecair antiseptik (saya punya cecair antiseptik warna pink. saya tidak pasti boleh pakai dettol atau tidak, sila minta nasihat doktor)
3. pengering rambut (beli jenama pensonic di mydin murah)
4. krim gamat atau gel solcoseryl
5. penegering rambut
6. kitchen tisu


CARA SAYA MENCUCI LUKA

  1. cuci kotoran dan sekeliling jahitan dengan air suam hingga bersih.
  2. Kemudian uci bahagian luka dengan pencuci antiseptik dengan berhati-hati. jika cuci sendiri, dapatkan cermin bersaiz A4 sebaiknya. cuci luka tiga kali sehari. jika boleh minta orang cucikan luka.
  3. Selepas cuci, keringkan bahagian jahitan dengan pengering rambut. Jangan gunakan kipas sebab sekiranya kipas tidak bersih, habisla habuk berterbangan dan melekat pada bahagian jahitan. Selain itu, kipas lambat kering, 
  4. Selepas kering, sapukan krim gamat/krim luka atau gel solcoseryl. Sapukan tiga kali sehari dan sapu rata-rata tetapi jangan banyak sangat. 
  5. letakkan tisu (jauh sikit dari luka jahitan) supaya tisu akan menyerap peluh. 
  6. boleh pakai bengkung yang mengunakan velcro (saya pakai selepas dua minggu pembedahan).
Saya mengunakan gel solcoseryl dan alhamdulillah selepas sebulan pakai jahitan bertaut kemas dan tiada parut buruk yang tinggal. Yang tinggal hanya satu line putih menandakan kesan luka pulih.


CARA SAYA MEMPERCEPATKAN LUKA SEMBUH

  1. Sapu gel solcoseryl tiga kali sehari dan setiap hari
  2. Jangan angkat berat seperti beg tangan yang berat, beg berat, bakul kain baju, baldi berisi kain dan air, cerek air, dan apa saja yang berat. Dalam situasi saya, mengangkat bayi hampir 4-5kg adalah berat dan tidak digalakan, Tetapi takkan saya tak angkat bayi saya langsungkan? Jadi mak saya menasihatkan saya berniat dalam hati semasa setiap kali mengangkat anak. Niat supaya Allah menyembuhkan luka pembedahan setiap kali kita mengangkat anak. Sakit tolak ketepi.
  3. Ibu mertua menumbukkan untuk saya manjakani menjadi serbuk halus. Ambil satu sudu kecil KFC serbuk manjakani dan bancuh dengan 10ml air. Kemudian minum sampai habis. Minum sekali atau dua kali sehari. Manjakani bertujuan mengeringkan luka dan mengecutkan rahim.
  4. Minum gamogen satu jam sebelum makan malam & makan tengah hari setiap hari sebanyak 2 kali sehari.
  5. banyakkan makan makan buah oren sunkist atau minum jus oren. Kenapa perlu makan oren? Vitamin C kaya dalam oren dan Vit C mempercepatkan pembentukan tisu-tisu luka dalaman.
  6. Makan apa sahaja yang mengandungi ikan haruan.
  7. Jangan membongkok dan mencangkung. Berehat sebanyak yang boleh.
  8. Banyakkan makan makanan berprotein kerana protein bagus untuk pembentukan tisu-tisu. 


Saya harap pengalaman saya ini dapat membantu anda.
Terima kasih.



Alhamdulillah.
Hidayah

Thursday, July 21, 2011

Isteri Yang Masih Perawan

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim



Ustazah Fatma Az-Zahra menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) ;;)
Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.


Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali,
Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
Tiup dalam air dan minum.
Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.
Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri2 semoga ada manafaatnya.
JADIKAN AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR HATI, ZIKRULLAH SEBAGAI PENGHIBUR HATI, SOLAT SEBAGAI PELINDUNG DIRI, TAQWA SEBAGAI BAJA DI DALAM HATI, SYUKUR SEBAGAI PENEMAN DIRI



Alhamdulillah.
Hidayah

Monday, July 4, 2011

Beli Barang Dapur Secara Online

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim


Okey, saya harap perkhidmatan redtick.com akan sampai ke kawasan Rawang kelak. Sebabnya saya amat amat suka membeli belah secara online. Tak perlu berpanas, memandu kereta dan membazirkan minyak.

Anda boleh periksa sama ada kawasan anda terdapat dalam senarai http://www.redtick.com.my/
Jika ada, bolehlah membeli belah barangan dapur. Best!






Alhamdulillah.
Hidayah

Wednesday, February 16, 2011

Persediaan Bergelar Ayah

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

Saya tertarik dengan artikel ini dan saya salin sebagai entri hari ini
http://hazryatie.blog.friendster.com/2009/02/persediaan-bergelar-ayah/




Cemas, resah gelisah dan teruja bercampur baur. Mungkin itulah perasaan mereka yang menanti saat-saat manis bakal bergelar ayah.

