Nuffnang

Search This Blog

Forgiveness is one of the most distinguishing features of Ramadan. If we truly want Allah's love, mercy and forgiveness, we must remember that the pleasures in this world are transient, and we are working toward that which is permanent. Is it worth being bitter and stunting our growth? Will it really benefit us? Will our anger and bitterness change the person who has hurt us?

Let us use this Ramadan to open our hearts to those who have wronged us and forgive them as we beg Allah to forgive us..


Love a little more than what is necessary..
Work a little harder than what is required..
Be a little kinder than what is usual..
Give a little more than what u feel u can afford..
Stand in a prayer a little longer than what u intended..
Be a little more patient than what u feel u can handle..
It is that little extra effort sparked by sincerity in the heart
that makes your ordinary self extraordinary...


Remember the five simple rules to be happy:

1. Free your heart from hatred.
2. Free your mind from worries.
3. Live simply.
4. Give more.
5. Expect less.

Lilypie Maternity tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Friendship tickers

Tuesday, March 29, 2011

Wad 5A 27

Assalammualaikum

Kini saya bermalam di bilik 5A 27 di hotel hospital selayang. Sungguh merdu mendengar suara bayi-bayi yang baru dilahirkan.

Tidak sabar melihat permata hati Ummi dan Ayah ini esok.

Dipenghujung trimester, banyak pula dugaan dan komplikasi semasa mengandung. Tidak mengapala, yang penting anak Ummi ini Ummi tahu dia sihat. Apalah sangat Ummi berkorban demimu.

Insyaallah pukul 6.00 pagi esok saya akan diberi induce.

Doakan semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah. Doakan saya selamat bersalin.

Amin.

Hidayah
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Bilik Hotel 5A 27

Assalammualaikum

Kini saya bermalam di bilik 5A 27 di hotel hospital selayang. Sungguh merdu mendengar suara bayi-bayi yang baru dilahirkan.

Tidak sabar melihat permata hati Ummi dan Ayah ini esok.

Dipenghujung trimester, banyak pula dugaan dan komplikasi semasa mengandung. Tidak mengapala, yang penting anak Ummi ini Ummi tahu dia sihat. Apalah sangat Ummi berkorban demimu.

Insyaallah pukul 6.00 pagi esok saya akan diberi induce.

Doakan semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah. Doakan saya selamat bersalin.

Amin.

Hidayah
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Berjimat untuk masa depan

Assalammualaikum

Saya bersyukur dan berterima kasih kerana mendapat ilmu tentang penyusuan ibu sepenuhnya, cloth diapers, nursing wear dan lain-lain daripada rakan-rakan dan website seperti SaraKids, Lunatots, LittleKhalis, Adrinis dan banyak lagi.

Ini sebagai persediaan apabila anak ini lahir.


1. SUSU IBU
Saya banyak mendapat pendedahan tentang susu ibu melalui pembacaan buku, internet dan melihat rakan saya Sharini. Sejak melihat kesungguhan Sharini, saya bercita-cita ingin menyusukan anak saya kelak sepenuhnya hingga 2 tahun. Alhamdulillah suami menyokong dan memberi galakan.

Saya dan adik-beradik minum susu formula semasa kecil kerana menurut mak, beliau tak banyak susu. Munkin semasa zaman mak, pendedahan dan galakan tentang memberi susu ibu kurang tidak seperti sekarang.

Sejak lawatan berjumpa doktor di Hospital Selayang, banyak maklumat dari risalah di sana tentang laktasi telah membuka minda suami. Paling mengembirakan, suami mengajak saya survey deep freezer untuk penyimpanan susu ibu untuk anak kami kelak. Sebelum ini jika saya suarakan tentang niat nak beli deep freezer, suami katakan tak perlu dan gunakan saja peti ais sedia ada. Tapi kini, saya bangga suami telah mempunyai pendedahan tentang laktasi sebelum anak kami lahir.

Suami juga yang telah membiayai kos membeli breastpump dan segala peralatan aksesori breastpump. Terima kasih sayang. Suami saya bukanlah seorang yang rajin mencari maklumat, cara saya menyampai keinginan membeli ialah dengan mencari seberapa banyak maklumat dan ceritakan padanya kenapa penting saya perlukan sesuatu itu.

Jadi beliau tahu ini penting untuk kesihatan anaknya, boleh menjimatkan beribu-ribu ringgit, mengeratkan hubungan ibu dan anak dan baik juga untuk kesihatan isteri. Jadi duit boleh disimpan dan digunakan untuk pendidikan anak kami kelak dan hal-hal lain.

Suami juga memberitahu, beliau juga bercerita pada rakan-rakan di tempat kerja yang belum berkahwin supaya apabila ada anak nanti, galakkan isteri menyusukan anak sepenuhnya. Syabasla! Benda baik apa salahnya dihebahkan. Lagipun dalam islam memang menganjurkan menyusukan anak hingga usia 2 tahun.

Suami bercerita ada antara rakannya yang dah berkahwin bersikap negatif pada penyusuan ibu setelah mereka tersilap membeli breastpump yang salah, susu tiada dan melihat isteri kesakitan. Saya rasa mereka ini kurang pengetahuan tentang penggunaan breastpump dan penyusuan ibu. Masalah-masalah ini perlu banyak bertanya pada yang pakar dan berpengalaman. Tapi sayang mereka cepat putus asa.


2. CLOTH DIAPERS
CD saya tahu pertama kali sewaktu melihatnya dibazaar di lobi Menara TM. Sewaktu itu saya terkejut 'beruk' harga satu CD ialah RM60-80 satu pasang. Waktu itu saya tidak tahu kenapa benda ini boleh semahal itu dan rasa tak munasabah. Saya saja-saja bertanya dan tidak pasti jenama apa yang mereka jual.

Saya juga tidak tahu ketika itu tentang kebaikan CD boleh menjimatkan beribu-ribu ringgit daripada penggunaan dan pembelian pampers untuk masa panjang dan boleh mengurangkan ruam lampin, menjimatkan air, menjaga alam sekitar daripada pembuangan pampers, memudahkan mendidik anak berak ditandas dan tahan lama.

Saya tergerak hati membeli setelah membaca tentang pengalaman mengunakan CD oleh pemilik Lunatots. Saya tidak membeli jenama Lunatots. Saya membeli jenama NiceClothDiapers dengan harga RM35 untuk dua inner yang boleh digunakan untuk newborn dan sehingga besar. Tapi kerana saya membeli lebih, saya dapat harga murah.

Seperti kebaikan susu ibu, suami juga bercerita tentang CD kepada rakan-rakannya. Menurut rakannya, memang ramai yang tidak pernah dengar tentang CD. Mereka hanya tahu pampers dan kain lampin sahaja.

Saya akan kongsikan pengalaman mengunakan CD pada anak saya kelak ya.


3. BPA FREE BOTTLE
Baru-baru ini kerajaan telah mengharamkan botol-botol yang bukan BPA free daripada dijual. Ramai juga yang panik nak tukar ke BPA free botol. Sebenarnya rakyat Malaysia ni masih ramai yang kurang pengetahuan tentang botol BPA free ini. Mereka tidak tahu kesan buruk botol polikarbonat.

Jadi saya sarankan, melaburlah sedikit untuk kesihatan anak-anak. Banyak jenama yang boleh dipercayai seperti avent, tommie tippie dan banyak lagi.

Saya sedar kita rakyat Malaysia bab kesihatan kurang perihatin. Tapi kalau bab pakaian dan aksesori berjenama dan mahal-mahal kita tidak lokek berbelanja.


Alhamdulillah bernasib baik dapat gaji bekerja sambilan tepat pada masanya. Jadi duit itula digunakan untuk membeli keperluan anak dan selebihnya simpan.

