Nuffnang

Search This Blog

Forgiveness is one of the most distinguishing features of Ramadan. If we truly want Allah's love, mercy and forgiveness, we must remember that the pleasures in this world are transient, and we are working toward that which is permanent. Is it worth being bitter and stunting our growth? Will it really benefit us? Will our anger and bitterness change the person who has hurt us?

Let us use this Ramadan to open our hearts to those who have wronged us and forgive them as we beg Allah to forgive us..


Love a little more than what is necessary..
Work a little harder than what is required..
Be a little kinder than what is usual..
Give a little more than what u feel u can afford..
Stand in a prayer a little longer than what u intended..
Be a little more patient than what u feel u can handle..
It is that little extra effort sparked by sincerity in the heart
that makes your ordinary self extraordinary...


Remember the five simple rules to be happy:

1. Free your heart from hatred.
2. Free your mind from worries.
3. Live simply.
4. Give more.
5. Expect less.

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers
Showing posts with label Selepas Bersalin. Show all posts
Showing posts with label Selepas Bersalin. Show all posts

Monday, September 19, 2011

Menyembuhkan Luka Luaran dan Dalaman Selepas C-section

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim




A Caesarean section, (also C-section, Caesarian section, Cesarean section, Caesar, etc.) is a surgical procedure in which one or moreincisions are made through a mother's abdomen (laparotomy) and uterus (hysterotomy) to deliver one or more babies, or, rarely, to remove a dead fetus. A late-term abortion using Caesarean section procedures is termed a hysterotomy abortion and is very rarely performed. The first modern Caesarean section was performed by German gynecologist Ferdinand Adolf Kehrer in 1881.
A Caesarean section is usually performed when a vaginal delivery would put the baby's or mother's life or health at risk, although in recent times it has been also performed upon request for childbirths that could otherwise have been natural.[1][2][3] In recent years the rate has risen to a record level of 46% in China and to levels of 25% and above in many Asian and European countries, Latin America, and the United States.[4]http://en.wikipedia.org/wiki/Caesarean_section


Lutfir lahir secara C-section kerana besar 


AKIBAT LUKA C-SECTION YANG TIDAK DIJAGA DENGAN BAIK





CARA SAYA MEMPERCEPATKAN LUKA SEMBUH
  1. Sapu gel solcoseryl tiga kali sehari dan setiap hari
  2. Jangan angkat berat seperti beg tangan yang berat, beg berat, bakul kain baju, baldi berisi kain dan air, cerek air, dan apa saja yang berat. Dalam situasi saya, mengangkat bayi hampir 4-5kg adalah berat dan tidak digalakan, Tetapi takkan saya tak angkat bayi saya langsungkan? Jadi mak saya menasihatkan saya berniat dalam hati semasa setiap kali mengangkat anak. Niat supaya Allah menyembuhkan luka pembedahan setiap kali kita mengangkat anak. Sakit tolak ketepi.
  3. Ibu mertua menumbukkan untuk saya manjakani menjadi serbuk halus. Ambil satu sudu kecil KFC serbuk manjakani dan bancuh dengan 10ml air. Kemudian minum sampai habis. Minum sekali atau dua kali sehari. Manjakani bertujuan mengeringkan luka dan mengecutkan rahim.
  4. Minum gamogen satu jam sebelum makan malam & makan tengah hari setiap hari sebanyak 2 kali sehari.
  5. banyakkan makan makan buah oren sunkist atau minum jus oren. Kenapa perlu makan oren? Vitamin C kaya dalam oren dan Vit C mempercepatkan pembentukan tisu-tisu luka dalaman.
  6. Makan apa sahaja yang mengandungi ikan haruan.
  7. Jangan membongkok dan mencangkung. Berehat sebanyak yang boleh.
  8. Banyakkan makan makanan berprotein kerana protein bagus untuk pembentukan tisu-tisu. 

Sementara luka masih terasa sakit, boleh berurut untuk menyegarkan badan tetapi JANGAN kacau bahagian perut sebab takut tak sengaja terkacau bahagian jahitan.



Alhamdulillah.
Hidayah

Tuesday, August 16, 2011

Bagaimana saya menjaga luka pembedahan Caesaran

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

Pada 31 March 2011 saya selamat menjalani pembedahan secara Caesaran melahirkan permata hati Muhammad Lutfir Rahman. Panjang luka pembedahan adalah dalam 20 cm,

Saya akan berkongsi cerita bagaimana saya  menjaga luka pembedahan. Jadi bagaimana saya menjaga luka pembedahan?

Ketika di hospital selepas bersalin saya tidak mandi selama tiga hari kerana amat takut jahitan akan terkena air dan jahitan terbuka walaupun jahitan di lekat plaster. Saya hanya lap-lap badan mengunakan tuala dan air suam bersama air sabun. Selepas tiga hari plaster jahitan dibuka saya pun mandi. Selepas mandi saya lap dengan berhati-hati tempat luka dan saya letak kitchen tisu.