Bahkan, ada segelintir suami yang turut merasai beban alahan dan peritnya seperti mana wanita mengandung. Merekalah yang menanggung alahan muntah atau pening-pening, sehingga tidak lalu hendak makan sedangkan isterinya nampak sihat dan tidak mengalami alahan.

Adalah harus bagi suami tidak memandang enteng kepada kehamilan isteri. Kehamilan dan kelahiran adalah aspek terpenting dalam pembangunan keluarga kerana menerusi proses ini baka dan zuriat dapat diteruskan dan diperkembangkan.

Setiap pengantin baru yang ingin membangunkan keluarga perlu memandang berat perkara ini dan tidak menyerahkan bulat-bulat kepada takdir dalam menentukan proses kehamilan dan kelahiran cahaya mata yang bakal menyerikan kehidupan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa bapa merupakan penjana dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Tanggungjawab dalam memastikan keharmonian dan kesejahteraan sesebuah keluarga dipikul oleh bapa. Bapa juga memainkan peranan yang penting dalam membuat sesuatu keputusan demi memastikan hala tuju sesebuah keluarga itu berada dalam landasan yang betul.


Selain itu, istilah bapa milenium atau bapa alaf baru memberi gambaran yang jelas tentang cabaran serta rintangan yang bakal dihadapi oleh bapa masa kini. Selaras dengan perkembangan teknologi dan pendedahan ilmu pengetahuan secara global, golongan bapa juga harus mempersiapkan diri dengan ilmu secukupnya bagi memastikan generasi akan datang mempunyai jati diri yang tinggi.

Justeru, dalam masa 40 minggu di mana anda dan pasangan menanti kelahiran bayi, akan ada beberapa ketika di mana suami memerlukan banyak kekuatan emosi untuk anda berdua.


Perubahan hormon

Perubahan pada tubuh pasangan anda serta tahap hormon yang sentiasa turun naik, mungkin akan menyebabkannya mengalami pelbagai jenis emosi. Suami perlu sentiasa di samping bagi memberi keyakinan pada isteri begitu juga dengan luahan perasaan suami apabila isteri berkelakuan sebegitu.

Ceritakan perasaan anda kepada isteri dan benarkan dia memberi anda sokongan emosi seperti mana yang anda lakukan untuknya.

Selain itu, pada proses kehamilan isteri, ramai lelaki mengalami kenaikan berat badan kerana rasa simpati terhadap pasangan mereka yang sedang hamil. Ini kerana melihat isteri yang turut menambah makanan sekali gus turut berkeinginan untuk berbuat demikian.
Bagi mengekalkan kesihatan dan berat badan, adalah
dinasihatkan untuk melakukan senaman bersama pasangan anda.


Senaman
Senaman mempunyai banyak kebaikan untuk kedua-dua ibu serta bayi dan anda juga boleh menjadi sihat di samping menghabiskan masa bersama pasangan dan bayi anda. Jika anda dapat memupuk satu budaya senaman keluarga sekarang, ia akan menjadi lebih mudah untuk anak-anak anda menjadi sihat pada masa hadapan.

Suami dan isteri juga boleh melakukan senaman antenatal yang sering dianjurkan oleh hospital-hospital bagi memberi panduan kepada bakal ibu dan ayah yang menanti kelahiran pertama.

Senaman ini juga mampu mengurangkan rasa takut bakal ibu dalam menghadapi saat melahirkan anak. Walaupun melahirkan anak hanya melibatkan kaum ibu, kehadiran bapa juga amat dialu-alukan bagi memberi sokongan dan sebagai tanda kasih selain mempelajari teknik menangani situasi genting yang bakal berlaku dengan kelahiran cahaya mata mereka.


Kesan rokok
Bagi suami yang merokok atau mengambil minuman beralkohol, ini adalah masa yang terbaik untuk anda berhenti.

Asap rokok mempunyai pelbagai kesan yang negatif kepada semua, sama ada dewasa, kanak-kanak atau bayi yang belum dilahirkan. Cuba sedaya upaya untuk menjauhkan pasangan anda dari tempat-tempat yang ada orang merokok serta pencemaran udara yang lain dan jangan benarkan tetamu merokok di rumah anda.


Persediaan mental
Selalunya bagi seorang bapa, kebapaan hanya akan menjadi kenyataan di saat bayi dilahirkan. Anda harus bersedia secara mental untuk segala yang bakal ditempuhi. Ini kerana kepesatan pembangunan teknologi maklumat serta pengaruh luaran memberi impak serta menjadi halangan bagi seorang bapa dalam mendisiplinkan bakal anak yang bakal dilahirkan.