Ibu bapa tidak berkira menyediakan yang terbaik untuk anak-anaknya. Kadang-kadang terfikir anak-anak sering berkira berbakti pada ibu bapa mereka. Nak memberikan duit pun berkira. Nak membantu ibu bapa melakukan sesuatu pekerjaan apabila diminta pun berkira dan liat melakukan. Oh, minta maaf terpesong pula..cuma terfikir. Bukankah tanggungjawab anak menjaga kebajikan ibu bapa mereka. Sekadar renungan.


Alhamdulillah.
Hidayah
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saya...artis!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, March 28, 2011

Tabiat Membaca

Assalammualaikum

Saya rasa hasrat rakan saya bernama Sharini supaya saya berblog telah tercapai. Saya masih ingat dulu puas dia ajak saya supaya menulis blog tetapi saya mengatakan padanya saya hanyala 'silent reader'. Kini, saya macam banyak pula ceritanya nak ditulis dalam blog berbanding dulu kehidupan sebelum kahwin yang bosan kut. Hehehe

Saya suka membaca? Ya, saya suka membaca. Membaca teks yang panjang berjela suatu kebiasaan dan mudah bagi saya. Saya faham ada segelintir yang tidak suka baca teks panjang berjela dan memerlukan masa yang panjang untuk memaham dan menghadam kandungan teks. Cepat bosan hingga putus asa nak habiskan baca teks yang panjang.

Membaca adalah tabiat yang perlu di pupuk sejak kecil dan teknik membaca ini perlu diasah dengan banyak membaca. Jika kita kurang membaca otak kita lambat menghadam dan menghabiskan bacaan teks walaupun panjangnya satu atau dua helai kertas A4. Jadi banyakkan membaca.

Suami saya seorang yang kurang gemar membaca. Jenuh juga saya menarik minatnya supaya membaca terutama buku yang berilmiah. Sebab membaca komik tidak sama dengan membaca bahan ilmiah. Bukan saya nak mengatakan komik itu membuang masa cuma molek rasanya jika kita sesekali membaca bahan bacaan ilmiah supaya makin banyak ilmu didada.

Bagaimana saya minat membaca? Saya minat membaca kerana mak dan abah saya. Semasa abah belajar di ITM, Shah Alam, abah sering bawa saya ke perpustakaan. (Geli hati tak? Yela..bawa anak pergi belajar hehehe) dan mak pula suka belikan saya buku. Mak dan abah juga walaupun bukan seorang yang membaca satu buku satu hari tetapi mereka suka membaca. Jadi pengaruh, didikan dan contoh teladan daripada mereka menyebabkan saya suka membaca dan suka buku.

Semasa saya meningkat remaja iaitu ketika saya darjah enam, saya mula minat membaca majalah hiburan dan majalah kartun. Saya tidak ingat siapa pengaruh ketika itu. Tapi, saya masih ingat saya dimarahi mak dan abah serta ditampar oleh abah kerana dua jenis bahan bacaan itu. Abah cakap sia-sia menghabiskan duit membeli majalah seperti itu dan hanya orang tidak berilmu suka baca bahan bacaan macam itu. (Saya minta maaf jika ada yang berkecil hati, ini cuma pendapat peribadi abah saya).

Abah saya ni bukanla seorang yang suka marah, malah jarang marah. Tapi apabila dah marah, memang memberi kesan menusuk kalbu dan kesilapan tidak akan diulang lagi. Tapi, kenapa cara didikan ini tidak dibuat pada adik-adik saya kini supaya mereka tidak ulang kesilapan mereka buat. Semakin berusia, semakin lain pendekatan abah saya. Sejak peristiwa itu, saya buang semua majalah kartun dan hiburan. Saya juga tidak teringin membeli bahan bacaan seperti itu. Saya rasa rugi setiap sen yang dikeluarkan jika membeli bahan bacaan seperti itu.

Bagaimana memupuk minat membaca suami? Saya banyak tunjukkan kebaikan apabila kita membaca dan kenapa orang suka membaca itu istimewa. Memang sukar memupuk sikap membaca pada suami dan hingga kini belum benar-benar berubah. Tapi, saya sudah nampak dia membaca tentang amalan semasa dan selepas mengandung dan kaedah mendidik anak. Satu kemajuan yang baik. Ada juga dia mendapat galakan daripada rakan-rakannya sendiri dan kata-kata motivasi di TV, iklan di surat khabar dan lain-lain. Salah satu cara memupuk minat membaca ialah tidak putus asa mendorong dia dan memberikan cerita-cerita yang sesuai dengan minat suami selain berdoa. Jangan berleter, marah dan paksa sebab nanti dia cepat bosan.

Saya berdoa agar anak-anak saya kelak suka membaca. Membaca bukan sahaja mengisi masa lapang tetapi jika kita suka membaca akan memudahkan proses pembelajaran semasa di sekolah dan di universiti.

Saya berterima kasih sebab didikan mak abah menyebabkan saya suka membaca dan suka pada buku. Kini, hadiah paling berharga pada saya untuk diberikan pada orang ialah buku. Kadang kala kecil hati juga ada segelintir yang tidak menghargai pemberian buku dari saya.

Alhamdulillah
Hidayah
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Terima kasih

Assalammualaikum

Saat ini sedang baring disisi suami yang lena tidur. Kasihan suami tak cukup tidur dah beberapa minggu. Saya sering terbangun beberapa kali ditengah malam kerana perut sakit, nak tukar posisi tidur, tiba2 rasa panas, perut mengeras, lapar, buang air, kesejukan, batuk teruk, semput sesak nafas, pening kepala, dan macam2. Tiap kali bangun, suami turut terbangun untuk memastikan saya tidak apa-apa.

Saya hargai pengorbanannya yang tidur pun ruang katil dah sempit kerana perut saya membesar. Tak tidur berasingan tilam sebab tak mahu saya keseorangan. Saya hargai pengorbanan dia menyidai kain untuk saya sebab saya tak mampu nak memanjat ampaian kain yang tinggi. Saya hargai pengorbanan dia yang cuba memasak untuk saya apabila dia berkesempatan kerana kasihan melihat saya keletihan atau membantu saya dengan memasak bersama-sama di dapur. Saya hargai pengorbanan dia yang menyediakan air suam dan memandikan saya apabila saya tidak sihat..jatuh sakit sepanjang mengandung ini. Saya hargai pengorbanan dia menyuapkan saya makanan seperti anak kecil ketika saya sakit. Saya hargai pengorbanan dia yang sama-sama membantu membersihkan rumah dan bersabar dengan saya yang cerewet bab kebersihan rumah. Saya hargai pengorbanan dia yang cuba membantu saya dan meringankan beban kerja-kerja dirumah saat saya mengandung.

Tiada manusia yang sempurna. Walaupun kekadang seorang suami membuat kerja tidak sama sempurna hasilnya seperti seorang isteri yang lakukan. Tapi, saya bersyukur kerana dia sanggup meringankan tulang menghulurkan bantuan kepada saya. Itula cara dia memberitahu yang dia sayang dan cintakan saya, isterinya.

Caranya saya membalas budi suami ialah dengan memasak untuknya. Saya cuba sediakan bekal makanan untuknya ke tempat kerja untuk kerja pagi atau malam. Saya bangun awal subuh supaya sempat memasak untuknya. Saya cuba memasak makanan yang teringin dimakannya dan dimintanya. Saya cuba belajar daripada ibu mertua supaya masakan kena pada tekaknya. Saya berkongsi kesusahan sama-sama dalam penyediaan barang untuk bakal anak kami. Saya cuba buat apa yang termampu sebagai seorang isteri, sahabat dan teman hidup. Saya sentiasa mengingatkan diri saya agar tidak meminta-minta perkara yang menyusahkan hati suami dan diluar kemampuan dia. Saya rasa sedih tidak dapat menghilangkan sakit dan letih dibadannya dengan memicit. Saya rasa sedih melihat suami penat kerja Isnin hingga Ahad, shift siang atau malam tetapi ada orang yang tidak faham. Saya rasa bersalah kadang-kadang saya terleka dengan kepenatan sendiri, saya terleka memastikan uniform kerja suami lengkap. Saya tahu, mengandung bukanla alasan tetapi kepenatan dan emosi pembawakan budak semasa mengandung kadang-kadang terbawa-bawa.