Semasa di hospital, saya tidak sedar jahitan saya dijangkiti kuman. Saya hanya menyedarinya selepas 2 mninggu bersalin itupun kerana jahitan berbau. Bagaimana boleh dijangkiti kuman dan berbau? Sebabnya jahitan berada di kawasan yang berlipat yang senang berpeluh dan tidak terdedah pada udara. Selain itu jahitan tidak dicuci dengan antiseptik dan hanya di lap dengan air suam.

Selepas keluar hospital, mereka tidak memberikan ubat cuci dan krim. Kita perlu beli sendiri. Dibawah ialah barang yang anda perlukan untuk menjaga dan mencuci luka pembedahan


BARANG DIPERLUKAN UNTUK MENJAGA LUKA
1. cotton ball
2. cecair antiseptik (saya punya cecair antiseptik warna pink. saya tidak pasti boleh pakai dettol atau tidak, sila minta nasihat doktor)
3. pengering rambut (beli jenama pensonic di mydin murah)
4. krim gamat atau gel solcoseryl
5. penegering rambut
6. kitchen tisu


CARA SAYA MENCUCI LUKA

  1. cuci kotoran dan sekeliling jahitan dengan air suam hingga bersih.
  2. Kemudian uci bahagian luka dengan pencuci antiseptik dengan berhati-hati. jika cuci sendiri, dapatkan cermin bersaiz A4 sebaiknya. cuci luka tiga kali sehari. jika boleh minta orang cucikan luka.
  3. Selepas cuci, keringkan bahagian jahitan dengan pengering rambut. Jangan gunakan kipas sebab sekiranya kipas tidak bersih, habisla habuk berterbangan dan melekat pada bahagian jahitan. Selain itu, kipas lambat kering, 
  4. Selepas kering, sapukan krim gamat/krim luka atau gel solcoseryl. Sapukan tiga kali sehari dan sapu rata-rata tetapi jangan banyak sangat. 
  5. letakkan tisu (jauh sikit dari luka jahitan) supaya tisu akan menyerap peluh. 
  6. boleh pakai bengkung yang mengunakan velcro (saya pakai selepas dua minggu pembedahan).
Saya mengunakan gel solcoseryl dan alhamdulillah selepas sebulan pakai jahitan bertaut kemas dan tiada parut buruk yang tinggal. Yang tinggal hanya satu line putih menandakan kesan luka pulih.


CARA SAYA MEMPERCEPATKAN LUKA SEMBUH

  1. Sapu gel solcoseryl tiga kali sehari dan setiap hari
  2. Jangan angkat berat seperti beg tangan yang berat, beg berat, bakul kain baju, baldi berisi kain dan air, cerek air, dan apa saja yang berat. Dalam situasi saya, mengangkat bayi hampir 4-5kg adalah berat dan tidak digalakan, Tetapi takkan saya tak angkat bayi saya langsungkan? Jadi mak saya menasihatkan saya berniat dalam hati semasa setiap kali mengangkat anak. Niat supaya Allah menyembuhkan luka pembedahan setiap kali kita mengangkat anak. Sakit tolak ketepi.
  3. Ibu mertua menumbukkan untuk saya manjakani menjadi serbuk halus. Ambil satu sudu kecil KFC serbuk manjakani dan bancuh dengan 10ml air. Kemudian minum sampai habis. Minum sekali atau dua kali sehari. Manjakani bertujuan mengeringkan luka dan mengecutkan rahim.
  4. Minum gamogen satu jam sebelum makan malam & makan tengah hari setiap hari sebanyak 2 kali sehari.
  5. banyakkan makan makan buah oren sunkist atau minum jus oren. Kenapa perlu makan oren? Vitamin C kaya dalam oren dan Vit C mempercepatkan pembentukan tisu-tisu luka dalaman.
  6. Makan apa sahaja yang mengandungi ikan haruan.
  7. Jangan membongkok dan mencangkung. Berehat sebanyak yang boleh.
  8. Banyakkan makan makanan berprotein kerana protein bagus untuk pembentukan tisu-tisu. 


Saya harap pengalaman saya ini dapat membantu anda.
Terima kasih.



Alhamdulillah.
Hidayah

Set Asas Pengurusan Uri

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim


Semasa sedang memeriksa statistik blog saya hidayahmk.blogspot.com, saya terlihat artikel saya bertajuk "cara menanam uri" dipaut oleh kedai online mypermatahati.com.

Saya lihat kedai ini menjual Set Asas Pengurusan Uri. Baguskan? Saya rasa set ini memudahkan kita menguruskan uri kerana kita perlu ingat menguruskan uri tidak boleh dilambat-lambatkan.