Sehubungan itu, suami harus menimba ilmu kebapaan sebanyak mungkin bagi menyampaikan mesej yang berkesan kepada anak-anak. Ilmu bukan sahaja boleh diperoleh daripada seminar, buku, malah pandangan orang tua penting bagi menambahkan keilmuan di dada.
Perlu diingat, pada zaman moden ini, cabaran utama dalam dunia keibubapaan ialah aspek komunikasi. Kegagalan mewujudkan komunikasi yang berkesan boleh mencetuskan konflik. Jika dibiarkan ia akan menjejaskan keharmonian keluarga.


Proses pembesaran
Tidak dinafikan pengaruh elektronik memberikan kesan begitu mendalam terhadap anak-anak, terutama yang sedang mengalami proses pembesaran. Cabaran berkomunikasi ini sedikit sebanyak menjadi penghalang bagi seorang bapa untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada anak-anak secara berkesan. Ini kerana bahasa anak-anak pada zaman moden berbeza berbanding pada zaman anda remaja dahulu.

Sebagai contoh, dulu hanya menggunakan surat dengan penuh berhemah kepada ayah jika berkehendakkan sesuatu. Tetapi, kini cara tersebut berubah menjadi lebih mudah dengan adanya khidmat pesanan ringkas (SMS).

Walaupun untuk mengaplikasikan ilmu komunikasi ini masih lama tempuhnya bagi bapa yang menimbang anak pertama, namun adalah penting untuk bertatih dari sekarang dalam memperkayakan ilmu komunikasi ini.
Justeru itu, peranan bapa yang bukan sekadar sebagai menyediakan keperluan asas, tetapi lebih penting sebagai pemimpin yang memupuk persefahaman dan kesejahteraan dalam keluarga.

Dalam memenuhi tanggungjawab tersebut, seorang bapa akan berdepan dengan cabaran untuk menyeimbangkan dengan tuntutan kerjaya mereka.

Bagi menangani cabaran tersebut, bapa perlu bijak dalam meletakkan kepentingan mana yang perlu didahulukan berdasarkan kepada keperluan.

Begitu juga, ramai bakal bapa menjadi bingung apabila sedar akan implikasi terhadap kewangan mereka setelah mempunyai seorang anak. Memang sudah menjadi kebiasaan untuk kaum lelaki bekerja lebih masa bagi menambah pendapatan.

Namun, sedarkah bekerja lebih masa akan mengurangkan waktu untuk orang tersayang terutamanya bagi si kecil dan isteri yang baru melahirkan cahaya mata.


Wang atau kasih sayang!
Walaupun mempunyai wang yang lebih sedikit, tetapi tidak boleh membayarnya dengan kasih sayang dan masa yang diperuntukkan bersama tersayang. Oleh itu, satu penyelesaian harus dicari, wang atau kasih sayang!

Apa yang perlu anda buat ialah perbincangan dengan pasangan dalam membentuk satu belanjawan keluarga.
Di samping itu, masalah utama yang sering dihadapi ialah siapa yang akan menjaga si kecil. Jika tiada cara lain, mungkin demi kebaikan bayi anda, ada baiknya jika pasangan berhenti kerja buat sementara sehingga bayi membesar. Ini merupakan keputusan yang harus dibuat oleh pasangan anda sahaja, oleh itu beritahu pasangan anda tentang perasaan anda mengenainya dan kemudian biarkan dia yang membuat keputusan.
Selain itu, jika belanjawan anda terlalu ketat, korbankan aktiviti-aktiviti yang sering anda lakukan seperti pergi ke kelab, membeli belah di tempat yang mahal atau berhibur tanpa batasan.

Tidak dilupakan ialah menyediakan nama bayi yang bakal dilahirkan. Bagi orang Islam adalah lebih baik menamakan anak dengan nama yang mempunyai makna yang baik. Ini bagi mengelakkan berlakunya kemudaratan apabila dewasa kelak seperti diejek oleh rakan sekiranya namanya mempunyai makna yang buruk dan tidak baik.

Seeloknya rujuk kepada buku-buku yang menyediakan pelbagai pilihan nama yang baik maknanya.
Ada juga setengah orang yang ingin mengabungkan nama isteri dan suami. Walaupun nama itu menggambarkan suatu ikatan kukuh hubungan suami isteri sehingga lahirnya zuriat, tetapi penting di sini, harus mempunyai makna yang baik.

Jangan sehingga berlaku pergaduhan suami isteri dalam menentukan nama malah kadangkala ahli keluarga seperti mertua ingin memberi nama, maka perlu ada muafakat dan persetujuan bersama untuk menamakan si comel yang bakal menyerikan rumahtangga anda.