Saya berterima kasih padanya. Pada minggu-minggu terakhir saya mengandung ini, suami sering mengambil cuti untuk menemani saya ke hospital. Sepanjang saya mengandung ini, sepanjang pergi pemeriksaan di klinik dan hospital, hanya sekali dia tidak dapat menemani saya. Saya hargai pengorbanannya yang sentiasa disisi saya. Saya bersyukur jika dibandingkan dengan wanita lain yang datang pemeriksaan perut ketika mengandung seorang diri di klinik, saya sentiasa hadir bersama suami.

Saya sedar, susah nak dapat suami seperti ini. Saya sedar suami saya banyak berubah ketika sebelum kahwin, semasa baru berkahwin dan kini. Walaupun dirinya ada juga kekurangan seperti diri saya yang banyak kekurangan. Kami sama-sama menasihati dan belajar untuk menjadi suami dan isteri yang terbaik. Saya umpama ibu kepadanya kini. Biasalah dalam rumahtangga ada ketikanya kami bertekak, bergaduh, menangis, emosi tak tentu pasal, merajuk, bergurau senda, rindu rinduan dan macam-macam. Ini membuatkan kami lebih saling kenal mengenali. Walaupun dah kawan 5 tahun sebelum kahwin, tetap tak sama selepas tinggal sebumbung tidur sekatil.

Saya pernah bertanya apakah hadiah yang diinginya, dia kata anak yang dikandungkan oleh saya ialah hadiah buatnya.

Saya sayang sangat padanya..cinta saya hanya untuknya.

Saya minta maaf jika kadang-kadang sikap cerewet saya terlebih-lebih di dalam bab kebersihan dan kekemasan.

Sayang Muhammad Hafiz.. Terima kasih sayang.. I LOVE YOU!


(Ini hanyalah luahan hati saya..tidak berniat untuk menunjuk..tidak salah saya memberikan penghargaan pada suami dalam tulisan ini.. Harapan saya tulisan ini akan dibaca oleh anak-anak kelak)


Alhamdulillah
Hidayah
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, March 24, 2011

Ummi..suspen!

Assalammualaikum

Saya due 31 Mac 2011 dan sehingga kini beberapa perkara buat saya suspen, false alarm dan susah hati!


1. Anak Ummi tak bergerak
Pada kandungan 37 minggu dan beberapa hari.. Anak Ummi dalam perut ni tak aktif. Gerakan kurang 10 kali dari 9am-9pm. Macam2 Ummi lakukan untuk buat anak Ummi bergerak, tetapi anak Ummi senyap seperti tidur sangat lena. Tapi denyutan jantung normal setelah periksa di Hospital Selayang keesokan harinya. Alhamdulillah semua normal air ketuban cukup, tali perut tak terbelit, dan semua normal! Cuma pada hari itu, anak Ummi tidak bergerak. Doktor Elyana suruh Ummi sambung kira gerakan hingga pukul 9pm dirumah. Dan suprise!!! Petang hingga malam..anak Ummi gerak-gerak banyak lebih 10 kali. Tendang..gerak sampai senget-senget..benjol-benjol perut Ummi. Ummi sangatla gembira! Lega..hilang segala risau dihati! Alhamdulillah..


2. Perut sakit dari selepas maghrib hingga tengah malam
Lama betul perut saya sakit hingga buat semua orang suspen! Mak ingat saya nak beranak dah sebab sakit lama sangat. Suami pun yang dah siap nak pergi kerja terpaksa amik cuti malam tu (shift malam). Semua bergegas ke Hospital Selayang. Selepas disoal siasat oleh Doktor, saya diperiksa itu dan ini. Memang perut sangat keras masa tu. Yang bestnya, Doktor Amir yang berpakaian uniform bedah terus tanya. Twin ke ni? Memang perut saya sangat besar macam mengandung kembar. Saya senyum dan jawab, single (singleton). Selepas diperiksa itu dan itu, lama-kelamaan dengan perlahan-lahan perut sakit berkurangan dan perut tidak mengeras lagi. Doktor cakap contraction ada tetapi sedikit. Okay, memang false alarm. Saya memang risau sebab mengandung anak sulung, jadi apa pun saya tak mahu ambil remeh. Jika sesuatu berlaku, tak ke sedih kan. Alhamdulillah tiada apa yang buruk berlaku.


3. Batuk sampai..
Masa kandungan 38 minggu 5 hari saya batuk semula dengan tiba-tiba takda ribut takda taufan. Teruk batuk hingga saya terkencing sedikit. Terkencing tak mengapa sebab semasa mengandung 1st dan 2nd Trimester memang saya batuk teruk, jadi dah biasa. Dah masuk akhir 3rd Trimester, batuk saya baik. Yang buat saya susah hati sampai tak lena tido dan terjaga pukul 2.30 pagi hingga tak dapat tido hingga siang sebab malam tadinya saya bangun je dari katil, deras air mengalir di celah kelangkang saya bersama lendir. Air takda bau pula tu. Dalam otak saya dah fikir air ketuban..masa tu saya happy juga rasa sebab dah nak beranak. Kemudian mak lap dan saya mandi dan mak suruh tunggu dulu, kalau banyak lagi keluar, baru terus pergi hospital. Tapi tak pergi Hospital sebab tak rasa sakit perut dan air tak mengalir lagi. Siangnya sebab risau sangat, ajak suami pergi Hospital dan suami terpaksa amik cuti lagi. Semasa dalam perjalanan perut pun sakit lagi. Sampai di Hospital Selayang, setelah diperiksa itu dan ini, doktor cakap itu munkin air kencing tidak berbau bercampur lendir tanda nak bersalin. Doktor scan, semuanya alhamdulillah dalam keadaan baik.


4. Sakit lagi..
Balik dari Hospital selepas periksa sebab air mengalir, air ada sikit2 mengalir lagi. Hurm, tapi saya positifkan takda apa-apa. Saya sakit dicelah kelangkang dan bawah, jalan pun sakit. Aduhai. Malamnya, saya sakit memulas..nak berak takda. Tapi air masih mengalir sikit-sekejap-sekejap dan lendir pun keluar juga. Saya terasa kaki baby macam menolak. Bahagian bawah pun sakit. Mak kata baby tengah praktis nak keluar. Saya gelak jela sebab saya tak tahu nak cakap apa-apa.. Saya keliru pun ada sebab dah selalu. Jadi bila sakit, saya bernafas dengan sebaiknya dan suami urut pinggang yang sakit. Hingga kini, air mengalir sikit-sikit lagi.


5. Darah?
Semasa dalam bilik mandi oleh kerana tak larat diri lama-lama. Saya mandi duduk di jamban duduk. Tiba-tiba saya terasa ada benda mengalir sikit, tahu apa? Darah. Sikit je, dan lagi saya tak rasa sakit pun. Saya mengelabahla juga sebab darah apa pula ni sebab lendir takda. Saya cuci dan selepas itu minta suami tengokkan. Dia kata takda apa pun. Selepas itu tiada lagi darah pernah keluar.


Itula perkara-perkara terjadi pada saya. Lendir setakat ini dah keluar sikit-sikit 4 kali. Air pula keluar sikit-sikit dah. Saya tunggu masa benar-benar sakit dan tanda-tanda bersalin benar-benar jelas baru akan ke Hospital Selayang.


Hari ini dah 39 minggu mengandung. Ada seminggu lagi 31 mac 2011, jika tak bersalin juga doktor akan induce saya sebab dengan sedihnya saya dapat kencing manis pada akhir mengandung ini. :( Jadi saya perlu masuk wad awal.


Doakan saya bersalin sebelum kena induce ya!
Dan selamat bersalin ya! Amin.