BAGUS SET INI. KENAPA?

Set ini semuanya ada seperti garam, asam jawa, sarung tangan, kain bungkus dan periuk tanah. Jadi dengan harga RM 35.00 amat menjimatkan masa, kos dan minyak kereta.

Anda tidak perlu ke merata banyak kedai untuk membeli pelbagai barang seperti kain putih, sarung tangan dan sebagainya. Semua disediakan dengan hanya membayar RM35.00 dalam satu set.

Anda boleh beli set pengurusan uri ini disini http://mypermatahati.com/shop/?p=productsMore&iProduct=197&sName=Set-Asas-Pengurrusan-Uri--SPU001








Alhamdulillah.
Hidayah

Saturday, March 12, 2011

Mengaqiqahkan Anak

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim


1.       MENGAQIQAHKAN ANAK
  • Untuk mensyukuri kelahiran anak, agama menganjurkan untuk mengadakan acara kesyukuran.
  • Bapa hendaklah mengaqiqahkan anaknya dan sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7 hari.
  • Aqiqah amat penting, menurut keterangan ulama, hukumnya adalah "Sunat Muakkad". 
  • Dengan aqiqah akan menjadikan anak dapat memberi pembelaan (syafaat) kepada orang tuanya pada hari qiamat.
  • ·Menyembelih 2 ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi  anak perempuan.
  • Sebelum dilakukan penyembelihan aqiqah terlebih dahulu melakukan pencukuran rambut bayi. Kemudian rambut ditimbang dan nilai rambut disedekahkan pada fakir miskin.
  • Rasulullah S.A.W bersabda : Maksudnya : "Setiap anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya  yang disembelih pada hari ke tujuh kelahirannya,  diberikan nama dan dicukur rambutnya".  Riwayat abu Daud.
  • Daging aqiqah digalakkan di masak gulai manis dan tulangnya tidak dipatahkan.
  • Sabda Rasululah (hadis riwayat al-Baihaqi): “Dari Aisyah r.a yang sunat dua ekor kambing yang sekupu (sama besar) untuk bayi lelaki dan bayi perempuan seekor dimasakkan secara berangkai-rangkai dan jangan dipatah-patahkan”
  • Dari Samrah bin Jundub r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda (hadis riwayat Abu Daud): “Tiap-tiap bayi itu tergadai dengan aqiqahnya. Disembelih kambing atau biri di hari yang ketujuh dan dicukurkan rambut serta diberi nama ke atasnya”

HIKMAH MELAKUKAN AQIQAH
  1. Sebagai bukti dari perasaan gembira, kerana diberi kekuatan oleh Allah untuk menjalankan syariat Islam serta dianugerah anak, serta mempunyai harapan agar anak tersebut akan mengabdikan dirinya kepada Allah.
  2. Membiasakan berkorban bagi orang tua, demi kepentingan anak yang baru lahir.
  3. Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberikan syafaat kepada orang tua mereka kelak.
  4. Melindungi daripada syaitan sehingga setiap anggota tubuh aqiqah berguna untuk menebus seluruh anggota tubuh bayi.
  5. Pada waktu memotong aqiqah juga hendaklah diucapkan seperti pada waktu memotong korban iaitu membaca Bismillah.
  6. Lebih utama memasak aqiqah itu dan tidak diberikan dalam keadaan mentah. Untuk memudahkan para fakir miskin untuk menikmatinya dan ini lebih terpuji.
  7. Umur binatang aqiqah yang disembelih adalah sesuai dengan yang diperintahkan, sihat dan tidak cacat.
  8. Tidak sah apabila dilaksanakan secara bersama-sama oleh beberapa orang dengan seekor kambing.
  9. Sebaik aqiqah itu berbentuk kambing, walaupun ada juga yang menyembelih seekor unta, lembu atau kerbau.
  10. Diutamakan memotong aqiqah atas nama bayi. Rasulullah SAW bersabda, "Sembelihlah atas namanya". Ertinya diniatkan atas nama bayi dengan mengucapkan nama Allah.
  11. Penyembelihan terbaik dilakukan sesudah matahari terbit.
  12. Sesuatu yang terpuji pada pemotong aqiqah adalam sama terpuji pada pemotong qorban iaitu, dagingnya disedekahkan. Yang baik ialah dibahagi 3 iaitu sebahagian dimasak sendiri, sebahagian dihadiahkan dan sebahagian lagi disedekahkan.
  13. Tidak diperkenankan menjual kulit aqiqah atau dijadikan bayaran penyembelihan. Harus disedekahkan atau diambil untuk keperluan orang yang mengadakan aqiqah.
  14. Bagi seseorang yang mengetahui bahawa orang tuanya belum melakukan aqiqah untuknya, maka dianjurkan untuknya melakukan aqiqah, seperti Nabi telah melakukan aqiqah untuk dirinya setelah diangkat menjadi Rasul. 
  15. Sebelum dilakukan penyembelihan aqiqah terlebih dahulu melakukan pencukuran rambut bayi. Kemudian rambut ditimbang dan nilai rambut disedekahkan pada fakir miskin.