Alhamdulillah.
Hidayah

Wednesday, January 19, 2011

Petua & Amalan Mengandung

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim


Tun Zaleha Tun Hamzah 06 December 2010 at 19:19 Report
salam, pesan org tua-tua... ibu yang mengandung jangan jahit sendiri bantal dan tilam baby. Suruh mak atau org lain jahitkan ye.....

Tun Zaleha Tun Hamzah 12 November 2010 at 21:04 Report
InsyaAllah... rajin-rajin mengaji Quran... surah Yasin untuk kekuatan janin, surah Yusuf , surah Maryam....dan bila lagi 1 minggu nak bersalin buat air selusuh dengan di bacakan ayat Lau anzalna haazal Quran... dari surah AL Hasyr.Baca ayat Kursi selalu...Nanti dlm pantang, rajin-rajin berpantang.... berbarut, mandi daun, berurut, minum air akar kayu dll. Kalau dayah nak tanya ape-ape masalah bayi atau penjagaan ibu dlm pantang, sms je aunty, mana yang aunty tahu, bole di kongsi bersama. tel: XXXXXXX.

Tun Zaleha Tun Hamzah 12 November 2010 at 21:08 Report
Masa ni, selalu sapukan lotion atau cream pada perut... nanti kulit perut cantik.. tak pecah-pecah (birth mark). minum soya bean...makan vitamin, folic acid dan apa yang di sarankan by doc. Ikut doc dan tradisional....tak rugi...take care.



Alhamdulillah.
Hidayah

Nasihat & Pandangan: Set Bersalin

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

 Saya menghadapi masalah memilih Set Bersalin. Oleh itu saya meminta pandangan daripada beloved Aunty Leha..

Tŭn At-Terawis 12 January at 17:42
Assalammualaikum Aunty Leha,

Apa khabar? Alhamdulillah..
Dayah dah 29 minggu esok..

Apakah set bersalin yang sesuai untuk dipilih?
Dayah keliru.. Dayah bercadang nak menyusukan anak sepenuhnya hingga usia 2 tahun..

Dayah ada buat perbandingan sikit di
http://hidayahmk.blogspot.com/2011/01/set-bersalin.html

Dayah tak tahu nak pilih mana satu..

Boleh Aunty bagi pendapat dan pandangan Aunty untuk memudahkan Dayah membuat pertimbangan..

Love
Hidayah



Tun Zaleha Tun Hamzah 12 January at 20:25 Report
Aunty jaga dua-dua menantu aunty dlm pantang hingga habis. Aunty rasa nona Roguy pun okay. Cuma phytonatal tu jangan ambil kalau menyusukan baby. Ia nya untuk ibu mudah buang air besar, tapi kalau menyusukan, baby nanti cirit birit. So kalau dayah sembelit masa dlm pantang( selalunya begitu sebab ibu kurang minum air) dayah gantikan dengan Fibbogel. ada di jual di parmasi. Ianya selamat untuk ibu dan anak.

rempah akar herbanika okay, tapi baru-baru tu minum sekali sahaja, tengok badan dayah mcmane. kalau sesuai ok, kalau rasa panas cairkan , tambah air.Ianya elok untuk memanaskan badan, memulihkan urat-urat yang kembang.

Minyak herbanika: Kalau bayi dapat jaundice jangan pakai minyak ini. Gantikan dengan minyak gamat asli biasa. Minyak herbanika panas, takut jaundicenya berlarutan. Pakai minyak gamat untuk perut bayi dan kalau lelaki, sapu keliling buah pelir dia....hehe kena sensor.

Tengok baby dulu. kalau dia dapat jaundice biasa ok, tapi kalau doc check darah dia ada jaundice G6PD itu kita kena brhati-hati, jaga lebih tentang pemakanan ibu dan ubat-ubatan yang di gunakan.




Alhamdulillah.
Hidayah

Thursday, December 2, 2010

Petua Anak Berkulit Putih dan Bersih

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

Minum air soya setiap pagi, tengah hari, petang dan malam.
Pada kandungan 9 bulan, minum air kelapa setiap minggu.
Jangan lupa rajin-rajin setiap hari baca surah yusuf.


Alhamdulillah.
Hidayah

Thursday, October 21, 2010

Rancangan TV

Assalammualaikum

Saya ni suka sangat tengok TV, lebih-lebih lagi rancangan dan cerita kegemaran yang menarik perhatian saya.

Saya di rumah tiada Astro jadi nak tahu siaran rancangan TV, kena tengok surat khabar atau di internet.

Ok, jika nak tengok apa siaran rancangan TV setiap hari, buka laman web ini

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?sec=Rancangan_TV




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...