Hidayah

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, March 21, 2011

Adrini's Nursing Wear in Safiyya, TV9

Assalammualaikum

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah pada kawan bekas sepejabat saya Sharini kerana rangkaian Adrini's Nursing Wear disiarkan di rancangan Safiyya di TV9, Malaysia!  Boleh layari http://www.adrinis.com/blog

Semoga Allah terus mempermudahkan perjalanan perniagaannya. Dalam islam pun punca utama rezeki ialah dari perniagaan jika kita berusaha.

Kenapa saya nak cerita tentang "Adrini's Nursing Wear in Safiyya, TV9"? Tolong promosi ke? Atau pernah jadi pelanggan ke?

Saya semasa satu tempat kerja dengan kawan saya ni dulu, jarang sekali dia bercerita tentang Adrinis, saya pun tak tanya sangat. Saya pun belum lagi berkesempatan membeli baju dari dia sebab niat saya tunggu selepas saya selepas bersalin dan berpantang.

Promosi? Entah saya pun tak pasti..hehehe.

Saya cuma nak kongsikan pendapat peribadi saya yang kawan saya ni menghasilkan pakaian ni kerana dia seorang ibu yang menyusukan anak sepenuhnya dan menyusukan anak dimana sahaja tau!

Secara peribadi saya kagum dengan dia. Yela, ingat tak berat ke nak dukung anak sambil menyusu berdiri pula tu jika bersiar-siar. Tapi kerana kasih dan pengorbanan seorang ibu, lenguh pun takpe. Buat cool je. (Kawan saya senyum lebar la tu saya puji dia..hehehe)

Jadi, dia tahu apa yang diperlukan oleh seorang ibu yang memerlukan keselesaan semasa menyusukan anak dimana sahaja selain menutup aurat..perkara teratas penting! Dan cantik. Pandai dia pilih corak fabrik dan kualiti fabrik.

Saya rasa itula saja pendapat peribadi saya tentang kawan saya ni dan "Adrini's Nursing Wear" . Memang ada perkara perlu diperbaiki dan dipertingkatkan. Tapi itula proses pembelajaran dalam dunia perniagaan. Kita hidupkan memang tak putus sentiasa belajar.

Tahniah Nini dan Adha! Semoga perniagaan ini terus berkembang.

Amin.

Alhamdulillah.
Hidayah
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Memilih Kawan

Assalammualaikum

Saya sedang berbaring berehat di rumah Rawang semasa menaip post ini melalui Blackberry selepas muntah tadi. Petang nanti pukul 6pm dan 9pm ada pemeriksaan BSP di Klinik Kesihatan Rawang lagi. Kesian suami kena cuti sebab nak hantar saya. Terima kasih sayang. Penat juga asyik ulang alik klinik.

Tengah hari ni banyak pula benda nak taip.

Saya teringat semasa sekolah rendah di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Saya tinggal dengan pengasuh yang dipanggil Nenek Esah. Nenek Esah ni penyayang dan mengambil berat. Pernah juga marah, tapi jarang sangat.

Saya sering mengikut Nenek Esah menghadiri kelas persediaan Haji di Masjid Jamek Kampung Baru. Kalau Nenek Esah berkunjung ke rumah anak-anaknya, dia akan bawa saya sekali.

Nenek Esah selalu memberi saya nasihat-nasihat yang baik. Saya ingat sampai sekarang walaupun dia menjaga saya ketika saya darjah 1 dan darjah 2. Salah satu nasihat dia yang saya ingat ialah jika nak jadi pandai kena kawan dengan orang yang pandai. Sebab jika berkawan dengan orang pandai, kita akan berusaha menjadi pandai dan kawan yang pandai menjadi pendorong pada diri kita selain menjadi contoh teladan. Kawan yang pandai tidak mengajar kita perkara-perkara yang tidak berfaedah. Itula nasihat Nenek Esah.

Daripada nasihat itu, saya gunakan sebagai panduan hidup. Jika mencari kawan, biarlah mencari kawan yang baik dan baik akhlaknya, kerana insyaallah baikla akhlak kita nanti.

Jika silap memilih kawan, nescaya musnahla hidup kita. Alhamdulillah, berkat doa saya dan mak, saya selalu dikelilingi kawan-kawan yang baik dari sekolah rendah hingga kini. Bukan tidak pernah jumpa kawan yang kurang baik tetapi selalu berkawan sekejap aje.

Kita memang perlu memilih kawan dalam hidup. Ada orang memilih kawan nak berkawan sebabkan beberapa faktor seperti untuk kepentingan diri sendiri (politik, perniagaan, kedudukan, darjat, jawatan), sebab harta kekayaan, sebab orang tu berpengaruh, sebab orang tu rupa paras cantik dan sebagainya.

Tapi biarlah kita memilih kawan kerana baik akhlaknya, budi pekertinya, baik hatinya dan baik agamanya. Biarlah dia tidak lawa/tidak kacak/biasa2, miskin/sederhana atau sebagainya. Tapi kita pun berkawan kenalah ikhlas, betul tak?

Munkin juga ada antara kita ada kawan yang bukan saja kaya tetapi akhlaknya sangat baik..baik pula agamanya..taat pada suruhan Allah..ada jugakan?

Jadi, saya sentiasa berdoa dekatkanla saya (dan ahli keluarga saya) dengan orang yang baik-baik...ikhlas hatinya. Jauhkan dari kawan yang merosakkan dan melalaikan.

Kita pun nak berkawan kena ikhlaskan.

Amin.

P/s: adakah Nenek Esah masih hidup? Jika Ya, saya doakan dia sihat.

Alhamdulillah.
Hidayah
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Degil...Tehh Ais

Assalammualaikum

Sayangnya habis nasi ayam dan tehh tarik makan tengah hari keluar balik..

*sedap nasi ayam aunty mala ni..siap tapau bawa balik lagi :P*

Orang degil memang suka menyusahkan diri..

Tapi dah teringin.. :( itu order Tehh Ais..

Jika badan tengah lemah dan/atau cuaca sejuk.. Kena elakkan minuman sejuk dan berais sebab senang batuk..badan tak tahan..

*dahla tengah pregnant..saya ni degilkan..teringat kawan saya Sharini dah pesan juga jangan minum ais*

Bila dah batuk.. Berduyun lendir keluar dan habis semua muntah..

*bila dah muntah..apa lagi.. Laparla balik!*

:(


Suami: itula dah larang jangan minum ais..
Isteri: ayang teringin..
Suami: suka menyusahkan diri..
Isteri: ayang minta maaf..janganla marah.. Pasni ayang tak minum lagi..
Suami: degil!
Suami: tengok ni badan..sejuk ni..
Isteri: tapi ayang rasa panas (tak mahu tutup kipas)
Suami: hurm..

*Hidayah sila dengar nasihat suami, awak tu bila-bila masa akan bersalin ni..badan mesti sihat tau! (Pesan pada diri sendiri)*

Sekian.

Alhamdulillah.
Hidayah
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Susu segar masam

Assalammualaikum

Baru-baru ini mak saya beli 2 liter susu segar dan menjadi masam.

Kenapa jadi masam? Salah pengilang ke? Dah tarikh luput? Tak simpan dalam peti ais?

Semua tidak di atas.

Mak saya simpan susu lembu segar ini dalam bahagian sejuk beku deep freezer dan itulah sebab mengapa susu menjadi masam apabila telah cair. Kita tidak boleh mengeraskan susu dan mencairkannya semula, sebab nanti jadi masam. Susu masam. Manalah mak saya tahukan sebelum ini.

Sebenarnya nak keraskan boleh, tetapi selepas cairkan, elok diminum terus sehingga habis. Sebab jika minum sikit-sikit (minum dan simpan semula dalam peti ais), nanti basi dan masam.

Munkin boleh google untuk cari kenapa dan mengapa tentang susu segar menjadi masam jika dibekukan.


Hidayah
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, March 20, 2011

Senaman semasa hamil 36-40 minggu

Assalammualaikum

Senaman..penting ya! Senaman ini untuk kehamilan 36-40 minggu.