Alhamdulillah.
Hidayah

Senarai barang masakan semasa pantang untuk dibeli

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

Ini senarai barang kering dan basah untuk dimasak semasa pantang oleh mak. Senarai ini akan memudahkan  suami buat pembelian dan buat bajet duit.

Kemudian untuk memudahkan tugas mak, saya akan usahakan mengasingkan bahan basah seperti ikan, daging dan ayam kepada beberapa bahagian plastik-plastik kecil. Ini memudahkan mak bila nak masak, ambil je. Tak perlu nak siang, potong dan sebagainya.

Saya cuba usahakan untuk mengisar lada hitam, bawang merah dan bawang putih. Bawang putih, bawang merah dan lada hitam akan diasingkan masuk dalam bekas masing-masing. Ini akan mempercepatkan tugas memasak mak.



SENARAI BARANG MASAKAN UNTUK DI BELI
PANTANG 44 HARI = 6 MINGGU 2 HARI

BAHAN KERING
BELI UNTUK SEBULAN TERUS

BAHAN
KUANTITI
LADA HITAM
1 PAKET
LADA PUTIH
1 PAKET
KAYU MANIS
1 PAKET
CENGKIH
1 PAKET
BIJI KETUMBAR
1 PAKET
BIJI SAWI
1 PAKET
BUAH PELAGA
1 PAKET
BIJI HALBA
1 PAKET
ASAM KEPING
1 PAKET
ASAM JAWA
2 PAKET BESAR
KICAP MANIS
1 BOTOL BESAR
SUP BUNJUT
5 PAKET
SUUN
3 PAKET
GULA KABUNG
5 KETUL
MINYAK BIJAN
1 BOTOL KECIL
MINYAK ZAITON
1 BOTOL KECIL
JINTAN MANIS
SUDAH ADA
JINTAN PUTIH
SUDAH ADA


BAHAN MASAKAN BASAH
BELI UNTUK SEBULAN TERUS ATAU SEMINGGU SEKALI

BAHAN
KUANTITI
AYAM KAMPUNG
2 EKOR / 4 EKOR
DAGING BATANG PINANG
1 KG
IKAN SELAR KUNING
1 KG
IKAN TENGGIRI
1 KG
IKAN SELAR
1 KG
IKAN BAWAL PUTIH
1 KG
IKAN SENANGIN
1 KG
IKAN JENAHAK
1 KG
IKAN MERAH
1 KG
IKAN KURAU
1 KG
IKAN HARUAN
1 KG

NOTA: Bahan di atas harus di asing-asingkan bagi mengelakkan dari dinyahbekukan berulang kali. Contoh: 6 ketul ayam di dalam 1 bungkusan/ 4 potong ikan dalam 1 bungkusan dan seterusnya.


BELI UNTUK SEBULAN TERUS

BAHAN
KUANTITI
HALIA MUDA
1 KG
HALIA TUA
2 KG
KUNYIT HIDUP (ibu kunyit)
1 KG
LENGKUAS
2 KG
SERAI
15 batang
SERAI WANGI
15 batang


BELI SEMINGGU SEKALI

BAHAN
KUANTITI
DAUN LIMAU PURUT
1 ikat
DAUN PUDINA
1 ikat
DAUN PANDAN
BELAKANG RUMAH
DAUN PISANG
BELAKANG RUMAH


SAYURAN DAN ULAM
BELI SEMINGGU SEKALI

BAHAN
KUANTITI
ULAM PEGAGA
2 IKAT
SAYUR SAWI
1 IKAT
LOBAK PUTIH
3 BATANG
LOBAK MERAH
2 BATANG
UBI KENTANG
5 KETUL


SAYUR BOLEH DIMAKAN SEMASA PANTANG
UBI KENTANG
PERIA
LOBAK PUTIH
SAWI
LOBAK MERAH



ULAM BOLEH DIMAKAN SEMASA PANTANG
PUCUK PEGAGA
DAUN CEKUR
DAUN KESUM
PUCUK MENGKUDU
DAUN TURI
DAUN PUDINA
PUCUK ULAM RAJA
DAUN LEMUNI HITAM
DAUN BEBUAS
LEMPUYANG
DAUN KADUK
DAUN RUKU
JANTUNG PISANG
DAUN SEKENTUT
DAUN CEMUMAR




Alhamdulillah.
Hidayah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...