Saya salin artikel ini daripada blog http://celotehibu.com/2009/08/senam-hamil-4-usia-kehamilan-36-–-40-minggu/

Boleh baca senaman untuk minggu kehamilan sebelumnya di blog di atas.


SENAMAN HAMIL 36-40 MINGGU

1. Duduk bersila kedua tumit bertemu sedekat mungkin dengan selangkangan. Dengan bantuan berat badan tekan kedua lutut dengan telapak tanagan 4 X 8 hitungan.

2. Berpegangan pada sesuatu yang berat (meja, dll) kemudian berjongkok sampai ke tumit tanpa mengangkat tumit kemudian kembali ke posisi berdiri, lakukan 4 X 8 hitungan.

3. Latihan nafas saat mulai terjadi pembukaan jalan lahir (mulas-mulas) diulangi lagi (panting quick breathing) 4 X 8 hitungan.

4. Latihan meneran/ mengejan (valsava).

Ibu tidur telentang dengan bantal agar tinggi. Sebelum melakukan gerakan mengejan tarik nafas dulu, ditahan di daerah dada, diikuti lutut ditekuk dibuka ke samping dan kedua tangan memegang pergelangan kaki, angkat kepala dengan mendorong kepala ke arah jalan lahir. Gerakan ini dipertahankan sampai tidak kuat lagi. Kemudian nafas dikeluarkan lewat mulut secara tiba-tiba.

5. Mengurut payudara 1 X sehari.

6. Kurangi nyeri punggung bawah dengan kompres hangat.


Alhamdulillah.
Hidayah
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Bulan Islam

Assalammualaikum

Boleh convert dan dapatkan tarikh lahir Islam anda disini:
http://www.islam.com/islamicdates.asp?ct='yes'

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang
sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia
melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya
ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran
dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan
tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak
mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu.
Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya'aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai
keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak
berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya
sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang
pertimbangan.

Di atas hanya ramalam. Setiap bayi yang lahir umpama kain yang suci bersih daripada segala kotoran. Ibubapa yang bertanggungjawab mencorakkan kain itu dengan nilai-nilai baik kehidupan seorang islam supaya bayi itu membesar menjadi insan yang baik.

Insyaallah..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, March 19, 2011

RESIPI MINUMAN SEMASA PANTANG

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim



MINUMAN DALAM PANTANG


REBUSAN MANJAKANI

Bahan-bahannya
500 ml air
30 gm halia muda – di hiris
20 gm kunyit tua – di hiris
5 biji buah manjakani
2 keping asam keping.

Caranya
  1. Satukan semua bahan ke dalam periuk
  2. Jerang di atas api sederhana hingga mendidih
  3. Perlahankan api dan renehkan selama 10 minit
  4. Tapis dan minum setelah suam.



REBUSAN PEGAGA

Bahan-bahannya
5 cawan air
50 gm pegaga

Caranya
  1. Rebus pegaga bersama air hingga tinggal anggaran 3 cawan.
  2. Tapis dan minum setelah suam.
  3. Amalkan 2 x sehari



REBUSAN HALIA / BANDREK

Bahan-bahannya:
1 ketu l Gula Kabung
4 ketul size 4 ”Halia Tua (Di hiris)
2 batang serai (Di hiris)
1 Ikat Daun Pandan
3-4 batang Kayu Manis
2 Cubit Cengkih

Caranya
  1. Rebus semua bahan di atas dengan air ¾ penuh periuk.

NOTA : Bahan di atas untuk kegunaan 4 hari….selepas 4 hari buat yang
Baru



JUS HALIA KURMA

Bahan-bahannya
200 gm halia
20 biji buah kurma
750ml air masak

Caranya
  1. Tumbuk halia hingga lumat.
  2. Belah 2 biji kurma dan buangkan bijinya.
  3. Jerang halia , kurma dan air dalam periuk. Renehkan selama 3 jam.
  4. Bila mendidih, perlahankan api.
  5. Tapis dan kemudian hidangkan panas atau suam.




REBUSAN MANJAKANI

Bahan-bahannya
5 biji buah manjakani
500ml air
2cm kunyit tua
2 keping asam keping

Caranya
  1. Satukan semua bahan dalam periuk
  2. Jerang di atas api sederhana hingga mendidih
  3. Perlahankan api dan renehkan selam 10 minit.
  4. Tapis dan minum air ini setelah suam.
  5. Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal
  6. Rahim. Tidak sesuai di minum oleh gadis kerana di takuti penyebab mandul.




REBUSAN PEGAGA
Bahan-bahannya
2 ikat daun pegaga
5 cawan air

Caranya
  1. Rebus pegaga dengan air dalam periuk hingga tingga anggaran 3 cawan air rebusan ini.
  2. Apabila suam, minum 2 kali sehari.
    • minuman air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru melahirkan anak.

LAIN-LAIN:



Alhamdulillah.
Hidayah

RESIPI SEMASA PANTANG - SAYUR

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

Di bawah ialah resipi-resipi masakan mengunakan SAYUR semasa pantang yang saya kumpul daripada pelbagai sumber.

Saya berusaha cari resipi ini sebagai persediaan semasa pantang nanti dan niat ingin meringankan tugas mak memikirkan resipi nak masak untuk saya selama 44 hari.

Saya tahu mak boleh masak bermacam-macam yang sedap-sedap cuma bila dah banyak sangat kerja kena buat seperti menjaga saya, rumahtangga dan pelbagai seribu satu kerja dirumah...mesti mak saya akan terlupa atau tak boleh fikir dengan tiba-tiba tak tahu masak apa.



RESIPI SEMASA PANTANG – SAYUR


SUP SAYUR - SAWI BUNGA / LOBAK PUTIH / KAILAN / CARROT

Bahannya:
sayur
air
bawang putih
daun sup
minyak bijan

Caranya
  1. tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak,
  2. masukkan air, sedikit garam & sayur-sayuran.
  3. setelah mendidih, masukkan daun sup
  4. titiskan sedikit minyak bijan.



SUP LOBAK PUTIH

Bahannya:
  • 1/2 batang lobak putih (dikerat setebal 1/2 cm)
  • Sedikit daun kucai
  • 2 ulas Bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • Lada hitam
  • Garam secukup rasa
Caranya
  1. Didihkan air dalam periuk,
  2. kemudian masukkan bahan2 tersebut, jangan terlalu lama.
  3. Sedia untuk dihidangkan



SUP LOBAK PUTIH

Bahannya:
500 ml air
½ batang lobak putih – di kerat setebal ½ sm
Sedikit lobak merah – di hiris halus
Sedikit daun kucai – di potong pendek
Garam secukup rasa

Caranya
  1. Didihkan air dalam periuk.
  2. Masukkan lobak putih dan rebus hingga empuk
  3. Masukkan lobak merah, daun kucai dan garam.
  4. Biarkan seketika sebelum di angkat.


SUHUN PEKAT

Bahan-bahannya
300 ml air
50 gm suhun.
30 gm halia – di hiris.
3 ulas bawang merah – di hiris
2 ulas bawang putih – di hiris
1 sudu air asam jawa.
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa

Caranya
1.      Masak semua bahan di atas api sederhana besar.
2.      Biarkan mendidih sehingga kuahnya pekat.


LENGKUAS MUDA MASAK LADA MERAH
Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita @ dengan lain perkataan mengetatkan sistem kacip kak timah, gitu…
Bahannya:
Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
Sedikit ikan bilis
Bawang merah
Bawang Putih
Lada merah

Caranya :
Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.


TURI MASAK ASAM REBUS
Bagus Utk Menambah Susu Ibu.
Bahannya:
Daun Turi
Ikan Bilis
Asam Keping
Bawang merah
Kunyit Hidup
Ikan Bilis
Lada merah


Caranya :
Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus. Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.


PEGAGA MASAK LADA HITAM

Bahannya:
Sedikit santan pekat
Lada hitam (lebihkan)
Ikan bilis putih
Kunyit hidup
Halia
Garam

Caranya:
1.      Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
2.      Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk.
3.      Biar pekat.
4.      Kira OK masukkan pegaga dan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.



SAYUR CAMPUR

Bahannya:
100 gram kobis (dipotong halus)
100 gram bunga bakoli (potong halus)
1 batang karot (dipotong nipis)
2 batang sawi (dipotong kecil-kecil)
2 biji bawang putih (ditumbuk)
1 sudu lada hitam (dtumbuk halus)
garam secukupnya
air secukupnya
2 sudu minyak bijan utk menumis

Caranya

1.     Panaskan minyak bijan dalam periuk, bila panas tumis bawang putih, lada hitam dan kacau kemudian masukkan air dan garam secukupnya.
2.     Masukkan kesemua sayur-sayuran tadi dan tutup periuk biar semua bahan tadi empuk tapi jangan dimasak terlalu lama.
3.     Bolihlah dihidang dan makan.



SAYUR SAWI MASAK REBUS

Bahannya:
  • Sayur Sawi
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • Lada hitam (kalau nak pedas, letak lah banyak)
  • Sedikit ketumbar
  • Garam & gula secukup rasa
Caranya:
  1. Bawang putih & bawang merah boleh ditumbuk atau dihiris sahaja.
  2. Tumbuk / blender lada hitam dan ketumbar.
  3. Panaskan air didalam periuk,
  4. selepas menggelegak, masukkan bahan2 rempah diikuti dengan sayur.
  5. Tutup api dan sayur sedia untuk dimakan



KERABU JANTUNG PISANG

Bahannya:
1 biji Jantung pisang }direbus dan dihiris kasar
1 cawan Pati santan
2 sudu besar Kerisik
1 sudu besar Air asam jawa
1 sudu besar Lada hitam } ditumbuk kasar
1 biji Bawang besar }dihiris halus
2 batang Serai }dihiris halus
Garam dan gula } secukup rasa

Caranya:
1.        Gaulkan jantung pisang, bawang besar, serai, lada hitam, kerisik dan santan pekat bersama air asam jawa.
2.        Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasanya.       
3.        Sedia untuk dihidangkan.

KERABU PEGAGA

Bahannya:
lada hitam
bawang merah
ikan bilis - ditumbuk
ulam pegaga

Caranya:
  1. tumiskan semua bahan yg ditumbuk (lada hitam, bawang merah, ikan bilis) dengan minyak yang sedikit.
  2. dah garing, masukkan pegaga (sekejap je) & sedikit garam.



KERABU ULAM PEGAGA

Bahan-bahannya
Pegaga - Mayang halus
1 ulas B. putih - Tumbuk
2 ulas b. merah - Tumbuk
1 sudu teh lada hitam - Tumbuk
1/2" halia - tumbuk
Segengam kelapa
Ikan selayang/kembung - Rebus dan ambil isi
Cuka

Caranya:
  1. Goreng bahan yg ditumbuk.
  2. Maukkan isi ikan, kelapa, garam & sedikit cuka.
  3. Apabila sudah sebati, masukkan pegaga & terus angkat.
  4. Jangan biar lama2 nanti zatnya hilang.



KERABU ULAM PEGAGA

Bahan-bahannya
6 – 10 cekak daun pegaga – dihiris kasar
5 cm halia muda - di hiris
5 cm kunyit - di hiris
6 ulas bawang merah – di hiris
1 sudu besar lada hitam
Air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa

Caranya
  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar bersama air
  2. asam jawa,
  3. gula dan garam secukup rasa.
  4. Gaul sehingga sebati.


KERABU BUNGA KANTAN

Bahan-bahan

1 cawan Kelapa parut } ditumbuk kasar
4 kuntum Bunga kantan } dihirs halus
2 batang Serai } dihiris halus
2 biji Bawang merah } ditumbuk halus
4 sm Halia } ditumbuk halus
1 sudu kecil Lada hitam } ditumbuk halus
Sedikit air Asam jawa
Garam dan gula }secukup rasa

Cara-cara

1.        Gaulkan semua bahan di dalam mangkuk hingga rata.
2.        Masukkan garam dan gula, sesuaikan rasanya.
3.        Sedia untuk dihidangkan.


TUMIS SAWI PUTIH

Bahan-bahannya
50 gm ikan bilis
30 gm halia – di hiris
10 tangkai sawi putih
1 sudu kecil minyak masak
Garam secukup rasa
Air secukupnya.

Caranya
  1. Panaskan minyak. Tumis ikan bilis dan halia hingga naik bau.
  2. Masukkan sawi. Kacau rata dan tuangkan sedikit air.
  3. Masukkan garam dan kacau hingga sayur masak.



PERIA MASAK LADA HITAM

Bahan-bahan:
300 ml air
2 batang serai – di ketuk
2 ulas bawang putih – di hiris
1 biji peria katak – dipotong nipis
100 gm ikan bilis – dibersihkan
10 gm kunyit – di tumbik halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil lada sulah
Garam secukup rasa

Caranya
1.      Didihkan semua bahan kecuali Peria. Kacau sekali sekala.
2.      Masukkan Peria.
3.      Masak hingga empuk dan kuahnya pekat.
4.      Angkat dan hidangkan.



PERIA MASAK ASAM

Bahan-bahan:
200 ml air
5 ulas bawang kecil – dihiris
2 biji peria katak – dipotong nipis
2 sudu besar ikan bilis – dibersihkan
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu makan air asam jawa
Garam secukup rasa

Caranya
  1. Masak kesemua bahan sehingga pekat dengan api kecil.
  2. Kacau rata hingga peria empuk.
  3. Angkat dan hidangkan.



KERABU PEGAGA BUNGA KANTAN

Bahan-bahannya
2 cekak daun pegaga – dihiris kecil
1 kuntum bunga kantan - di hiris halus
1 biji cili merah - di hiris halus
4 ulas bawang merah -di hiris halus
3 biji limau kasturi – di ambil jusnya dan kulitnya di hiris halus.
1 sudu kecil lada hitam
Segenggam ikan bilis – di goring
3 sudu besar kelapa parut – di buat kerisik.
Air asam jawa
Garam secukup rasa

Caranya
  1. Tumbuk kasar kerisik, lada hitam dan ikan bilis.
  2. Campurkan bahan yang di tumbuk bersama pegaga, bunga
  3. kantan, cili merak, bawang merah, kulit limau, jus limau dan garam
  4. Gaul sehingga sebati.




KENTANG SUHUN

Bahan-bahannya
300 ml air
10 gm suhun – di rendam
3 ulas bawang putih – di hiris
1 biji kentang – di potong kecil.
1 sudu air asam jawa.
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa

Caranya
  1. Masak air bersama suhun, bawang putih, kentang dan serbuk lada hitam.
  2. Masak hingga kentang empuk.
  3. Biar mendidih dan kuahnya pekat.
  4. Masukkan garam. Kacau rata.
  5. Angkat dan tuangkan sedikit air asam di atasnya.



KENTANG CAMPUR PEGAGA

Bahan-bahannya
300 ml air
50 gm ikan bilis
1 cekak pucuk pegaga.
5 ulas bawang merah – di potong 2
1 biji kentang – di potong kecil.
1 sudu air asam jawa.
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa

Caranya
  1. Masak semua bahan hingga kentang empuk.
  2. Biarkan mendidih atas api sederhana besar.
  3. Angkat setelah kuahnya pekat.

LAIN-LAIN:



Alhamdulillah.
Hidayah

RESIPI SEMASA PANTANG -DAGING

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

Di bawah ialah resipi-resipi masakan mengunakan DAGING semasa pantang yang saya kumpul daripada pelbagai sumber.

Saya berusaha cari resipi ini sebagai persediaan semasa pantang nanti dan niat ingin meringankan tugas mak memikirkan resipi nak masak untuk saya selama 44 hari.

Saya tahu mak boleh masak bermacam-macam yang sedap-sedap cuma bila dah banyak sangat kerja kena buat seperti menjaga saya, rumahtangga dan pelbagai seribu satu kerja dirumah...mesti mak saya akan terlupa atau tak boleh fikir dengan tiba-tiba tak tahu masak apa.



RESIPI SEMASA PANTANG – DAGING

DAGING BAKAR

Panggang Daging
Bahannya:
300 gm daging lembut/ batang pinang
Garam (secukup rasa)
Minyak

Caranya:
  1. Hiris daging mengikut urat
  2. Gaulkan daging dengan garam
  3. Panggang sehingga masak.
  4. Renjiskan minyak sekali sekala supaya daging tidak melekat pada pemanggang.

Air Asam
Bahannya:
4 keping asam gelugor
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
Garam (secukup rasa)
Sedikit hirisan bawang kecil

Caranya:
  1. Gaulkan semua bahan dan rasakan garamnya.


DAGING HALIA

Bahannya:
300 gm daging (dihiris)
(seeloknya guna bahagian daging yang tak berlemak atau boleh ganti dengan hati ayam jika suka)
1 1/2 inci halia (dihiris)
1 inci kunyit (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
1 sb sos lada hitam-pilihan
1/3 labu bawang besar-potong
garam, minyak

Caranya:
  1. Rebus daging dlm kuali...jgn tambah air. utk cepat empukkan
  2. daging biarkan air daging kering dulu.
  3. bila kering masukkan sikit2 air hingga daging empuk. biarkan air kering.
  4. Tuangkan minyak, kacau daging rata2.
  5. masukkan kicap, sos lada hitam dan lada hitam. kacau rata.
  6. Masukkan bahan2 lain yg dipotong dan bawang serta garam.
  7. goreng sampai bawang besar layu.
  8. siap utk dimakan.


DAGING GORENG LADA HITAM (Marinated)

Bahan-bahanya:
Daging dihiris halus
1 biji bawang besar – di hiris bulat
Bahan Perap
Lada hitam secukup rasa
Halia – di kisar
Bawang besar- di kisar
Bawang putih – di kisar
Sos Cili/Cili mesin – di kisar
Sos tomato
Sos tiram
Kicap pekat
Garam/serbuk perasa

Caranya:
  1. Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang
  2. besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
  3. Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap
  4. Tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
  5. Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.


DAGING GORENG KUNYIT

Bahan-bahanya:
Daging dihiris nipis
1 biji bawang besar – di hiris bulat
½ biji cili merah – di potong serong
½ biji cili hijau – di potong serong
½ sudu besar serbuk kunyit
Garam secukup rasa.Air secukupnya.Minyak masak

Caranya:
  1. Perap daging dgn serbuk kunyit dan garam selama 20 minit.
  2. Masukkan daging ke dalam kuali bersama sedikit minyak danair.
  3. Rebus daging hingga empuk.
  4. Masukkan bawang besar, cili merah dan hijau.
  5. Kacau sekata.


DAGING PINDANG

Bahan-bahannya
300gsm daging lembu
1 labu bawang putih -
5 ulas bawang merah -
1 -2 batang cili merah - di hiris
5 cm lengkuas - ketuk
5 cm kunyit - di hiris
5 cm halia muda
1 batang serai – ketuk
3 – 4 keping asam gelugor
4 cawan air
Garam secukup rasa

Caranya:
  1. Panaskan minyak
  2. Tumis bawang, kunyit, lengkuas dan halia.
  3. Tuang air.
  4. Masukkan daging.
  5. Masukkan serai
  6. Masukkan asam keping dan garam.



DAGING GORENG HALIA & BLACK PEPPER

Bahannya:
Daging
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
5 cm halia (dihiris)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
Sedikit minyak bijan

Caranya:
  1. Tumiskan semua bahan yg dihiris (bawang putih, bawang besar, halia) dengan sedikit minyak bijan hingga naik bau
  2. Masukkan daging & sedikit air (nak lembutkan daging) & masukkan sedikit garam & serbuk lada hitam.




 LAIN-LAIN




Alhamdulillah.
Hidayah

Resipi Nasi Ayam Nani Rostam

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

MAKANAN KEGEMARAN SAYA IALAH NASI AYAM.

Saya paling suka nasi ayam dan dimakan dengan mencurahkan sup, kicap dan sambal dalam pinggan seperti makan itik berenang-renang.

Semalam saya makan tengah hari nasi ayam yang sangat sedap juga di gerai kawan FIL saya, Aunty Shila di Rawang. Saya makan bersama adik ipar Saffuan dan En Somi =). Nak lagi hari ini boleh sayang?

Jika anda nak belikan saya makanan dan buntu tak tahu nak beli apa, beli saja nasi ayam...pasti saya makan!

Di bawah saya quote resipi Nasi Ayam Nani Rostam daripada blog beliau sendiri iaitu http://nanirostam.blogspot.com/2011/03/kalau-bukan-keturunan-jin.html

Cara-cara membuat nasi ayam resepi nanirostam.


Langkah pertama....

Sediakan seekor ayam dan perap dengan halia, bawang putih dan bawang merah selama setengah jam.Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahan api tunggu sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan sos tiram, kicap cair, kicap manis, madu dan minyak bijan. Gantungkan ayam selama paling cepat satu jam.


Langkah kedua.....


Basuh beraswangi....letak dalam rice cooker tanpa air. Didalam kuali masukkan mentega, tumis bawang putih,bawang merah dan halia yang telah dikisar, sebiji bunga lawang, sebiji buah pelaga, 1 inci kayu manis, dua helai daun pandan dan sehelai daun salam. Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk ayam dan gula mengikut rasa. Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang kedalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa.

Langkah ketiga....

Blend cilipadi merah siam dengan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Masak dengan api kecil sehingga likat.

Air kicap hasil perapan ayam tadi...dimasak di dalam kuali sehingga mendidih.angkat.

Separuh air rebusan ayam masak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan serbuk ayam.
Bubuh potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.

Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam. Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak. Setelah ayam masak angkat dan gantung agar dapat toskan minyak. Potong ayam dan hidang.

Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.



Alhamdulillah.
Hidayah

Thursday, March 17, 2011

Tanda bersalin

Assalammualaikum

Hari ahad lepas saya mengalami sakit pinggang dan sakit perut dari 730petang hingga pukul 1030malam. Pinggang sakit sangat hingga suami tak jadi pergi kerja temankan dan urut belakang. Mak dan suami bawa terus ke hospital dan bila doktor check, kontraksi ada cuma tak kuat.

Semalam malam, terjatuh dari kerusi..tiada apa-apa berlaku cuma sakit perut.

Hari ini bangun dari tidur ada lendir dan air tiada bau sedikit keluar. Tak pasti ini apa.

Dah pukul 7pagi lebih.. Perut terasa sakit dan celah kangkang rasa sakit..

Kesimpulannya dekat-dekat ni saya selalu mengalami

-perut selalu rasa tegang dan mengeras
-baby kekadang kurang gerak
-sakit pinggang amat sangat
-asyik kentut aje..
-senang berak..najis warna hitam atau coklat pekat (nurse kata bagus)
-keluar lendir
-keluar cairan tiada bau sikit dan 2 kali
-sakit perut memulas kekadang
-puting dah mengeluarkan cecair semasa dibersihkan.. Tak pasti ini susu atau kolostrum.
-perut dah turun..

Yang lain-lain belum ada lagi..

Doakan saya ya.. Saya sakit perut amat sangat masa taip ni..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, March 12, 2011

Mengaqiqahkan Anak

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim


1.       MENGAQIQAHKAN ANAK
  • Untuk mensyukuri kelahiran anak, agama menganjurkan untuk mengadakan acara kesyukuran.
  • Bapa hendaklah mengaqiqahkan anaknya dan sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7 hari.
  • Aqiqah amat penting, menurut keterangan ulama, hukumnya adalah "Sunat Muakkad". 
  • Dengan aqiqah akan menjadikan anak dapat memberi pembelaan (syafaat) kepada orang tuanya pada hari qiamat.
  • ·Menyembelih 2 ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi  anak perempuan.
  • Sebelum dilakukan penyembelihan aqiqah terlebih dahulu melakukan pencukuran rambut bayi. Kemudian rambut ditimbang dan nilai rambut disedekahkan pada fakir miskin.
  • Rasulullah S.A.W bersabda : Maksudnya : "Setiap anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya  yang disembelih pada hari ke tujuh kelahirannya,  diberikan nama dan dicukur rambutnya".  Riwayat abu Daud.
  • Daging aqiqah digalakkan di masak gulai manis dan tulangnya tidak dipatahkan.
  • Sabda Rasululah (hadis riwayat al-Baihaqi): “Dari Aisyah r.a yang sunat dua ekor kambing yang sekupu (sama besar) untuk bayi lelaki dan bayi perempuan seekor dimasakkan secara berangkai-rangkai dan jangan dipatah-patahkan”
  • Dari Samrah bin Jundub r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda (hadis riwayat Abu Daud): “Tiap-tiap bayi itu tergadai dengan aqiqahnya. Disembelih kambing atau biri di hari yang ketujuh dan dicukurkan rambut serta diberi nama ke atasnya”

HIKMAH MELAKUKAN AQIQAH
  1. Sebagai bukti dari perasaan gembira, kerana diberi kekuatan oleh Allah untuk menjalankan syariat Islam serta dianugerah anak, serta mempunyai harapan agar anak tersebut akan mengabdikan dirinya kepada Allah.
  2. Membiasakan berkorban bagi orang tua, demi kepentingan anak yang baru lahir.
  3. Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberikan syafaat kepada orang tua mereka kelak.
  4. Melindungi daripada syaitan sehingga setiap anggota tubuh aqiqah berguna untuk menebus seluruh anggota tubuh bayi.
  5. Pada waktu memotong aqiqah juga hendaklah diucapkan seperti pada waktu memotong korban iaitu membaca Bismillah.
  6. Lebih utama memasak aqiqah itu dan tidak diberikan dalam keadaan mentah. Untuk memudahkan para fakir miskin untuk menikmatinya dan ini lebih terpuji.
  7. Umur binatang aqiqah yang disembelih adalah sesuai dengan yang diperintahkan, sihat dan tidak cacat.
  8. Tidak sah apabila dilaksanakan secara bersama-sama oleh beberapa orang dengan seekor kambing.
  9. Sebaik aqiqah itu berbentuk kambing, walaupun ada juga yang menyembelih seekor unta, lembu atau kerbau.
  10. Diutamakan memotong aqiqah atas nama bayi. Rasulullah SAW bersabda, "Sembelihlah atas namanya". Ertinya diniatkan atas nama bayi dengan mengucapkan nama Allah.
  11. Penyembelihan terbaik dilakukan sesudah matahari terbit.
  12. Sesuatu yang terpuji pada pemotong aqiqah adalam sama terpuji pada pemotong qorban iaitu, dagingnya disedekahkan. Yang baik ialah dibahagi 3 iaitu sebahagian dimasak sendiri, sebahagian dihadiahkan dan sebahagian lagi disedekahkan.
  13. Tidak diperkenankan menjual kulit aqiqah atau dijadikan bayaran penyembelihan. Harus disedekahkan atau diambil untuk keperluan orang yang mengadakan aqiqah.
  14. Bagi seseorang yang mengetahui bahawa orang tuanya belum melakukan aqiqah untuknya, maka dianjurkan untuknya melakukan aqiqah, seperti Nabi telah melakukan aqiqah untuk dirinya setelah diangkat menjadi Rasul. 
  15. Sebelum dilakukan penyembelihan aqiqah terlebih dahulu melakukan pencukuran rambut bayi. Kemudian rambut ditimbang dan nilai rambut disedekahkan pada fakir miskin.



Alhamdulillah.
Hidayah

Senarai barang masakan semasa pantang untuk dibeli

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

Ini senarai barang kering dan basah untuk dimasak semasa pantang oleh mak. Senarai ini akan memudahkan  suami buat pembelian dan buat bajet duit.

Kemudian untuk memudahkan tugas mak, saya akan usahakan mengasingkan bahan basah seperti ikan, daging dan ayam kepada beberapa bahagian plastik-plastik kecil. Ini memudahkan mak bila nak masak, ambil je. Tak perlu nak siang, potong dan sebagainya.

Saya cuba usahakan untuk mengisar lada hitam, bawang merah dan bawang putih. Bawang putih, bawang merah dan lada hitam akan diasingkan masuk dalam bekas masing-masing. Ini akan mempercepatkan tugas memasak mak.



SENARAI BARANG MASAKAN UNTUK DI BELI
PANTANG 44 HARI = 6 MINGGU 2 HARI

BAHAN KERING
BELI UNTUK SEBULAN TERUS

BAHAN
KUANTITI
LADA HITAM
1 PAKET
LADA PUTIH
1 PAKET
KAYU MANIS
1 PAKET
CENGKIH
1 PAKET
BIJI KETUMBAR
1 PAKET
BIJI SAWI
1 PAKET
BUAH PELAGA
1 PAKET
BIJI HALBA
1 PAKET
ASAM KEPING
1 PAKET
ASAM JAWA
2 PAKET BESAR
KICAP MANIS
1 BOTOL BESAR
SUP BUNJUT
5 PAKET
SUUN
3 PAKET
GULA KABUNG
5 KETUL
MINYAK BIJAN
1 BOTOL KECIL
MINYAK ZAITON
1 BOTOL KECIL
JINTAN MANIS
SUDAH ADA
JINTAN PUTIH
SUDAH ADA


BAHAN MASAKAN BASAH
BELI UNTUK SEBULAN TERUS ATAU SEMINGGU SEKALI

BAHAN
KUANTITI
AYAM KAMPUNG
2 EKOR / 4 EKOR
DAGING BATANG PINANG
1 KG
IKAN SELAR KUNING
1 KG
IKAN TENGGIRI
1 KG
IKAN SELAR
1 KG
IKAN BAWAL PUTIH
1 KG
IKAN SENANGIN
1 KG
IKAN JENAHAK
1 KG
IKAN MERAH
1 KG
IKAN KURAU
1 KG
IKAN HARUAN
1 KG

NOTA: Bahan di atas harus di asing-asingkan bagi mengelakkan dari dinyahbekukan berulang kali. Contoh: 6 ketul ayam di dalam 1 bungkusan/ 4 potong ikan dalam 1 bungkusan dan seterusnya.


BELI UNTUK SEBULAN TERUS

BAHAN
KUANTITI
HALIA MUDA
1 KG
HALIA TUA
2 KG
KUNYIT HIDUP (ibu kunyit)
1 KG
LENGKUAS
2 KG
SERAI
15 batang
SERAI WANGI
15 batang


BELI SEMINGGU SEKALI

BAHAN
KUANTITI
DAUN LIMAU PURUT
1 ikat
DAUN PUDINA
1 ikat
DAUN PANDAN
BELAKANG RUMAH
DAUN PISANG
BELAKANG RUMAH


SAYURAN DAN ULAM
BELI SEMINGGU SEKALI

BAHAN
KUANTITI
ULAM PEGAGA
2 IKAT
SAYUR SAWI
1 IKAT
LOBAK PUTIH
3 BATANG
LOBAK MERAH
2 BATANG
UBI KENTANG
5 KETUL


SAYUR BOLEH DIMAKAN SEMASA PANTANG
UBI KENTANG
PERIA
LOBAK PUTIH
SAWI
LOBAK MERAH



ULAM BOLEH DIMAKAN SEMASA PANTANG
PUCUK PEGAGA
DAUN CEKUR
DAUN KESUM
PUCUK MENGKUDU
DAUN TURI
DAUN PUDINA
PUCUK ULAM RAJA
DAUN LEMUNI HITAM
DAUN BEBUAS
LEMPUYANG
DAUN KADUK
DAUN RUKU
JANTUNG PISANG
DAUN SEKENTUT
DAUN CEMUMAR




Alhamdulillah.
Hidayah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...